Thursday 27 December 2012

sebuah surat yang tersirat


sedih
pilu.

Semua muka basah dengan air mata.
Jatuh,gugur.merah kemerahan pipi dan mata semua.perginya dia tanpa dipinta.namun harus diingatkan setiap yang bernyawa akan bertemu mati.begitu juga farah.orangnya seceria maknanya iaitu gembira.

Pergi meninggalkan keluarga tersayang,kawan yang dikasihi dan semua,untuk bertemu dengan kekasih yang no 1.perginya farah setelah kereta yang dipandu dirompak,ketika perjalanan pulang ke kampung,perompak mengacukan parang,farah di tikam berkali kali sehingga menghembuskan nafas terakhir..dua orang kawannya terselamat kerana setelah farah ditikam bertubi tubi,perompak panik lalu meninggalkan tempat kejadian.

Aminah.seorang kawan karibnya,baik,rapat,bagai isi dengan kuku.dia mengeluarkan surat lalu diberi kepada seorang hamba Allah yang juga kawannya hairi.”arwah amanah kan aku untuk bagi surat ni kat ko,aku tak tahu kenapa,tapi dia amanahkan pada aku.lepas final,dia bagi surat ni kat aku,”
Diam.senyap.air mata jatuh.mengalirkan mengenangkan arwah.surat digemgam dengan kemasnya.surat yang berhelai kan TIGA helai,di buka satu persatu…

“assalamualaikum hai hai hai haaiii ri.ececcee nama best wooo,bile sebut je nama terasa nak BER HAI HAI terus.hahahaha.apa khabar? Mungkin kau pelik kan nape aku tulis surat,tak stylo mylo betul lah kan..orang zaman ber IT ,ber FB,ber TWITERR,masih aku tulis surat,kono betulkan aku…?
“fa,Allah.tolong jangan buat aku ketawa,aku penat menangis.”luah si hairi sambil lap air mata yang jatuh satu persatu.

“kawan,macamne exam kau? Harap okey okey,aku tahu kau budak bijaksana,mesti result gempak punya..kesihatan kau pulak? Weh dengar sini,kau kena jaga kesihatan kau,makan biar cukup,jangan sakitkan badan kau tu sian dia tak bersalah langsung..mesti kau tertanya Tanya kan kenapa aku tulis surat ni? Sebenarnya aku tak tulis pun..hahaha sebab aku taip.
Aku tahu tak lawak,tapi sila ketawa demi kebodohan lawak aku ni pls pls pls hehhee.

“fa..kau lawak fa,sentiasa pandai buat orang gelak”sebak hairi.

Banyak benda aku nak gtaw kau ada lah dalam 1,2,3 ,4,5,6,7,8,9 eh eh jup 2 jer hehehhehehe.dan benda ni dah lama terbuku dalam hati malah dah beku dah pun…mesti kau pelikkan apa lah nak aku gtaw ni,okeylah aku tukar nada tak serius aku ke nada serius..aku tak tahu lah mula mula aku jumpa kau,kau lah salah satu mkhluk yang aku paling meyampah bila berjumpa..dengan sikap kau yang suka rendahkan orang.

Ya aku tahu aku rendah,tapi janganlah pandang rendah kat aku,cuba lah pandang tinggi kat aku,mana taw aku tetiba jadi tinggi ya dak? Hahaha.kau antara makhluk aku paling tak suka..ada juga terdetik nak pecahkan muka kau jadi batu bata,tapi fikir zalim tak bertempat pula aku rasa.

Ada juga terlintas nak bagi kau makan racun tikus hehe.tapi tak zalim lagi aku.okey..benarlah kata orang mula mula benci..lama lama? Makin benci hahaha.eh tak tak lama lama bertukar dari benci jadi kurang kurang dan semakin lama ia semakin berkurang maka ia bertukar jadi rasa yang bodoh betul kalau aku fikir.aku nafi sekeras kerasnya.

sebab aku tak suka kau,aku benci kau,aku benci cara kau layan aku,aku benci cara yang berkawan dengan aku.sakit.mungkin kalau aku cantik kau layan aku baik kan kan kan? Eecece.apa tak cukup cantik ke? Hehehe.aku mula mula perasan benda alah ni ada,time kau ada masalah.

Tahu tak,hishhh mesti kau x tahu,time kau sedih,time kau di timpa masalah,aku tak tahu kenapa bila kau ada masalah aku boleh menangis… kalau kau sakit,aku rasa sakit..hebat tak aku boleh rasa apa yang kau rasa? Hihihi aku menangis fikirkan keadaan,kalau lah kau boleh tahu bahawa aku ada,aku boleh dengar masalah kau,even aku tak mampu.aku hanya nak tolong kau..tolong kurangkan kesedihan kau.

Tapi sakit.kau tak Nampak semua tu,cara kau,semua perbuatan kau makin hari makin menyakitkan hati aku.tahu tak..penat aku berpura pura senyum,penat aku berpura pura gelak,dan lebih penat..aku menangis,sedangkan kau diam,dan terus dengan sikap kau.lalu aku ketuk otak aku aku cakap “ farah,kau bukannya cantik,malah gemuk,tak dipandangnya.”

Ramai yang Tanya,kenapa kau,aku diam.aku jawab aku tak tahu.aku suka kau sebab kau,bukan sebab kekacakan kau yang tak kacak lansung tu,bukan kepandaian,bukan kekayaan.tapi sebab kau.buta betul aku.dan paling menyedihkan suatu hari tu kau pernah suruh aku diam demi seseorang,sedangkan aku tengah bimbang kan keselamatan kau,dan kau suruh aku diam demi dia,tahu tak apa aku rasa? Macam orang yang tak berharga langsung di mata kau.

Pernah suatu hari,kau hantar sesorang,aku pandang kau.tapi sikit pun kau tak tengok..hodoh sangat kah aku? kau tak tegur aku langsung..aku tetap senyum. Kau tahu betapa sebaknya hati aku.at least pandanglah aku dengan sekadar pandangan manusia terhadap manusia..tapi kau tak.Allah maha tahu,aku kalau diberi peluang ,aku nak buang perasaan ni.tapi aku manusia..aku kena slow slow.

Start aritu,bila jumpa je kau aku akan larikan diri,bukan nak jauhkan diri,tapi aku rasa terlalu bodoh bila aku cuba tawarkan rasa cinta aku pada insan yang tak pernah Nampak,kau buta.kau hanya Nampak dia.aku kau ketepikan.kau hanya Nampak dia.kau tak bersalah,aku yang salah,tersalah suka pada kau..serius,kalau aku ada button untuk pilih siapa aku suka,aku janji takkan pilih kau.aku janji.

Aku dengan dia bagai langit dengan bumi.aku tiada kecantikan yang boleh kau bangga bangga kan..aku tiada kepandaian yang boleh kau war warkan..aku tiada kekayaan yang boleh di “istana” kan tapi aku ada hati.aku manusia.

Akhir kata aku minta maaf sebab suka kau,aku tahu aku tak layak.aku janji,kalau aku tahu ini sakitnya.aku takkan suka kau.takkan.maaf salah silap aku.jup jup satu lagi,aku tahu kau suka dia,takpe aku doakan kau dengan dia..kalu jodoh tak kemana..in sha Allah.assalamualaikum,jaga diri,aku tiada lagi nak marah marah kat kau.J KBAI.”

“fa,aku minta maaf.semua salah aku.aku minta maaf.aminah..aku bersalah..aminah “ ter esak esak menangis si hairi.

“sabar lah hairi,arwah dah selamat kembali.arwah memang seorang yang ceria,waktu pagi dan petang dia bergelak ketawa.waktu malam matanya dibasahi air mata..bila di Tanya katanya mata dia masuk habuk,sehingga lah dia tak tahan lagi,dia luahkan semuanya pada aku..kau buta hairi..kau terlalu mengejar cinta yang cantik dimata kau..kau lupa akan dia..malah pandang sebelah mata pun kau tak hingin..kenapa? sebab dia tak cantik..? kau kena ingat…time kau susah dia yang tolong kau,Cuma kau je yang tak tahu..,dia tolong kau dalam diam,kau jer yang tak tahu,,sudahlah menyesalkn pun tak de gunanya..nasi dah jadi capati.”


 "manusia hanya akan hargai sesuatu bila dah kehilngan
kerana manusia itu matanya celik,tapi  hakikatnya matanya buta"

Friday 7 December 2012

woohaa makan kawan kenyang ke?

assalamualaikum

kawan makan kawan,woohaa tu bukan maknanyan kawan makan makanaan kawan,nie kawan makan kawan..lain bunyi nye tu..kawan makan makan,boleh kenyang berthun tahun jugak agaknya..kenyang dengan makan hati,limpa dan suhu darah naik naik naik..

semakin banyak kita berjalan melangkah melihat dunia,semakin banyak kawan yang kita jumpa...ada y okey,malah ada yang terlebih okey,malah ada juga hendaknya membuat kita yang okey jadi tak okey,hati hati dalam memilih kawan.

sebab manusia ni tidak seperti yang kita tengok,luarannya baik,cantik dan lemah gemalai kata katanya..tapi dalaman? Allah maha mengetahui..kita mungkin ada 1000 kawan,tapi time kita susah,adakah 1000 tu akan datang tolong kita?

mungkin sorang yang datang,mungkin 2 orang @ mungkin tak langsung.sebab tu luqman al hakim menasihati anaknya.."Hai anakku bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu diamasih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagaikawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah"

ingat,nak berkawan senang tapi nak menjadi kawan tu susah.cari lah kawan yang mencerminkan siapa kita,kawan yang bila kita salah dia tegur,bila kita bersalah dia nyatakan kesalahan..bukan kawan yang asyik salah menyalah.

ingat,sebagai kawan...bila kawan kita susah,dia perlukan kita..cuba fikir kenpa kawan kita cari kita? kerana dia yakin kita boleh tenangkan dia,kerna dia yakin kita boleh tolong dia,even tolong tadah telinga..manusia sebenarnya..bukan hendakkan duit,bukan hendakkan kemewahan..tapi dia hanya nak dengar ayat " AKU ADA" "aku ada,jangan bimbang" 

"jangan susah baru tercari cari,bila senang? dicampak diri entah kemana.." kawan yang bersuka ria,bergelak ketawa dengan anda sekarang belum tentu akan menangis bersama bila di timpa musibah...appreciate apa yang kita ada sekarang,jangan mencari 1000 kawan,andai sorang kawan pun tak pandai hargai.KBAI