Friday 30 May 2014

macam kisah drama pelakun izul islam

assalamualaikum

terbayang ke tak pernah terbayang,penat taw main bayang bayang,kena bayangkan kena imagine lagi.tak suka.macam adik berdik mat jenin sebenarnya hehe.tapi kisah takkn menjadi kisah.mesti ada sebab kesah tu terjadi.

bak kata pepatah,kena berfikir dahulu sebelum berkata kata.eh macam salah je? biala pepatah aku.dah nak terpatah sebegitu biarkan sahaja.boleh guna pepatah tu dalam exam upsr ye.markah lebih nanti insyaAllah.

setelah berbulan tak menaip.aku bukak ruang komen,hampir 25+ komen yang tak di approve.tak pernah ku pinta malah tak terbayang,belog yang dah begitu usang masih ada yang komen.harini baru ada ruang dek last semuanya.presnt dah.cuma satu esaimen lagi T.T tapi yang tu lmbat lagi nak hantar tu relex siket.siket la relex.

berbalik kepada asal tujuan post ni,aku nak cerita pasal kawan lelaki aku yang direject seorang perempuan,setelah berhabisan duit si lelaki itu."aku dah buat apa yang dia suruh pa,dia nak apa aku bagi..tapi last last dia cakap nak kawan je " berkata mamat dengan nada serak serak basah,mata pun merah merah menahan air mata nak jatuh lettew.

"apa salah aku pa,dia macam buat aku macam tak berguna,dulu cakap lain sekarang cakap lain pa " mamat sambung cerita.aku ingat dah tamat dah kisah cerekarama dia.rupa bersambung macam cerita aku isterinya,yang pelakon si izul islam tu.berkenan juga kat izul islam,tapi dah beristeri terpasrah hasrat disitu.

disebabkan cerita dia macam cerita ala ala cerita yang dilakunkn oleh si izul islam,maka aku kena bertukar watak menjadi anzalna juga "tak yah sedih,membazir masa,time ko sedih ada dia fikir perasaan ko,time dia cakap nak kawan je,kenapa tak dari dulu? sungguh aku cakap,membazir,jangan jadi macam aku yang suka membazir " nampak macam anzalna kan.sila baca nada slow macam anzalna.

"ko dengar sini,pegang ayat aku sampai lumat,kalau boleh kunyah biar kenyang.sekali dia reject ko.1000 kali ko reject dia.ko tak rugi pape,dia yang rugi.dia kehilangan lelaki yang betul betul sayang dia.ko? ko kehilangan manusia yang tak sayang ko.manusia hanya nak gunakan duit ko" anzalna semakin pandai bermain emosi.nada geram disitu.

muka mamat semakin kusam,tapi nampak dah boleh berfikir dengan bijak sikit.takpe,take your time.time heal almost everything.takpe kurang bijak sekali sekala bukan selalu kan.tapi macam selalu je? hehhe.

setiap yang sakit,takkan lama.ambil masa.dan jangan mudah putus asa berdoa.Allah ada.biarkan dia dengan hidupnya.satu je nak share,kalau tahu orang tu suka kat kita,dan rasa tak mampu nak balas.okey stop kat situ,tak payah nak main tarik tali.tak payah nak usik hati manusia.

P H A