Saturday 24 December 2011

kembali dan berpisah

assalamualaikum.


alhamdulillah sem ni sudah tamat dengan jayanya semalam.maka berpecahlah kelas ahli gagak hitam yang 14 orang budak yang hemsem dan cantik jelita sperti pa lisa ini.


aku yang bijak ini telah membuat 1 plan yang bagi aku hebat matang bergaya dan berdidikasi,aku telah membuat 1 video,terima kasih buat si window live movie maker kau telah bersubahat dengan ku.


didalam video tersebut dilengkapi dengan gambar yang melibatkan semua geng gagak hitam.mula mula dengar semua gelak ketawa.tapi bila nk last semua senyap.alolololo seddiihh lettew.


sebelum sem di akhiri dan sebelum aku pergi meninggalkan kami sempat menyanyi bersama.lalallalaalala KBAI!

Tuesday 13 December 2011

kawan aku bijaksana dan pandai orangnya.

assalamualaikum.


cinta.cinta jaman jaman muda diibaratkan seperti cinta monyet.bukan bermaksud monyet yang bercinta sesama monyet.tetapi mungkin sifat monyet itu yang ala ala sama dengan "cinta"


memiliki rupa ala ala lisa ini susah rupanya kan? eheeem.yelaaa  jalan setapak orang nak sign,jalan 2 tapak,3 tapak 4 tapak orang tegur,"pa lisaa!" "pa lisa"


rimas pula bila digosipkan dengan seseorang.memiliki kawan yang bersifat kreatif,bijaksana dan inovatif ni susah jugak.kerana terlalu taksub dalam "mengenakan" aku maka nama aku digabungkan dengan...........


aku tak suka perkara yang melibatkan hati
kerana aku takut andai hati diberi
andai hati tersalah di bagi
andai sayang tersalah di beri
tapi dia bukanlah jodohku.
dosa ku tabur
zina hati ku undang
maksiat ku jemput.
biarlah hati ini "berhati-hati" dengan hati.
hati ini hanya kepada yang halal.
insyaAllah.



Friday 9 December 2011

aku cool

assalamualaikum.


lama sungguh rasanya aku tidak menaip di tempat alah ni.esaimen bertimbung timbung ada hati nak lawan tinggi gunung dan bukit lettewwwww.


bila sem dah nk suam suam nak habis macam air suam yang mak jah bagi free kat fakulti sains dan teknologi ni,hubungan kami semakin rapat pula.hish!


2 hari lepas satu kelas berpuasa,dan kami bebuka sesaama
muka muka semua cantik dan hemsem boleh dibuat calon menantu.bila sampai tengok makanan penuh meja.masing masing muka tahap lapar nak "terkam" ayam yang disaluti tomyam itu.


bila hampir siap ada seorang clasmate berkata "pa stay dengan kelas kitorang..tak payah tukar.."mata nya tersenyum melihat aku.
aku terdiam.aku tersenyum..maaf keputusan telah dibuat.aku harus pergi.KBAI!