Thursday 29 March 2012

terkejut ala ala kucing

assalamualaikum


rasa macam betul betul purba bila ada yang tersalah faham,katanya aku ni isteri orang...ya Allah tak ku sangka sebegitu purba wajahku ini.


ada yang kata lagi,muka terlalu matured,agak pelik bila perkataan "terlalu" join sekaki sebaris dengan ayat ni..sebab aku rasa aku tidak lah "terlalu" tua.


kawan aku cakap lagi,,pa kau harus berbangga sebab orang aggap kau matang,HAHHAHAHA.matang ke tua?


ada juga yang terkejut kucing bila taw umor aku yang sebenarnya...mungkin kerana aku terlalu cun dan cun dan menawan agaknya.


bagi aku,umur itu cuma angka..yang penting kita haruslah matang dalam menjalani hidup yang berbukit dan bergunung ganang ini.


bila kita budak jadilah budak budak,bila kita dah dewasa maka berfikirlah seprti orang dewasa.KBAI



Sunday 25 March 2012

petanda kau telah jatuh cinta

assalamualaikum.


aku rasa mcam dah dr cinta dah,kelmarin post pasal cinta ni pun post pasal cinta.ahh biarlahh aku nak ber jiwa flora flora fauna skit,berjiwa ala ala pink air bandung jup.


petanda kau dah jatuh hati a.k.a fall in love
  • sesakit hati,semarah mana pun kau kat lelaki/wanita tersebut kau xleh marah dia lelama sangat nt kau akan merasa sedih,walau kau berpura pura marah dia.
  • kau akan baca,simpan,save,msg dia dan kau akan baca msg tu berkali kali even msg tu dia hantar  HA HA HA HA jer.
  • dengan orang lain kau gelak bagai nak pengsan,kau borak bagai semua cite nak share,tapi dengan dia kau kelu kelu lu lu lu.
  • kau tetiba rasa malu tanpa sebab walau pun semua orang taw kau ni bukan bersifat pemalu orangnya.
  • kau akan start dengar lagu jiwang,lagu mendayu jiwa,lembut bak downy jiwa kau.
  • kau dah start angau dah setiap hari kau akan kat dia,mandi pun basah kuyup,makan pun bertambah bagai,tidur bermimpi siap terjun bangunan bagai.
  • kau akan perasan yang kau kerap tersenyum,bila ada jer orang sebut nama dia,kau akan tersenyum.
  • kau akan buat apa saja buat dia,apa saja..kerja dia,tolong dia dan semuanya,aku ulang sekali lagi semuanyya!
  • lastly while u reading this post,there is one person on ur mind the whole time.
sayang jatuh cinta itu biasa.pastikan bila anda jatuh hati,dia akan angkat kembali hati anda dan buang debu2 yang melekat di hati anda.sekali lagi..jangan biarkan cinta manusia mengatasi cinta iLahi.KBAI

Saturday 24 March 2012

bertemu di tanah suci



assalamualaikum.


seryes sweet yang teramatlah sangat.kisah artis si cantik molek irma hasmi yang baru bertunang.dan yang paling sweet,dia bertemu tunangnya di tanah suci.sungguh comel aturan Allah kan?


dia gagal dalam kisah cintanya,tapi Allah gantikan lagi dengan insan yang dia perlukan,samalah kita manusia..Allah "ambik" sesuatu yang begitu bernilai dimata kita.


tanpa kita sedari Allah sedang merancang untuk bagi kita sesuatu yang sweet lagi.ramai yang sedang mencari cari jodoh,mencari cari pasangan,kerana malu bila single...kerana di anggap tidak laku.


sayang seribu kali sayang.taw tak yang single tu laa yang paling mahalnya,kerana cinta nya masih belum di miliki,dan yang bertuah sahaja yang berjaya memiliki hati mu itu orangnya hebat sangat.


xpayah nak mengadu dan mengejar sangat lah cinta manusia tu tak kemana.kerana dah sifat manusia bila memiliki,lama lama akan terasa puas,tapi bila kita mencari cinta ilahi terlebih dahulu kita takkan rasa puas.


nak menasihati seseorang tak perlu tunggu kena jadi ustaz@ustazah,tugas kita sesama islam saling menasihati =) kbai.


#tetiba rasa nak p umrah insyaAllah.

Tuesday 13 March 2012

kalaulah kita tahu

assalamualaikum


aku bz yang teramat sangat sangat weyh.maafkanlah pa lisa ini kerana lama dah tak terjah balik mereka mereka yang mai blog aku.soooooooriiiiii nt pa lisa belanja loli loli loli pooop erk wee wee wee.*bajet cun bila sebut wee wee HAHAHA


aku terjumpa kata kata yang membuat aku tergagam  1 2 3 4 5 6 7 8 9 minit 

Bila jumpa pelacur tepi jalan, orang akan kata “eee perempuan kotor ni”
Padahal kita tak tahu dia telah dijual oleh bapanya ketika umur 10 tahun.


Bila jumpa bekas banduan, orang akan kata “ish penjahat ni. jangan dekat dengan dia”
Padahal kita tak tahu dia telah difitnah mengambil rasuah oleh sahabat karibnya sendiri.


Bila jumpa pesakit mental, orang akan kata “orang gila ! jangan kacau aku”
Padahal kita tak tahu dia telah didera oleh mak tirinya hingga mengalami trauma berpanjangan.


Bila jumpa lelaki muka hodoh, orang akan kata “euww hodohnya. siapalah nak kahwin dengan kau tu”
Padahal kita tak tahu lelaki tu kehilangan ketampanannya akibat melecur dalam usaha menyelamatkan ibunya dalam kebakaran.

#kita hidup di bumi yang sama,janganlah terlalu bongkak pabila berkata kata dan janganlah terlalu mendongak kelangit.kita semua sama wahai anda semua.KBAI

Thursday 8 March 2012

kesian dekat kau.

assalamualaikum.


mak ayah aku didik sejak dari kecil lagi menghormati sesiapa sahaja,tak kira muda mahupun tua.


kelmarin seorang hamba Allah telah membuat aku berasap asap berkepul kepul asap kemarahan dengan seorang hamba Allah.


aku pelik dengan seorang pakacik yang tenaga yang sah sah lemah dari kita pun kau nak marah marah apa punya manusia!


jangan jadi budak darjah satu laaa weyh kena tegur,ken MARAH nak marah balik.guna akal laa.kesian pakcik tu.aku menegur dia balik,tapi dihalang oleh kawan ku.takut keadaan menajdi semakin rumit.


kalau aku dengar kau marah marah,kasar kasar dengan pakcik tu lagi,tunggu jelah suatu hari kau makan guna kaki.dan aku tak teragak agak nak marah kau balik.


jangan pikir keletihan kau jer,pakcik tu lagi letih,bawak bas kesini kesana,datang ambik kau.hormatlaa sikit dia sebagai org yang lebih tua dari kau.KBAI