Saturday 24 December 2011

kembali dan berpisah

assalamualaikum.


alhamdulillah sem ni sudah tamat dengan jayanya semalam.maka berpecahlah kelas ahli gagak hitam yang 14 orang budak yang hemsem dan cantik jelita sperti pa lisa ini.


aku yang bijak ini telah membuat 1 plan yang bagi aku hebat matang bergaya dan berdidikasi,aku telah membuat 1 video,terima kasih buat si window live movie maker kau telah bersubahat dengan ku.


didalam video tersebut dilengkapi dengan gambar yang melibatkan semua geng gagak hitam.mula mula dengar semua gelak ketawa.tapi bila nk last semua senyap.alolololo seddiihh lettew.


sebelum sem di akhiri dan sebelum aku pergi meninggalkan kami sempat menyanyi bersama.lalallalaalala KBAI!

Tuesday 13 December 2011

kawan aku bijaksana dan pandai orangnya.

assalamualaikum.


cinta.cinta jaman jaman muda diibaratkan seperti cinta monyet.bukan bermaksud monyet yang bercinta sesama monyet.tetapi mungkin sifat monyet itu yang ala ala sama dengan "cinta"


memiliki rupa ala ala lisa ini susah rupanya kan? eheeem.yelaaa  jalan setapak orang nak sign,jalan 2 tapak,3 tapak 4 tapak orang tegur,"pa lisaa!" "pa lisa"


rimas pula bila digosipkan dengan seseorang.memiliki kawan yang bersifat kreatif,bijaksana dan inovatif ni susah jugak.kerana terlalu taksub dalam "mengenakan" aku maka nama aku digabungkan dengan...........


aku tak suka perkara yang melibatkan hati
kerana aku takut andai hati diberi
andai hati tersalah di bagi
andai sayang tersalah di beri
tapi dia bukanlah jodohku.
dosa ku tabur
zina hati ku undang
maksiat ku jemput.
biarlah hati ini "berhati-hati" dengan hati.
hati ini hanya kepada yang halal.
insyaAllah.



Friday 9 December 2011

aku cool

assalamualaikum.


lama sungguh rasanya aku tidak menaip di tempat alah ni.esaimen bertimbung timbung ada hati nak lawan tinggi gunung dan bukit lettewwwww.


bila sem dah nk suam suam nak habis macam air suam yang mak jah bagi free kat fakulti sains dan teknologi ni,hubungan kami semakin rapat pula.hish!


2 hari lepas satu kelas berpuasa,dan kami bebuka sesaama
muka muka semua cantik dan hemsem boleh dibuat calon menantu.bila sampai tengok makanan penuh meja.masing masing muka tahap lapar nak "terkam" ayam yang disaluti tomyam itu.


bila hampir siap ada seorang clasmate berkata "pa stay dengan kelas kitorang..tak payah tukar.."mata nya tersenyum melihat aku.
aku terdiam.aku tersenyum..maaf keputusan telah dibuat.aku harus pergi.KBAI!

Tuesday 29 November 2011

bila terbaca

assalamualaikum.


yes yes yes yahoo masegger yahooo yahoo yahoo.aku ponteng kelas hari ini.buruk bebenor lisa? ponteng kelas pun ketawa bagai nak sawan!


aku ponteng bersebab weh.sakit pinggang something wrong with my pinggang.pls don't ask me anything,just Teruskan reading entry aku.


wah skiping ! kau ade? bila bukak blog guna laptop org ni sah sah lah aku kena log in kan? bila kena  log in aku pun dengan rajinnya gugellah terlebih dahulu.


aku dengan rajin lagi,tertengoklah entry lama ni.hish best pulak aku baca.aku pun taktau aku taip macamna entry tu ! hahahha.ENTRY LAMA AKU.


sekarang aku nak tag diorang nak suh bagi entry "sawan" korang time tengah berjinak jinak nak berbloging katanya.










Saturday 26 November 2011

hai saya update ni!

assalamualaikum.


hai.harini saya keseorangan tau.kesian kat saya.rumet saya kuar..dia p UK aka ulu kelang,yang sorang lagi p jalan jalan KL,dan yang dorang lagi p MELAKA,saya sedih,saya hampir mahu menelan printer dan oh tak lupa laptop y berjenama toshiba ini.sedih rasanya.


maka tinggal lah saya seorangan terdampar dan  dipanah petir,disumbat dengan sembilu yang lagi memilukan,malah ditambah lagi dengan hasutan hasutan luka luka duri.


meratap lah saya sendirian di bilik.almari dibuka,makanan di cari satu persatu,cari dan cari dan cari lagi.


maka minumlah saya susu dutch lady yang low fat katanya.kenyang atau tidak itu bukan soalan mulut kepada perut,yang penting sedih itu hilang.maka bermula kerja yang masih belum disiapkan.jari jemari berlari lari dengan betapa kencangnya.lari dan lari dan lari lagi.KBAI!


#salam maal hijrah semoga kita sesama Hamba Allah sesama berhijrah dari satu titik kejahilan ke arah Diredhai Allah.





Tuesday 22 November 2011

aku sibuk

assalamualaikum.


lisa tau mesti ramai yang dah sawan kan sebab lisa tak update.lisa lisa mintak okey.aku memang hampir jem dah otak ni bukan dek frust bercinta.


dek kerana esaimen y belambak.tidor pun tak cukup.tidur 3 4 pagi,bangun 6 pagi.nak p kelas pukul 8 pulak.seryes letih tahap nak mamah mekdi dan kecpi dah ni.


sekian sahaja update pa liza untuk arini.kbai! 

Friday 18 November 2011

merah merahan di jari

assalamualaikum.


hish hish hish bila bace entry blogger pasal perkahwinan terasa nak hentak kaki laju laju jer nak pakai inai dijari jugak,ok lisa lisa lisa cover sikit cover sikit kegedikan itu.


dulu time perkahwinan abg aku,bajunya ku seterika kan,malah butang baju jugak ku pakaikan.comel! tengok muka pengantin ni boleh dapat seru ker erk?


lisa ni letih tau nk tunggu yasry ni.letih sangat sangat dah ni.yasry ni katanya tahun depan.alalllaaa alllllaaa allllaaaa yas yas yas lisa tak shukew tau!.KBAI!

kenapa dengan kau?

assalamualaikum.


kawan aku pesan.pa marah jangan melampau melampau sangat.nanti bertukar menjadi sayang.
kawan aku yang budiman berpesan lagi,apa yang kau tak fahamkan lagi pa?


aku rasa nak tumbuk laju laju jer muka kawan aku ni.boleh tak kau tak payah nk cakap pasal cicak kubeng tu?grr.


aku tengok muka dia rasa kecik besar kecik besar jer! aku tak tau apa masalah kau.tak abes abes nak buat hati aku meletop bagai gunung jerai I dan dan gunung jerai II.


nasiblah aku mempunyai keayuan yang cukup.kalau tak sudah lama kau ku petak petak kan menjadi kueh makmur dan tak lupa juga kueh tat nangka.KBAI!

Wednesday 16 November 2011

wordless wednesday #15

assalamualaikum.

minggu ni aku bz sikit sikit sikit.kalau tak update belog jangan lah pulak ade y kena sawan pulak yer kah.kah.kah.

kalau tak balas komen tu jangan la,sampai nak bomoh bomoh kan aku pulak.
satu jer pesanan.jangan rindu lisa pa lisa maya pa maya.ahaks!KBAI!

Tuesday 15 November 2011

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

assalamualaikum.


ada y tanya aku kenapa tak letak gambar y ade muka aku? kenapa bila aku cakap aku p sinun aku p sanan nape tak letak gambar aku.macam takde bukti gitu.


jawapan aku ringkas.aku taknak nt ade y termuntah burger empt hari lalu y korang mamah sebab tengok muka aku y seiris retis itu.siapa? ah malass lisa nk xplain banyak banyak.


setakat teka tekuk tu aku tau korang petik jari jer jawapan berduyun2 mai! kah.kah.kah.
itu alasan no 3,eh 2 eh last la..sebenarnya................


ah.malas cakap.kbai!


#aku tak ingin keindahan yang Allah ciptakan y tercipta di ruangan muka ku ini menjadi pujian.takut nt aku binasa dek pujian yang bisa mengkaramkan kehidupan aku.

Sunday 13 November 2011

single and unavailable

assalamualaikum
jangan kau suka padaku kerana rupaku y macm lisa ini
jangan.
kerana aku takut.andai suatu hari nt mukaku
bertukar jadi macam hantu kak limah.
cintamu akan bertukar juga.

jangan kau sukakan ku kerana lemah longlai 
bahasa y aku tuturkan.
kerana aku takut andai suara ku bertukar
menjadi kasar cintamu akan berkurangan.

jangan kau suka kan aku kerana katamu aku lawak
lawak ku mengalahkan mak JEMAH
jangan.
kerana aku takut andai aku memberi kau sekelumit
kesedihan cintamu akan berkurangan.

jangan kau sukakan aku kerana aku memiliki
kulit gebu seperti tepung gomak.
putihnya kulitku sperti putihnya clorox.
jangan.kerana aku takut..
takut andai suatu hari kulitku bertukar menjadi gelap
cintamu akan berkurangan.

cintailah aku kerana aku.
cintailah aku kerana...
aku boleh membawamu kejalan y diredhai Allah.
bukan kelembah maksiat.

sekian.

Saturday 12 November 2011

aku taip dengan laju2 ni part II

assalamualaikum.


sebenarnya.tangan aku berat.berat diibaratkan diikat duri sembilu,direjam dengan buluh perindu ah kejam.


malas sebenarnya nk pulang kembali.tapi lisa lisa lisa tetap tabah mengharungi liku liku onak onak dan otak otak untuk pulang kembali.


masa untuk penerbangan menaiki bas malam ini.8.30 pm.sekali lagi lisa kena tabah.lisa harus pulang untuk menuntut ilmu untuk dunia dan akhirat.


doakan aku selamat dan sihat tanpa lenguh lenguh badan sampai ke U.jangan sedih sedih tanpa lisa k.KBAI!

Friday 11 November 2011

aku kan adik

assalamualaikum.


jangan ade y muntah pula bila baca entry aku y seryes ni peliss.baca dalam keadaan waras dan sihat sejahtera hendaknya.


menjadi seorang sahaja anak perempuan malah bongsu pula,dan mempunyai 3 abang itu cun namanya.dan bak kata mak ayah aku tak susah jaga aku sebab aku anak y baik.ehem.


dan sekali lagi aku melihat air mata jatuh dari kelopak mata itu.sebagai adik..aku hanya memeluk erat tubuh y mengalirkan aliran darah y sama denganku.belakang nya aku usap supaya kesedihanya akan hilang.


kataku sekali lagi 'semua akan setel,jangan nangis.' dia diam.air mata jatuh lagi.aku adik mempunyai satu hati y kadang2 lemah.maka mata kejap kejap merah menahan bekunya air mata.maka dengan itu aku beredar ke dapur mencari makanan.KBAI!

11.11.11

assalamualaikum.

Merafak sembah tahniah Ke Hadapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Kali ke-42 Tahun 2011 pada 11 November 2011.


Semoga Kelantan terus dilimpahi keberkatan yang berpanjangan berteraskan syariat Allah SWT di bawah naungan Tuanku.Islam dijunjung,Raja Disanjung,Rakyat dipayung..amin.kbai!

Thursday 10 November 2011

kisah saya ketika ronda ronda KB

assalamualaikum.


setelah seharian duk pusing pusing KB.maka dan akhirnya dan sesudah itu.kembalilah aku dan kawan sepermainan dan kawan sejoget lambak keparking kereta.


ku pandang kiri,ku pandang kanan.ku lihat depan.ku lihat satu resit kecil ya berkaler merah jambu rasanya.ku ambil lalu ku tilik tilik diibaratkan seperti seorang bomoh.


ku tengok,mata masih ku lihat ke resit masih tak ku percaya.ku tengok sekali lagi.katanya TAHNIAH! kereta anda disaman kerana telah melebihi had masa bla.bla.bla.


aku dengan sifat gangster nya marah marah lalu aku pancitkan empat empat tayar kereta.lalu ku lambung ke sungai kelantan,cermin depan dan belakang aku pecahkan.


owh tak lupa MAIL LAMBUNG juga turut menolong ku ketika itu.kami berkawan rapat bagaikan langit dengan bumi,bagaikan melepaskan batuk di sungai kelantan.sekian ini lah kisah saya jalan jalan ketika cuti dikampung.KBAI

Wednesday 9 November 2011

Tuesday 8 November 2011

muka aku bertukar menjadi maya karin.

assalamualaikum.


kelamarin kat rumah ade makan2 sikit.aku tunggu kau y tengah baca post ni tak datang2 jugak.hisssh tau tak.tau tak.daging banyak tak abes disebbkan ketidak datangan kau.


aku tau dah kene sampuk dek penyakit diebetes la tu sampai tak larat nak mai.dah namanya makan2 mestilh dijemput sanak saudara y jauh didekatkan y dekat kita rapatkan ya dak?


ramai juga sanak saudara y datang.malah ada juga y tersilap.tersilap mereka siap mintak sign lagi.katanya ingtkan lisa surihani tadi,malah ade juga y kata aku ni maya karin.ah! cukup cukup cukup dengan kekeliruan itu.


aku tak mahu.aku tk kejarkan pablisiti murahan itu.cukup! tunggu punya tunggu.berbekalkan kesabaran y tahap maxsimum,dan iman y nipis maka tiba lah sepupu ku.orangnya cantik bergaya,diiringi suami tersayang dan anak2 disisi.


mulut dibuka,tangan dihulur.mereka senyum.aku senyum.aku cuba cuba buat lawak.lawak@ tak aku tak tahu.y aku tahu.mereka gelak dan ketawa hari itu.lawak mungkin.maka kami teruskan perbualan kami.


sampailah satu saat debaran pun tiba.katanya tahun ni pulang keseorangan,tahun depan bawak balik seseorangan.aku pun jawab.tak perlu bawak balik.aku yang kena tunggu rumah untuk dibawa balik.jawapan bernas dari maya karin pa lisa surihani pa.KBAI!



Monday 7 November 2011

kata ustazah aku

assalamualaikum.


udah2 ler tu udah2 ler kau duk telan daging tu kang kena denggi kang sape susah.aku jugak y susah hati sebab kau tak datng belog aku lagi.


kurangkan makan daging weh sebab daging mengambil masa bebrapa hari untuk dihadamkan.kalau nk gemuk makanlah bebanyak.dan kalau nak kena penyakit easy come easy easy easy come bak kata bruno mars kau telanlah daging tu sampai pengsan kah.kah.kah


oke kembali kepada tajuk aku,aku tau taipan aku dah tersasar jauh dari tajuk.lalu terhumban ke dalam lautan china selatan lalu ia berenang2 ketepian bersama-sama ikan talapia.


ustazah aku kata.lelaki kalau pilih wanita mesti berdasarkan rupa paras.dan wanita kalau pilih lelaki mesti berdasarkan perangai dan rupa paras..sekarang aku nak tanya kepada si lelaki dan wanita.


andai anda diberi pilihan untuk memilih ciri2 lelaki dan wanita idaman anda apa y anda idamkan?cu ceter cu ceter.KBAI!

Saturday 5 November 2011

ucapan ringkas dari pa liza surihani

assalamulaikum.


bukak belog dia ni entry tajuk pasal raya esok.buka belog ni jugak entry pasal raya jugak.pong pang pong pang semuanya pasal raya.


maka dengan berfikiran dengan bijaksana dan bergaya malah comel aku dan suami sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya.esok dtg umah makan daging.KBAI!

Friday 4 November 2011

aku taip dengan laju2 ni

assalamualaikum.


doakan aku samat sampai yer wahai si pembaca.malam ni aku balik.ah balik aaahhh balikk.oooyeah.babai usim.hai lembu,hai jugak unta,owh tak lupa kambing-kambing mak jah,kau tunggu aku tiba.


ma sayang anakmu belikan jubah untukmu.bagusnya pa lisa ni kan.owh tak lupa abah ku sayang,anakmu belikan baju untukmu.ah tak lupa lagi anak sedara tercayang,ciksu belikan mainan untukmu.sekali lagi baiknya ciksu.


ciksu nak pack barang.KBAI!

jawapan aku yang bernas.

assalamualaikum warga bumi.
oleh disebabkan laptop aku telah dimasuki virus trojen,maka dengan bijaksananya aku telah menformat laptop aku.dan akhirnya 40 hinggit hangus tanpa ku rela dan sudi.

terima kasih y amat2 kasih kepada y telah men TAG aku jangan lupa raya ni.sekandang unta yer heh.heh.heh.
1. Pelakon malaysia yg paling anda bosan?
tiz zaqiah.

2. 5 bahasa dunia yg anda ingin kuasai selain ingeris dan melayu?
1.perancis
2.korea
3.arab
4.jepun
5.orang asli

3. Negara mana pilihan bulan madu? kenapa?
mekah.kerana aku mahu ketempat suci bersama dengan si suami dan sama2 berada  berada ditengah2 pusat bumi.

4. Penyanyi malaysia yg paling perasan?
vvip kepop katanya!

5. Adakah anda jenis hapdet FB mcm baby hisap nenen?
tak sebab takde y nak like+komen status aku.menanah aku T..T

6. seminggu bpe patah perkataan anda sms?
wagheh.soalan kau gred D la weh.aku tak sempat kira y aku tau kedit aku jarang abes.hehe

7. makan nasi beras cap apa?
cap siam best.aku makan beras y diperbuat dari NEGARA THAILAND.
8. berapakahh bilangn rasul yg wajib tahu? 
25 kau mengingtkan aku time sekolah rendah ni weh

9. Siapa mungkar nangkir dan bila kali terakhir anda solat dhuha?
malaikat y mencatat amalan baik dan buruk aku.
2 minggu lalu.

10. Jika anda dapat 3juta anda nak behenti keja ke tak?
tak.tapi aku akan bukak syarikat dan aku ambik kau y jadi pekoje boleh? haha aku memerlukan ramai CLEANER WEH!

11. Bilakah anda akan mati???
bila malaikat izrail datang menjemputku.

KBAI.

Wednesday 2 November 2011

wordless wednesday #13

assalamualaikum.

tadi pa lisa sulihani kan..titew kan,aa'h titew kan..time titew drive ferari merah kita kan.tetiba datang si yasry marah2 kat titew.sampai lah  titew terbabas camgini haaaaa.

KBAI!

Tuesday 1 November 2011

pada suatu hari

assalamualaikum 
pada suatu hari yang tenang,angin sepoi2 menembusi menusuk hidung dan jantungku.aku melangkah setapak dan setapak.slow sikit perjalann sebab aku bukan atlet sukan lari berpagar dan bukan juga lompat jauh. 


aku lihat bahagian kanan aku,mereka tersenyum.manis senyuman.aku tak cair.sebab senyuman itu datangnya dari kaum sendiri.itu tandanya aku normal.


aku lihat bahagian kiri aku.tangan si wanita itu digemgam erat oleh si lelaki.manakala si wanita pula memegang erat tangan si baby kecil.


maka.alam mimpi aku pun bermula.aku bayangkan bagaimana suatu hari tangan kanan ku ini dipegang erat oleh insan y ku kenali sebagai suami.


suami? masih terlalu awal.calon pun masih belum ku jumpa.imaginasi aku terlalu jauh tersasar,menembusi planet pluto nun jauh disana.


 "ingin ku gemgam tanganmu wahai kau pemilik tulang rusukku
bukan hanya didunia,tapi ingin ku gemgam tanganmu 
seiiringan kita bersama ke syurga firdaus
hati ini hanya milikmu y ku belum tahu siapakah kamu.
dimana tinggalnya kamu.
janji ku.akan ku jaga hanya untukmu.kerana 
hati ini satu.
maka pemiliknya hanya satu iaitu
kamu wahai pemilik tulang rusukku.
jangan kau risau
hati ini takkan berpindah milik.
tidak akan ku serahkan pada sesiapa
andai kau pemilik hati ini
maka hanya engkau"
                                             
                                                                               sajak dikarang tepat jam 00.52am


*aku tau ade yang muntah darah bila bace post aku.ah aku peduli ape hahahaha.

Monday 31 October 2011

kenapa cikpa..?

assalamualaikum.


ramai dah yang tanya kat aku kenapa,kenapa kenapa ah dan kenapa lagi,kenapa cikpa,kenapa tidak cik farah,malah kenapa cik hasliza,dan kenapa tak lisa sulihani.ni malas nak heboh ni y aku sebenarnya si lisa sulihani.


hehehe.tetiba rasa nak hentak kaki lelaju jer,sebab ustaz kt kelas panggil aku hasliza.aku terdiam.sebab hanya ustazah aku kat sekolah jaman2 muda2 dulu jer y panggil aku hasliza.


sekarang aku tinggal post ni dengan tanpa jawapan.aku nak orang yang tengah baca ni bagi jawapan.bak kata prof aljebra "u score u die" AHHAHAHAHA KBAI!

Saturday 29 October 2011

tersentap meratap ratap duka jiwa terluka digilis lori

assalamualaikum.


esok sabtu maknanya kelas tkde ooyeah nak rehat,rasa macm dah terumbang ambing,dengan hujan y sentiasa membasahi badan.


nak2 pulak kelas tadi rasa macam kelakar pun ade,kureng pun ade,yelah aku bertekak ngan seseorang ni.sape suh stat dulu.


dan y besnya kami bertekak dalam bahasa arab,semua y aku tau aku keluarkan.pedia.wat sakit hati aku.aku taulah aku ni comel,sopan santun,berjiwwa mulia,dan tanpa syak wasangka lg aku ni bersifat mahmudah,dan semua sifat2 y baik..tpi agak2 la bahsa tu.terasa nk lempang lelaju jer.


nt aku tampar kan terbelah 14 kau punya muka baru siap.wah garang tau! grrr.kau tak tau aku pandai silat gayung tau,silat cempedak,silat cempaka...kau pe tau..terasa nak cabut jer gigi y kau tayangkan tadi dan bagi lembu mak jah makan!! grrrr.nasi laa kau.nasib jer


kau belom tau lagi abh aku inspektor poliss wooo.abang aku askar wooo dan tak lupa mak aku pula masak guna ibu jari jer wooo.nahaslaa kau.tau tak..?anak sedara aku makan guna sepuluh jari woo.nahaslah kau!

Friday 28 October 2011

bila aku bagi soalan

assamualaikum aku arap muka2 y tengah baca post aku ni dalam keadaan aman,bahagia dan tak lupa juga kepada si DAMAI.dan aku tak lupa juga aku arap kau y tengah sengih2 tak ingat dunia tu  masih teruskan bersengih.


aku seorang wanita bernama cikpa kenapa cikpa .ahh usah kau tanya akn soalan y macam budak darjah satu itu,terlalu senang untuk aku jawab.cu try,cu try bg soalan ala2 stpm ker,baru mencabar otak aku ni sikit.


riak.tak bagus sifat riak.tak bagus.kasar itu telah sebati dalam diri aku.tadi aku tanya rumet aku aku ni kasar ker..? kau rasa bila aku cakap ngan bukan muhrim aku kau tengok aku kasar tak..?


dia cakap ya hee.aku pun cakap ya aku kasar orangnya.aku takut nt aku lembut2 kan ade pulak y tangkap cinta dengan aku.dalam kelas aku cuma ada 3 lelaki  sahaja.ahh sekali lagi semangt belajar aku runtuh dek kekurangan kau Adam HAHAHHAA.gatai!


aku juga pernah bertanya kat kawan aku.aku kalu jadi mak orang sesuai tak..? katanya lagi sesuai.ahh ni semangat nak kawen semakin terkobar2 ni.ahh tapi aku takde calon..korang y baca ni lah y jadi aku amacam..? ehhehe.


rasanya tak susah pun soalan aku kan.

Wednesday 26 October 2011

wordless wednesday #12

bila tengok budak kiut tu teringat pula aku taim jaman kekiutan taim kecik2 dulu kala.AUUMMMM~

Tuesday 25 October 2011

betapa matangnya diri kita

assalamualaikum.


matang=berumur..? betulkah persamaan itu...?


bagi pendapat aku.umur tidak menentukan kematangan seseorang individu,matang tak semestinya pada y tua sahaja.malah kadang2 ada jugak y umurnya telah mencecah 40an tapi cara pemikiranya masih sempit.


tak semua y dikatakan oleh mereka y lebih berumur tu semuanya betul.sebagai y  muda mungkin untuk menghormati mereka..mungkin dengan sekadar tersenyum.hormat katanya.tapi sampai bila..?


mungkin sekali,dua kali okey lagi..tapi bila dah dipijak kepala bagaimana pulanya..? y tua juga haruslah bukak pemikiran,berfikiran positif dalam menerima teguran,jangan hanya nak sentiasa menang.


semakin banyak pengalaman seseorang.semakin matang dia dalam kehidupan.nampak selekeh tak semestinya miskin.nampak ceria..bodoh dalam tindakan tak semestinya tak pandai dalam menilai.kalau setakat nk judge orang tak tentu hala.bek tanam jagung,dapat jugak hasilnya peace!

Saturday 22 October 2011

saya taknak letak tajuk lah!

ahh tak sabar nak balik kampung

nak makan daging lembu.. 

aummmmm!!!

ye aku tau post aku y ni sakitkan mata 

AAAAA memang aku malas nak taip panjang

jadi aku besar+boldkan tulisan heee

jangan marah naa.

nanti hang pa kena jual.

kbai!

Wednesday 19 October 2011

wordless wednesday #11

prof duk pong pang kat depan.aku kawan aku duk pong pang snap pic aku.
tetiba rasa macam model HAHAHA.

Tuesday 18 October 2011

hai! penyabar nya saya.

assalamualaikum.tadi.tadi.tadi ni kisah tengah hot2 lagi kisah petang td bila aku on lappy,aku nk bukak si blog ni..tetiba pap keluar cakap aku removed blog aku..peee diaa..?


macam biase aku jenis y tak kalut,lalu aku hempap si lappy,lalu si lappy terbelah 14,lalu menjadi kecil2  seperti pasir di pantai cahaya bulan.


tapi.tapi aku masih takpuas hati.lalu aku kutip picisan2 lappy aku tadi..lalu aku lumat2kan separuh aku bagi si lembu makan,dan separuh lagi  kutanam kedalam bumi.aka.tanah.


terima.terima.terima kasih y tak terkata buat GUGEL ku sayang.kau telah berjaya memupuk sifat sabar dalam diri aku.nasib baik aku seorang y tabah,cekal,berwawasan tinggi.

Saturday 15 October 2011

saya rupa macam lisa sulihani kerana ma saya cantik tau!

asslamualaikum.


macam biasa bila jam tepat 9.12pm,eh takla tepat sangat hehe.phone aku akan berdering #habibi ana...# ringtone phone y beriramakan arab y dinyanyikan hashim el hajj.ringtone y aku guna selama setahun lebih.


berdering dengan rancaknya.ku tekan tanda hijau.lalu salam di beri.nama y tertera papaku.sekali lagi.aku tahu abah rindukan si anak bongsu dia ini.kedengaran suara sayu2 dari belakang ma turut bersuara.


ma.seorang wanita y mengandungkan aku selama 9 bulan.seorang ibu y sukar untuk tunjuk kasih syangnya kepada ank2.tetapi kasihnya buat anak2 melambung tinggi.ma.seorang insan y aku tahu,jauh dari lubuk hatinya.dia teramat rindukan aku.


jika ditanya bagaimana aku tahu..? simple.kerana aku anaknya.sebelum air mata aku mengalir..dia y nterlebih dahulu merasainya.ma.seorang insan y tak boleh berborak dengan aku dengan masa y lama.cukup 2 minit.kenapa..? kerana takut rindu akan semakin bertambah.


dulu sebelum menapakkan kaki ke U.ma adalah insan y mengalirkan mata.matanya merah.aku seorang y selamba.aku takkan menangis.tapi aku sempat mengusik ma aku.kataku "ma mesti sedih sebab tiada lagi y nak masak kat rumah,ma mesti sedih sebab ma kena kemas rumah sorang-sorang.."


abah aku menjeling kearah aku marah kekasihnya diusik.owh comel.

Friday 14 October 2011

bila lama tak menaip

assamualaikum.


ok seperti y semua manusia y bermata 2 dan berkepala satu berkaki dua tau.arini merupakan ari jumaaat.dan bila tiba harii jumat..ceh sekali imbas macam lagu raya lak y part( bila tiba hari raya..) maap aku terlebih taip la pulak.


maap aku janji sepenuh jiwa ku ini..yeah jiwa bin raga ku ini post ini tidak akan melebihi 2 helaian kertas maajun..disebbkan lama dah tak menaip..aku sedikit malu untuk menaip pe kejadahnya malu dengan benda alah ni.


buat pengetahuan tuan/puan/abg2 kacak y masih single bagi y dah berpunya ku letak tepi.
malu itu adalah alasan dan ulasan kepada ayat malas.bila suhu malas meningkat naik maka malu pun turut meningkat.


ye aku tau.aku tau aku taip tanpa mengunakan kepakaran aku dalam berfikir y kurasa masih ditahap gred c itu.sejak,2menjak,3menjak,4menjak ni masa amat2 menjelosi dengan diriku..AAAhh ape y ku ada sampai masa terlalu taksub dengan kehidupan ku ini..?


soalan y aku rasa gred F.aku tengah settlekan minda aku sebab next week aku kena present kat dalam bilik kuliah.minggu depan jugak kena bercakap dalam allughotul arobiah wahai si budiman sekalian doakan patik ya.KBAI.

Saturday 8 October 2011

bila abah aku bertanya

ini kisah semalam..ketika  itu aku sedaang menunggu bas dengan tabah,dan cekal sekali...macam biasa  bas kat sini memang macam grrrrr.


duk tungu,duk borak2 pong pang,pong,pang,kilat pula tak dilupa..pang,pang.menyambung kekanan dan kekiri.aku kumat kamit membaca ayat2 alquran..


lalu hujan pun turun.semakin lebat dan lebat..dan aku berjaya menempatkan  diriku dibawah teduhan bas stop.maka dan oleh itu,dan oleh sedekemian baju aku tidak basah...dan tak lupa..kasut,buku dan beg aku juga tidak basah.


tiba2 getaran dapat dirasai y mana datangnya dari beg aku sendiri..ku ambil..owh rupanya henpon ku y berbunyi..nama y tertera..papaku.iaitu abah aku.bukan papa  gelaran kepada kekasih.


ayat abah aku y aku masih tak boleh nak lupa.dan masih ku ingat hingga ku bawa kedalam mimpi ku dimalam, dan tak lupa juga disiang hari..soalannya kepadaku.."dah ade kekasih hati ke kat U sana..?" 


aku ketawa dengan pelbagai versi..ada y HAHA,ada y HIHI,dan tak lupa juga HEHHE.kataku.
"kelas,pg,petang,malam..tak sempat nak cari kekasih.."aku tau abah aku tak sabar nk dapat menantu lelaki lettew hahahhaha.KBAI.

Wednesday 5 October 2011

wordless wednesday #9

video ni bukan di post sebab lunaknya si penyanyi..tetapi aku terpegun dengan nasihat sipenyanyi kepada si kaum hawa.


satu ayat.tutup aurat kamu.sebelum kain kapan menutupi auratmu.jangan tunggu bila,bagaimana..tapi fikirkan kembali.masih adakah hari esok..?


masih sempatkan nak bertaubat..kalau matimu tanpa sempat bertaubat bagaimana kamu di alam barzakh..?


jadikan DUNIA ini sebagai kapal pelayaran..tetapi jangan kau TENGGELAM kedasar laut.
dunia ini manis.tapi jangan pula kau terpukau dek kemanisan dunia.


makna kata-kata nyanyian

wahai saudari jangan kau terpedaya dengan hasutan syaitan.
sesungguhnya kewajipan hijab datangnya dari tuhan 
kita y maha memberi

kita telah mendengar kata-kata y ajaib dari saudara kita
ucapan mereka tidak menyenangkan tentang hijab

mengatakan antara pakaian y hitam gelap
bagaikan diikat kemas diatas tengkuk

kononnya mereka mengajak unutuk membebaskan
para gadis,lalu ditulis tentangnya dalam buku

mereka melakar cara berhias
y mana kononya tidak merugikan para pemudi.
  

Tuesday 4 October 2011

titeww exam tau arini

assalamualaikum.titew hupdate ni dalam kesibukan taw..sian tak kat titew..? sian tak....? allllaaaaaaaa kesian laaa kat titewww.


arini titew exam PMR tau.titew.titew.titew takuttt..sebab semalam kan..titeww study pesbuk,n blog jer..aaaa.titeww tak bersalah.titeww tak bersalah.


arap2 nt soalan y akan kuar,nt sejibik ngan soalan pesbuk n blog..titeww arap titeww cemerlang nt.sebb titeww dah stadyyy.


*gud lux kepada bebudak y exam pmr arini.buat y terbaik.bukan terbalik.Kbai!

Monday 3 October 2011

sungguh aku betul-betul tak faham.

assalamualaikum.
Astaghfirullahal'zim, jadah hape laaa. Muslim sendiri go against hudud. Tak faham betul -.-" 

Friday 30 September 2011

bila mata masih tak boleh ditutup

ahhh banyak pula esaimen nak kena buat ni

kalau dulu memalam camgini aku duk zz atas katil empuk kat umah.

nah ambik sekarang aku duk zz depan lappy.

aku study guna lappy.

nota aku tak sebanyak nota bebudak laen.

tido aku pula tak seperti  budak lelain.

aku harus lebih rajin ni.cmane nk 4.0 kalau camni 

memalam camgini.seram sejuk pun ade.dek dengar dengkuran si rumet

wah nyenyak pula kau ye tido..?

mimpi terjun bangunan ke ape?

kbai.

Thursday 29 September 2011

7 kalimat

Tujuh kalimat yg harus dbiasakan.

1.Bismillahirrahmanirrahiim :) 
Setiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulillah :) 
Setiap habis melakukan sesuatu.

3.Astaghfirullah :)
jika melakukan sesuatu yg buruk.

4.Insya Allah :) 
jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang.

5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah :) 
bila tidak bisa melakukan sesuatu yang agak berat/melihat hal yang buruk.

6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun :) 
jika melihat/menghadapi musibah.

7.Lailaha illallah :) 
bacalah siang & malam sebanyak2nya. 

Rasulullah bersabda :) 

"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang 
menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.

Sunday 25 September 2011

bila dia sakit perut

assalamualaikum.owh jangan terkejut dengan tajuk diatas.dia bukan lah aku.dan dia bukanlah si pulan y berjantinakan kaum Adam.dan bila bukan si jantinanya ADam maka jantinanya sah2 hawa.senang sungguh soalan ni.mengalahkan ujian kuiz y aku bakal  tempuhi esok tengah hari.


dan berita terbaik buat aku.aku masih terpinga2.biasalah.ujian itu esok.maka bacanya pun esok la jugak.(jangan contohi sifat mulia ini).sakit perut.sakit yang hanya perut y rasa sakit.siapa kah perut ini..? ahh.kenapa soalan ini amat mudah..budak berhingus berkepala satu,bermata dua pun boleh menjawabnya.


perut merupakan salah satu dari anggota badan manusia.bila kenyang,maka perut pun menaik kedepan..bibir mengukir senyuman.tapi kalau terlebih kenyang.maka.something wrong mengetuk2.maka.janji yang diukirkan pun tak ditunaikan.


katanya.sebelom perut kenyang.aku basuh pinggan ini.aku basuh cawan ini.bila kenyang menghantui diri.maka.katil memanggil2..kaki mengukir tapak demi tapak.maka zzz pun bermula.


aku kan baik.lalu ku biarkan dia tido tanpa ganguan mental.aku pun membasuh pinggan y dia makan.owh lupa sebenarnya kawan aku yang lagi SATU yang basuh bukan aku.aku suka bila kawan aku dapat menambah pahalanya kerana aku.ehem.sekian.KBAI!

harga murah @ mahal..?

Lelaki murah pada matanya, ketika dia memandang wanita semahunya.
Murah pada tangannya, apabila dia memegang wanita sebebasnya.
Murah pada hatinya, apabila dia membayangkan wanita semasa tidurnya.
Hebatnya lelaki itu, apabila dia berjaya memahalkan wanita hanya melalui 
kata-kata dan akhlaknya.

mata akan tersenyum melihat si jejaka tampan menawan hati.mata akan terpegun melihat sijejaka gah membangga diri.tapi.. HATI akan bahagia melihat jejaka yang mahal sifatnya.KBAI!

Friday 23 September 2011

ramai yang kata aku kembar lisa sulihani tau!

assalamualaikum.hai name shaye cikpa.shaye.shaye comel tau.maka ramai y dengki dengan shaye auwww.shaye tak tifu.tak tifu.shaye jujur.mak saya cakap.tipu itu doshe..saya tak tifu.saya betoi.betoi.betoi.


mengantuk.shaye rasa mengantuk shatu perkataan y shemua tau kan.jangan cakap ade yang tak tau.nt shaye maraaahh.shaye kalau marah muka bertukar jadi lisa sulihani tau! shaye tak tau macam mane nak hilang rasa mengantuk.


bila shaye masuk kelas 5 minit lepas tu shaye zzz.ala.ala.ala.ala.shaye tau shaye tak bagus kan..? kan..? ni shaye nk tanye laa ni macamne shaye nk hilangkan rasa mengantuk y menyerang shaye ni..?


tooooloooonglaa shaye.toolooonglaa shayeee! 



maaf shaye tauu.shaye tauu.shaye manja.manja sangat.auuwwwwwww!


*aku semakin lemah gemalai tau sekarang HAHHAA

Wednesday 21 September 2011

wordless wednesday #8

aku disini.masih belajar menuntut ilmu.ooyeahhh.kaki ku kebas dek berjalan kaki setiap hari,perut ku kempis dek tak sempat menjamah makanan.jadual ku padat.padat.padat.

very the jangan.



assalamualaikum
 Jangan ikut TARZAN sbb suka sgt TAK JAGA aurat,
Jangan ikut CINDERELLA sbb suka sgt balik LEWAT MALAM buat maksiat,
Jangan ikut PINOCCHIO sbb suka sgt MENIPU berdosa je dapat,
Jangan ikut ALADDIN sbb suka sgt MENCURI tak kira tempat,
Jangan ikut SUPERMAN sbb suka sgt pakai PAKAIAN tak elok yg dia buat,
Jangan ikut SNOW WHITE sbb suka sgt TINGGAL dgn lelaki tak dikenali
saja nak tambah maksiat,
Jangan ikut SLEEPING BEAUTY sebab suka sgt TIDUR mengajar kita malas utk berkerja..
kbai!

Monday 19 September 2011

masih teruskan perjalanan

assalamualaikum.seryes lama tak hapdate blog.kelas memanjang.pagi petang dan malam.aku ni jenis y sempoi..gelak2 ketawa..tapi aku bukan y senang untuk melayan mana2 lelaki.maaf andai bila kita berselisihan aku cuma tunduk memandang ke bumi.


bukan diri y terlalu malu.bukan hati y mudah gelabah.bukan jua sombong y tak menentu.kerana aku wanita.aku tak mahu mengoncang iman mana2 lelaki dengan lembut bahasa aku.kenapa..? kerana aku adalah wanita.


ada y clasmate aku mengur."cikpa" "cikpa" aku balasnya dengan senyuman.bila diajukan soalan..sedikit kasar aku balas.itu aku.aku tak lembut aku jadi diri sendiri.aku adalah aku.jangan kata aku sombong.tak kenal maka tak tau.bila dah kenal baru nak ambik tau.


setabah2 aku.aku pun punya perasaan.aku punya air mata untuk dititiskan.aku punya hati untuk dijaga.sekali,2 kali,3 kali aku masih boleh betahan.kalau berkali.aku...kadang2 kita ingin menegur..kita ingin memberi nasihat..tapi kita lupa cara2 nak tegur orang,..cara2 nak jaga hati orang..sampai seseorang itu terluka.


duri kalau terlalu lama berada didalam isi kulit..akan menyebabkan ia menanah..bila menanah ia akan buruk..busuk..dan bila dah meletop.tiada apa y nk di perkesahkan lagi.kau pergi aku tak kisah.Allah selalu ada disisi hambanya.


sakit hati dipanah petir.
katamu menusuk kalbu.
bila kau stat buka mulut..
tak laen tak bukan mesti nak sakitkn hatiku.

Friday 16 September 2011

sebuah harapan

kirimkan surat pengharapanmu ditengah heningan malam
jadikan air matamu sebagai dakwatnya
dan kedua pipi sebagai kertasnya..
kepasrahan sebagai setemnya dan Arasy Ilahi
sebagai alamat (tujuannya)
setelah itu tunggulah jawapannya.

Wednesday 14 September 2011