Tuesday 29 November 2011

bila terbaca

assalamualaikum.


yes yes yes yahoo masegger yahooo yahoo yahoo.aku ponteng kelas hari ini.buruk bebenor lisa? ponteng kelas pun ketawa bagai nak sawan!


aku ponteng bersebab weh.sakit pinggang something wrong with my pinggang.pls don't ask me anything,just Teruskan reading entry aku.


wah skiping ! kau ade? bila bukak blog guna laptop org ni sah sah lah aku kena log in kan? bila kena  log in aku pun dengan rajinnya gugellah terlebih dahulu.


aku dengan rajin lagi,tertengoklah entry lama ni.hish best pulak aku baca.aku pun taktau aku taip macamna entry tu ! hahahha.ENTRY LAMA AKU.


sekarang aku nak tag diorang nak suh bagi entry "sawan" korang time tengah berjinak jinak nak berbloging katanya.










Saturday 26 November 2011

hai saya update ni!

assalamualaikum.


hai.harini saya keseorangan tau.kesian kat saya.rumet saya kuar..dia p UK aka ulu kelang,yang sorang lagi p jalan jalan KL,dan yang dorang lagi p MELAKA,saya sedih,saya hampir mahu menelan printer dan oh tak lupa laptop y berjenama toshiba ini.sedih rasanya.


maka tinggal lah saya seorangan terdampar dan  dipanah petir,disumbat dengan sembilu yang lagi memilukan,malah ditambah lagi dengan hasutan hasutan luka luka duri.


meratap lah saya sendirian di bilik.almari dibuka,makanan di cari satu persatu,cari dan cari dan cari lagi.


maka minumlah saya susu dutch lady yang low fat katanya.kenyang atau tidak itu bukan soalan mulut kepada perut,yang penting sedih itu hilang.maka bermula kerja yang masih belum disiapkan.jari jemari berlari lari dengan betapa kencangnya.lari dan lari dan lari lagi.KBAI!


#salam maal hijrah semoga kita sesama Hamba Allah sesama berhijrah dari satu titik kejahilan ke arah Diredhai Allah.





Tuesday 22 November 2011

aku sibuk

assalamualaikum.


lisa tau mesti ramai yang dah sawan kan sebab lisa tak update.lisa lisa mintak okey.aku memang hampir jem dah otak ni bukan dek frust bercinta.


dek kerana esaimen y belambak.tidor pun tak cukup.tidur 3 4 pagi,bangun 6 pagi.nak p kelas pukul 8 pulak.seryes letih tahap nak mamah mekdi dan kecpi dah ni.


sekian sahaja update pa liza untuk arini.kbai! 

Friday 18 November 2011

merah merahan di jari

assalamualaikum.


hish hish hish bila bace entry blogger pasal perkahwinan terasa nak hentak kaki laju laju jer nak pakai inai dijari jugak,ok lisa lisa lisa cover sikit cover sikit kegedikan itu.


dulu time perkahwinan abg aku,bajunya ku seterika kan,malah butang baju jugak ku pakaikan.comel! tengok muka pengantin ni boleh dapat seru ker erk?


lisa ni letih tau nk tunggu yasry ni.letih sangat sangat dah ni.yasry ni katanya tahun depan.alalllaaa alllllaaa allllaaaa yas yas yas lisa tak shukew tau!.KBAI!

kenapa dengan kau?

assalamualaikum.


kawan aku pesan.pa marah jangan melampau melampau sangat.nanti bertukar menjadi sayang.
kawan aku yang budiman berpesan lagi,apa yang kau tak fahamkan lagi pa?


aku rasa nak tumbuk laju laju jer muka kawan aku ni.boleh tak kau tak payah nk cakap pasal cicak kubeng tu?grr.


aku tengok muka dia rasa kecik besar kecik besar jer! aku tak tau apa masalah kau.tak abes abes nak buat hati aku meletop bagai gunung jerai I dan dan gunung jerai II.


nasiblah aku mempunyai keayuan yang cukup.kalau tak sudah lama kau ku petak petak kan menjadi kueh makmur dan tak lupa juga kueh tat nangka.KBAI!

Wednesday 16 November 2011

wordless wednesday #15

assalamualaikum.

minggu ni aku bz sikit sikit sikit.kalau tak update belog jangan lah pulak ade y kena sawan pulak yer kah.kah.kah.

kalau tak balas komen tu jangan la,sampai nak bomoh bomoh kan aku pulak.
satu jer pesanan.jangan rindu lisa pa lisa maya pa maya.ahaks!KBAI!

Tuesday 15 November 2011

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

assalamualaikum.


ada y tanya aku kenapa tak letak gambar y ade muka aku? kenapa bila aku cakap aku p sinun aku p sanan nape tak letak gambar aku.macam takde bukti gitu.


jawapan aku ringkas.aku taknak nt ade y termuntah burger empt hari lalu y korang mamah sebab tengok muka aku y seiris retis itu.siapa? ah malass lisa nk xplain banyak banyak.


setakat teka tekuk tu aku tau korang petik jari jer jawapan berduyun2 mai! kah.kah.kah.
itu alasan no 3,eh 2 eh last la..sebenarnya................


ah.malas cakap.kbai!


#aku tak ingin keindahan yang Allah ciptakan y tercipta di ruangan muka ku ini menjadi pujian.takut nt aku binasa dek pujian yang bisa mengkaramkan kehidupan aku.

Sunday 13 November 2011

single and unavailable

assalamualaikum
jangan kau suka padaku kerana rupaku y macm lisa ini
jangan.
kerana aku takut.andai suatu hari nt mukaku
bertukar jadi macam hantu kak limah.
cintamu akan bertukar juga.

jangan kau sukakan ku kerana lemah longlai 
bahasa y aku tuturkan.
kerana aku takut andai suara ku bertukar
menjadi kasar cintamu akan berkurangan.

jangan kau suka kan aku kerana katamu aku lawak
lawak ku mengalahkan mak JEMAH
jangan.
kerana aku takut andai aku memberi kau sekelumit
kesedihan cintamu akan berkurangan.

jangan kau sukakan aku kerana aku memiliki
kulit gebu seperti tepung gomak.
putihnya kulitku sperti putihnya clorox.
jangan.kerana aku takut..
takut andai suatu hari kulitku bertukar menjadi gelap
cintamu akan berkurangan.

cintailah aku kerana aku.
cintailah aku kerana...
aku boleh membawamu kejalan y diredhai Allah.
bukan kelembah maksiat.

sekian.

Saturday 12 November 2011

aku taip dengan laju2 ni part II

assalamualaikum.


sebenarnya.tangan aku berat.berat diibaratkan diikat duri sembilu,direjam dengan buluh perindu ah kejam.


malas sebenarnya nk pulang kembali.tapi lisa lisa lisa tetap tabah mengharungi liku liku onak onak dan otak otak untuk pulang kembali.


masa untuk penerbangan menaiki bas malam ini.8.30 pm.sekali lagi lisa kena tabah.lisa harus pulang untuk menuntut ilmu untuk dunia dan akhirat.


doakan aku selamat dan sihat tanpa lenguh lenguh badan sampai ke U.jangan sedih sedih tanpa lisa k.KBAI!

Friday 11 November 2011

aku kan adik

assalamualaikum.


jangan ade y muntah pula bila baca entry aku y seryes ni peliss.baca dalam keadaan waras dan sihat sejahtera hendaknya.


menjadi seorang sahaja anak perempuan malah bongsu pula,dan mempunyai 3 abang itu cun namanya.dan bak kata mak ayah aku tak susah jaga aku sebab aku anak y baik.ehem.


dan sekali lagi aku melihat air mata jatuh dari kelopak mata itu.sebagai adik..aku hanya memeluk erat tubuh y mengalirkan aliran darah y sama denganku.belakang nya aku usap supaya kesedihanya akan hilang.


kataku sekali lagi 'semua akan setel,jangan nangis.' dia diam.air mata jatuh lagi.aku adik mempunyai satu hati y kadang2 lemah.maka mata kejap kejap merah menahan bekunya air mata.maka dengan itu aku beredar ke dapur mencari makanan.KBAI!

11.11.11

assalamualaikum.

Merafak sembah tahniah Ke Hadapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Kali ke-42 Tahun 2011 pada 11 November 2011.


Semoga Kelantan terus dilimpahi keberkatan yang berpanjangan berteraskan syariat Allah SWT di bawah naungan Tuanku.Islam dijunjung,Raja Disanjung,Rakyat dipayung..amin.kbai!

Thursday 10 November 2011

kisah saya ketika ronda ronda KB

assalamualaikum.


setelah seharian duk pusing pusing KB.maka dan akhirnya dan sesudah itu.kembalilah aku dan kawan sepermainan dan kawan sejoget lambak keparking kereta.


ku pandang kiri,ku pandang kanan.ku lihat depan.ku lihat satu resit kecil ya berkaler merah jambu rasanya.ku ambil lalu ku tilik tilik diibaratkan seperti seorang bomoh.


ku tengok,mata masih ku lihat ke resit masih tak ku percaya.ku tengok sekali lagi.katanya TAHNIAH! kereta anda disaman kerana telah melebihi had masa bla.bla.bla.


aku dengan sifat gangster nya marah marah lalu aku pancitkan empat empat tayar kereta.lalu ku lambung ke sungai kelantan,cermin depan dan belakang aku pecahkan.


owh tak lupa MAIL LAMBUNG juga turut menolong ku ketika itu.kami berkawan rapat bagaikan langit dengan bumi,bagaikan melepaskan batuk di sungai kelantan.sekian ini lah kisah saya jalan jalan ketika cuti dikampung.KBAI

Wednesday 9 November 2011

Tuesday 8 November 2011

muka aku bertukar menjadi maya karin.

assalamualaikum.


kelamarin kat rumah ade makan2 sikit.aku tunggu kau y tengah baca post ni tak datang2 jugak.hisssh tau tak.tau tak.daging banyak tak abes disebbkan ketidak datangan kau.


aku tau dah kene sampuk dek penyakit diebetes la tu sampai tak larat nak mai.dah namanya makan2 mestilh dijemput sanak saudara y jauh didekatkan y dekat kita rapatkan ya dak?


ramai juga sanak saudara y datang.malah ada juga y tersilap.tersilap mereka siap mintak sign lagi.katanya ingtkan lisa surihani tadi,malah ade juga y kata aku ni maya karin.ah! cukup cukup cukup dengan kekeliruan itu.


aku tak mahu.aku tk kejarkan pablisiti murahan itu.cukup! tunggu punya tunggu.berbekalkan kesabaran y tahap maxsimum,dan iman y nipis maka tiba lah sepupu ku.orangnya cantik bergaya,diiringi suami tersayang dan anak2 disisi.


mulut dibuka,tangan dihulur.mereka senyum.aku senyum.aku cuba cuba buat lawak.lawak@ tak aku tak tahu.y aku tahu.mereka gelak dan ketawa hari itu.lawak mungkin.maka kami teruskan perbualan kami.


sampailah satu saat debaran pun tiba.katanya tahun ni pulang keseorangan,tahun depan bawak balik seseorangan.aku pun jawab.tak perlu bawak balik.aku yang kena tunggu rumah untuk dibawa balik.jawapan bernas dari maya karin pa lisa surihani pa.KBAI!



Monday 7 November 2011

kata ustazah aku

assalamualaikum.


udah2 ler tu udah2 ler kau duk telan daging tu kang kena denggi kang sape susah.aku jugak y susah hati sebab kau tak datng belog aku lagi.


kurangkan makan daging weh sebab daging mengambil masa bebrapa hari untuk dihadamkan.kalau nk gemuk makanlah bebanyak.dan kalau nak kena penyakit easy come easy easy easy come bak kata bruno mars kau telanlah daging tu sampai pengsan kah.kah.kah


oke kembali kepada tajuk aku,aku tau taipan aku dah tersasar jauh dari tajuk.lalu terhumban ke dalam lautan china selatan lalu ia berenang2 ketepian bersama-sama ikan talapia.


ustazah aku kata.lelaki kalau pilih wanita mesti berdasarkan rupa paras.dan wanita kalau pilih lelaki mesti berdasarkan perangai dan rupa paras..sekarang aku nak tanya kepada si lelaki dan wanita.


andai anda diberi pilihan untuk memilih ciri2 lelaki dan wanita idaman anda apa y anda idamkan?cu ceter cu ceter.KBAI!

Saturday 5 November 2011

ucapan ringkas dari pa liza surihani

assalamulaikum.


bukak belog dia ni entry tajuk pasal raya esok.buka belog ni jugak entry pasal raya jugak.pong pang pong pang semuanya pasal raya.


maka dengan berfikiran dengan bijaksana dan bergaya malah comel aku dan suami sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya.esok dtg umah makan daging.KBAI!

Friday 4 November 2011

aku taip dengan laju2 ni

assalamualaikum.


doakan aku samat sampai yer wahai si pembaca.malam ni aku balik.ah balik aaahhh balikk.oooyeah.babai usim.hai lembu,hai jugak unta,owh tak lupa kambing-kambing mak jah,kau tunggu aku tiba.


ma sayang anakmu belikan jubah untukmu.bagusnya pa lisa ni kan.owh tak lupa abah ku sayang,anakmu belikan baju untukmu.ah tak lupa lagi anak sedara tercayang,ciksu belikan mainan untukmu.sekali lagi baiknya ciksu.


ciksu nak pack barang.KBAI!

jawapan aku yang bernas.

assalamualaikum warga bumi.
oleh disebabkan laptop aku telah dimasuki virus trojen,maka dengan bijaksananya aku telah menformat laptop aku.dan akhirnya 40 hinggit hangus tanpa ku rela dan sudi.

terima kasih y amat2 kasih kepada y telah men TAG aku jangan lupa raya ni.sekandang unta yer heh.heh.heh.
1. Pelakon malaysia yg paling anda bosan?
tiz zaqiah.

2. 5 bahasa dunia yg anda ingin kuasai selain ingeris dan melayu?
1.perancis
2.korea
3.arab
4.jepun
5.orang asli

3. Negara mana pilihan bulan madu? kenapa?
mekah.kerana aku mahu ketempat suci bersama dengan si suami dan sama2 berada  berada ditengah2 pusat bumi.

4. Penyanyi malaysia yg paling perasan?
vvip kepop katanya!

5. Adakah anda jenis hapdet FB mcm baby hisap nenen?
tak sebab takde y nak like+komen status aku.menanah aku T..T

6. seminggu bpe patah perkataan anda sms?
wagheh.soalan kau gred D la weh.aku tak sempat kira y aku tau kedit aku jarang abes.hehe

7. makan nasi beras cap apa?
cap siam best.aku makan beras y diperbuat dari NEGARA THAILAND.
8. berapakahh bilangn rasul yg wajib tahu? 
25 kau mengingtkan aku time sekolah rendah ni weh

9. Siapa mungkar nangkir dan bila kali terakhir anda solat dhuha?
malaikat y mencatat amalan baik dan buruk aku.
2 minggu lalu.

10. Jika anda dapat 3juta anda nak behenti keja ke tak?
tak.tapi aku akan bukak syarikat dan aku ambik kau y jadi pekoje boleh? haha aku memerlukan ramai CLEANER WEH!

11. Bilakah anda akan mati???
bila malaikat izrail datang menjemputku.

KBAI.

Wednesday 2 November 2011

wordless wednesday #13

assalamualaikum.

tadi pa lisa sulihani kan..titew kan,aa'h titew kan..time titew drive ferari merah kita kan.tetiba datang si yasry marah2 kat titew.sampai lah  titew terbabas camgini haaaaa.

KBAI!

Tuesday 1 November 2011

pada suatu hari

assalamualaikum 
pada suatu hari yang tenang,angin sepoi2 menembusi menusuk hidung dan jantungku.aku melangkah setapak dan setapak.slow sikit perjalann sebab aku bukan atlet sukan lari berpagar dan bukan juga lompat jauh. 


aku lihat bahagian kanan aku,mereka tersenyum.manis senyuman.aku tak cair.sebab senyuman itu datangnya dari kaum sendiri.itu tandanya aku normal.


aku lihat bahagian kiri aku.tangan si wanita itu digemgam erat oleh si lelaki.manakala si wanita pula memegang erat tangan si baby kecil.


maka.alam mimpi aku pun bermula.aku bayangkan bagaimana suatu hari tangan kanan ku ini dipegang erat oleh insan y ku kenali sebagai suami.


suami? masih terlalu awal.calon pun masih belum ku jumpa.imaginasi aku terlalu jauh tersasar,menembusi planet pluto nun jauh disana.


 "ingin ku gemgam tanganmu wahai kau pemilik tulang rusukku
bukan hanya didunia,tapi ingin ku gemgam tanganmu 
seiiringan kita bersama ke syurga firdaus
hati ini hanya milikmu y ku belum tahu siapakah kamu.
dimana tinggalnya kamu.
janji ku.akan ku jaga hanya untukmu.kerana 
hati ini satu.
maka pemiliknya hanya satu iaitu
kamu wahai pemilik tulang rusukku.
jangan kau risau
hati ini takkan berpindah milik.
tidak akan ku serahkan pada sesiapa
andai kau pemilik hati ini
maka hanya engkau"
                                             
                                                                               sajak dikarang tepat jam 00.52am


*aku tau ade yang muntah darah bila bace post aku.ah aku peduli ape hahahaha.