Thursday 17 May 2012

cerita CINTA tanpa tajuk (episod last)

episod SATU 

episod DUA 

episod TIGA 

episod EMPAT 

sudah 2 hari lisa tak sedarkan diri..si Adam tak henti henti dari terus berdoa dan terus berdoa..hari seterusnya lisa slow slow bukak mata,dilihat sekelilingnya..sungguh ceria..dengan ada ballon..di dinding dipenuhi dengan sticky note..,terdapat patah patah perkataan yang membuatkan lisa tersenyum melihatnya.


"lisa kau orangnya tabah,cepat sembuh"
"lisa..cepat sembuh..aku nak tengok senyuman ko" 
"nanti bila ko dah sembuh,aku janji xkan sakitkan hati ko lagi,cepat lah sembuh.."
"lisa...jom kawen"dibawah disertakan tarikh dan masa.
diaatas meja sebelah katil lisa,kelihatan al quran
bagai nak tercabut jantung dan limpa si lisa..bila terbaca ayat last sticky note itu..siapakan yang buat semua ni.. lisa kedengaran suara sayu sayu dari bilik..suara yang dia pernah dengar sebelum ni..seakan akan suara itu semakin hampir..pintu dibukak,lisa cepat cepat berpura pura tidur..


"assalamualaikum lisa,apa khabar? cepat sembuh ya lisa,ko kuat lisa..ko tabah! cepat sembuh ya.." Adam bersuara..sayu suaranya..lalu al quran di gapai,dan dibuka..
belum sempat Adam membaca al quran..tiba tiba dia terdengar satu suara..suara yang sudah lama dia ingin dengar..
"waalaikummussalam.."jawab si lisa dengan nada yang lemah
Adam terkejut..dia kelu..dia menjadi bisu tanpa boleh berkata apa apa lagi dia,bersyukurnya dia bila mendengar suara Lisa,tak dapat dibayangkan lagi..dia  berlari mendapatkan dr Yusoff,untuk mengkabarkan berita gembira.

"Adam? takkan adam yang selama  ni jaga aku..? maknanya dia sudah tahu akan keadaan aku yang sebenarnya.."lisa bermonolog sendirian 
sebelah petang..lisa mula bersuara..dia ingin mencari jawapan bagi soalan yang bertubi tubi dalam otak fikiran dia..


"adam..ko ke yang jaga aku selama ni..?" ko ke yang bagi sticky note kat aku selama ni..? adam...ko dah tahu ke hal sebenarnya pasal aku.?adam diam..tertunduk memandang bumi...lalu dia bersuara
"ya..aku yang bagi sticky note itu..."dia terdiam..lalu bersuara kembali "lisa..sudikah  andai ku jadikan kau halal bagi ku?lisa sudikan kau,melengkapkan kehidupan ku? sudikan kau jadikan aku sebagai suami mu..?" lisa terdiam.."kenapa aku..? sedangkan ko begitu membenci aku..ko pernah cakap yang aku orang last yang akan ko pilih...kenapa aku..?

Adam tersenyum.."aku tak pernah membenci ko lisa..tapi aku takut...takut ko takkan sayang aku,jadi aku pilih untuk menjadi orang yang ko benci..sekurangnya aku masih ko ingat..walau ingat sebagai orang yang ko benci..dan lisa..ko sentiasa menjadi orang yang last aku pilih..kerana aku tiada yang pertama..dan ko lah yang last dan yang pertama.....takpe lah lisa..aku balik dulu...semoga cepat sembuh..assalamualaikum "
adam berlalu dengan wajah yang sayu..tetiba henponnya berbunyi..petanda msg baru telah masuk ke inbox nya..dibuka lalu dibaca perlahan lahan..

"aku setuju jadi isteri ko..aku setuju jadi yang halal buatmu.. :)"msg dari lisa yang cantik.
adam tersenyum senyum dengan begitu hemsemnya..bersyukur dia kerana dia akhirnya boleh jadikan lisa,insan yang sudah lama dia mendokan agar dijodohkan dalam solatnya..akhirnya..sah jadi isterinya..si lisa telah membrikan satu surat pada Adam..

"assalamualaikum buat suami yang baru ku miliki..terima kasih kerana kau memilihku untuk menjadi isterimu..untuk dibimbing ke jannah..aku bersyukur kerana aku dipilih oleh kamu..suami ku..kamu pernah bertanya..kenapa aku selalu kasar,kenpa aku asyik marah marah bila dengan kamu,mahupun dengan lelaki lain..jawapannya..kerana aku wanita..aku tak mahu aku melembutkan jiwa dan meruntuhkan iman mana mana lelaki dengan lemahnya tutur bahasaku..dengan lemah gemalainya aku berjalan....kamu bertanya lagi..kenapa aku begitu "sombong" jawabku,,aku sombong kerana aku sedang menjaga hatiku...sekian dari isteri yang baru kau miliki..." 
si adam tersenyum.."terima kasih kerana memberikan hatimu,dan menjaga hatimu hanya untuk diberikan padaku ..aku yang halal buatmu..Alhamdulillah :)

TAMAT 

Sunday 13 May 2012

cerita CINTA tanpa tajuk ||||





setelah difikir berkali kali maka Adam menghantar satu SMS ke lisa..

"asmlkm,lisa kenapa tak datang kelas...?" 
selang beberapa minit..adam bersuara.."AH! nt si kangkung tu fikir aku apa pula nt! hish.. tak pe aku hantar msg lagi lah"
"erkk..aku msg tanya ko ni,sebab aku nk remind kan ko pasal esaimen law tu.."
msg yang dikirimkan oleh si Adam..hanya dibalas "okey" oleh si lisa...lisa,seorang yang tak suka menangguhkan kerja yang berkaitan dengannya...penat,letih bagai KLCC menghempuk badan,dia tetap akan setlekan  kerja dia terlebih dahulu.

disebabkan terlalu bz dengan esaimen yang melambung tinggi macam gunung tu..ada hati nk lawan tinggi gunung everest leteeww..membuatkan lisa semakin BZ..xsempat,tidur xcukup malah makan  pun tak teratur... si Adam seakan akan kehilangan punca hidup andai sehari tak bergaduh dengan lisa..pada mata dia..bergaduh dengan lisa merupakan satu kepastian..malah mungkin kadang kadang satu hobi baginya.

suatu hari yang redup..langit biru biru gituu cantik..si lisa berjalan kaki sambil,ditangannya memgang buku..rajin sungguh si lisa ni belajar..panas panas pun tetap ke kelas.. ..dari jauh Adam sudah nampak kelibat si Lisa.."seryes aku rindu nak gaduh ngan minah lisa ni..dia pun aku sakitkan hati dia,dia xpandai pandai pulak nak balas hish" berkata kata pula Adam dalam hatinya.

setapak, dua tapak,3 tapak kaki si Adam mendekati si lisa.."oipppp lisa kangkung! kenapa kau...." belum lagi ayat si Adam dihabiskan tetiba paaaap! lisa jatuh..Adam menyambut si lisa..mata bertentangan mata..lisa memandang si Adam sayu...perlahan perlahan mata si lisa tertutup..

"LISA LISA! bangun jangan wat aku camni..nape boleh jadi  camni..LISAAA! bangun,nati aku xde sape sape nak gaduh dengan aku,sabar lisa..bertahan,aku akan bawa kau ke hospital.."tanpa diduga air mata si Adam menitis lalu jatuh ke pipi si Lisa..muka si Adam basah..basah dihujani air mata..

"sorry MR,may i know who you are?? tanya seoranng lelaki yang berbaju serba putih itu
"er er i am her classmate..." didalam fikiran Adam,tercari cari siapakah gerangan lelaki ini..suatu ketika dahulu dia pernah melihat lelaki ini berborak dengan lisa di cafe.
"i'm yusoff lisa cousin,at the same time,saya juga doctor peribadi dia..ermmm actually..berat saya ingin katakan..tetapi..disebabkan awak yang hantar dia kesini..saya harap awak akan rahsiakan apa yang bakal saya katakan"

si Adam mengangguk angguk seakan budak darjah satu,petanda setuju.."sebenarnya lisa telah lama menghadapi penyakit jantung...tiada seorang pun yang mengetahui tentang masalah kesihatan dia..hanya saya sahaja..malah kedua ibu bapa nya juga tidak mengetahuinya..ini permintaan lisa..dia tak mahu sesiapa tahu..kerana,dia tak mahu buat orang lain sedih.." yusoff terdiam seketika.."sekarang tahap kesihatan dia di tahap kritikal..dan sekarang dia masih belum sedarkan diri.." 

Adam hanya mampu terpaku..dia bisu..menjadi bisu seribu bahasa..Lisa,seorang gadis yang agak periang..orangnya sentiasa ceria..tidak pernah menunjukkan yang dia mempunyai masalah..orangya sungguh tabah..memikul semua cacian dari si Adam..di waktu yang sama memikul dugaan..dia sakit..tetapi tiada seorang pun yang menyedarinya..

"lisa..betapa tabahnya dirimu..dirimu hanya pandai membuat orang lain ketawa..orang lain tersenyum keranamu..ya Allah lisaaa! " sekali lagi..air mata Adam jatuh membasuhi pipi..semakin kuat,malah semakin laju..Adam masuk ke bilik di mana lisa ditempatkan..melihat sekujur badan kaku yang terbaring kaki di katil..mukanya pucat..banyak mesin..Adam menarik kerusi,melihat wajah lisa membuat dia sayu..al quran dibuka,lalu dibacanya..sambil air mata tidak berhenti menitis..

"lisa gemuk! asyik makan,nant makin gemuk laa weh.."
 "malangnya laki tu TERsuka kat ko lisa HAHAHAHA " 
Adam,mengingati kembali segala cemuhannya untuk lisa.."ya Allah,ENGKAU sembuhkan lisa ya Alllah..ya Allah aku merayu padaMU ya Allah..aku belum bersedia kehilangannya..."


B E R S A M B U N G...

Saturday 12 May 2012

cerita CINTA tanpa tajuk |||


EPISOD SATU

EPISOD DUA


sticky note itu  sekali lagi dibiarkan tertampal..bukan sombong,bukan berlagak ke apa..lisa seorang yang tegas..tegas dengan pendirian..focus dia ke UNI hendak belajar..belajar sehingga berjaya menggapai bintang yang nun tinggi di langit..dia tidak suka akan perkara yang melibatkan hati..kerana baginya benda sebegitu akan muncul jua..tak perlu dicari..


keesokan dan seterusnya dia masih menerima sticky note..seperti biasa sticky note tu ala bunga bunga seperti kebun mak jemah..lisa semakin hari semakin pelik..kenapa dan kenapa dan kenapa lagi dia yang terpilih "aku rasa orang yang beri aku sticky note ni,niat dia nak jadi kauseling terhebat agaknya..dan aku dijadikan bahan ujikaji dia hermmm" bagus betul si lisa ni berfikiran positif sentiasa..


dulu..dia pernah terSUKA pada seseorang..bukan rupa yang jadi taruhan..malah tidak juga harta yang dimiliki olehnya..satu saje peribadi yang ada padanya yang membuat lisa terSUKA..tetapi lelaki yang lisa suka,telah mempunyai makwe..bagi lisa,LELAKI yang memberi hatinya untuk wanita yang haram,buatnya..maka apa lagi yang tinggal untuk diberikan untuk sang isteri..bagi lisa manusia yang meninggalkan Allah..tidak mustahil dia juga akan ditinggalkan suatu hari nanti..hati lisa kerap kali terganggu..asyik teringat.. sering kali teringat kerap kali  begitu HEBAT si syaitan!


maka solat istikhoroh di dirikan..dan dari hari ke hari dia semakin jauh dari lisa..perasaan yang pernah tumbuh untuk si dia,terus lenyap..Allah maha mengetahui..lisa belum layak untuk jatuh cinta...itu bukanlah cinta,andai didahului tanpa hubungan yang halal..


*************

kelas tetap bising seperti biasa..nak nak dengan adanya dua makhluk tuhan yang sorangnya baik dan cun,dan sorang lagi berlagak hemsem..mulut diorang  berdua memang tak pandai nk senyap...suatu hari yang mendung..buruung merpati terbang kesana kesini dengan bebasnya....


si Adam telah membuat satu plan untuk menyakiti hati si lisa..memang sah sah si adam niatnya sentiasa jahat..mungkin menyakiti hati si lisa suatu kerja yang begitu bermanfaat agaknya bagi dia..dia telah meletakkan gam cap binatang yang comel tu..cap gajah..dia telah letak gam tu ngam ngam dekat tempat duduk si lisa.


lisa gadis yang kadang kadang agak gelojoh orangnya..tanpa tengok apa yang ada di kerusi..dia terus duduk..dan akhirnya tanpa dipinta sah sah jubah yang dia pakai ala ala melekat gituu dikerusi,lisa tanpa segan dan silu,memanggil nama si Adam,marahnya pada makhluk tuhan itu tak terkata lagi si adam berpura pura tidak tahu..tapi akhir sekali dia bergelak ketawa dengan nada yang agak keterlaluan itu,memang sah kena sawan ketawa...lisa muka kemerah merahan "kalau kau tu perempuan lama dah agaknya aku bagi penumbuk cap 5 jari " marah lisa yang cantik itu.


keesokan harinya lisa tidak pula ke kelas..malah hari seterusnya juga begitu..Adam tertanya tanya kenapa lisa tidak ke kelas "takkan si kangkung begitu marah sehingga 2 hari tak ke kelas.." tertanya tanya si adam..malah ditanya pula pada kawan baik si lisa.."ahh ko nape tanya pasal lisa,rindu dia erk? tu lah time ada depan mata,sakitkan hati dia..bila dah tiada,rindu rindu manja gituuuuu HAHAHAHA" balas teman lisa 


"aku rindu? kat lisa? jangan nak suruh aku kekah meja dan kerusi la weyh! ko layak masuk raja lawak tahu tak,banyak bakat terpendam ko!..aku just nak cakap kelas kita tetiba aman,damai,malah sejahtera jer..baru aku taw sebab si kangkung takde,cakap kat lisa,lama sikit bercuti tu aku nk cari kedamaian sikit untuk kelas kita kah kah kah dan kah kah lagi " berlagak betul si adam ni bila berkata kata.


"tapi nape dia tak datang kelas..? nak msg ke tak...? hmmmm... " adam bermonolog dalam hati.


B E R S A M B U N G....

Thursday 10 May 2012

cerita CINTA tanpa tajuk ||

EPISOD SATU


Adam tertanya tanya kenapa dia harus marah sedangkan lisa bukannya makwe malah jauh sekali isteri dia..kelakar laa dia rasa andai minah tu orang yang bakal jadi wife dia..."owhhh agak keterlaluan rasanya untuk fikir yang dia tu BAKAL wife aku...aku takkan suka lah si kangkung tu " si adam berlagak macho dan berlagak digilai ramai  bermonolong dalam hati sebegitu rupa sekali..

dia mendekati si lisa "oooipp lisaaa kangkung kemain lagi mak jah sorang ni duk dating ! malangnya laki tu TERsuka kat ko lisa HAHAHAHA !" suka nya ber KAH KAH itu tak dapat dibendung lagi..kena sawan ketawa agaknya...lisa hanya memandang si Adam tanpa membalasnya..lalu dia ditinggalkan..buat pertama kalinya si lisa tidak membalas balik kata kata si Adam.

sejak hari itu lisa jarang ke kelas..banyak kelasnya yang telah di skipkan..dia hanya datang pada hari dia presentation....ramai yang tertanya tanya kenapa lisa sekarang makannya bertambah tambah..malah ketawa nya juga semakin hari semakin "hebat" ramai yang menganggapnya dia sedang "berbunga"

mulut si Adam memang tak pandai nak tutup,bila je di bukak mesti ada patah patah perkataan yang akan menyakiti hati si lisa "lisa gemuk! asyik makan,nant makin gemuk laa weh.." "gemuk aku bukan susahkan hidup ko pun,takde aku pinjam duit ko pun nak beli makanan ni.malah dengan adanya orang macam aku..cafe ni cepat maju..aku boleh tolong diorang HAHAHA" balas lisa

"nape ko semenjak dua menjak ni macam happy semacam jer aku tengok" penuh sopan santun soalan si adam pada si lisa yang cun.."selagi umur masih ada,selagi masih boleh buat orang lain tersenyum..senyum je lah..selagi boleh buat orang lain ketawa..ketawa jelah..masa terlalu singkat" kata kata lisa membuat si Adam terdiam..tertanya tanya..kenapa itu yang dijawab oleh si lisa...

semenjak dua menjak ni lisa agak pelik..dia asyik menerima sticky note dari seseorang..andai esok dia ada exam..maka sampai lah satu sticky note yang tertulis "gud lux budak comel ikhlas dari budak comel jugak" bila ada jer presentation..maka sampai lah lagi sticky note "selawat banyak banyak insyaAllah kamu boleh ihklas s.y.g "

dia agak kepelikan siapalah yang TERSAYANG kat dia ni..ditanya kawan kawan nya tiada siapa pun yang mengaku..nak dikata ada secret admire..agak pelikk..malah lisa pernah berkata "sape yang suka aku tu buta agaknya..nak kata aku cantikk..tak lah cantik.." begitu merendah diri nampaknya si Lisa ni.


tanpa dipinta hp lisa kerap kali di serang dengan msg yang no nya ntah datang dari mana ntah..tapi lisa orangnya sedikt "sombong" setakat msg hai,duk wat ape kalau no yang tidak dikenali dia tidak akan balas..satu pembaziran yang agak besar baginya..


keesokan dia terima satu lagi sticky note yang tertulis "saya harap awak kekalkan senyuman awak itu..sebab awak kelihatan bercahaya dengan senyuman yang mampu membuat orang lain turut tersenyum melihatnya..terima kasih kerana senyum lalu membuat saya pun turut tersenyum.."


kelas kau maria..ayat berbunga bunga tapi lisa tidak begitu..orangnya tidak mudah cair..sticky note tu ditampalkan di meja yang sekali gus bercantum dengan kerusi tu..lalu di biarkan ia tertampal disitu...ikutkan hati hendak saja sticky note tu dibuang....


keesokan harinya..sticky note yang dibiarkan oleh lisa masih tertampal,tapi yang lainnya..di sticky note..tertulis "even awak wat donno..saya tak kesah..sebab   doa saya untuk awak sentiasa mengiringi :) " lisa memandang sticky note dengan tergagam..ala ala terkejut kucing..kenapa kucing? kerana kucing kelihatan cantik berbanding binatang lain hurm hurm...



 B E R S A M B U N G ....

Wednesday 9 May 2012

cerita CINTA tanpa tajuk

"aku tak suka kau lah weh! dan mustahil kau dengan aku! aaaaaaa tiap kali tengok kau mesti ada jer benda wat aku sakit hati "! "kau ingat aku suka kau? aku pun sama laaa xsuka kau! kalau diberi pilihan kau orang last aku pilih..dengar tak?? orang last aku pilih?? kata si adam.


"ahHH kalau aku bukan setakat kau orang last yang aku pilihh! aku xkan pilih kau lansung! TAKKAN LANSUNG!!!" balas si lisa yang cun itu.walau hidup dalam satu kelas keaadan mereka diibaratkan tinggal dalam guni kecik,tak boleh bekerjasama lansung asyik bertekak jer..itulah mereka berdua.


masa berlalu dengan cepat..semua makin besau..makin matang tapi tidak pada mereka berdua..tidak boleh dan tak mahu cuba cuba untuk berdamai..bagi mereka banyak lagi benda yang nk dilakukan dari berdamai..sikap macam samseng kampung mak jemah jer...sorang berlagak bodoh,malah sorang lagi berlagak sombong maka jadilah bodoh sombong.


lisa merupakan seorang gadis yang ganas,malah rock jugak..walau dia ganas dan rock..dia tetap nampak cun dan lemah lembut dalam diam..dia sebenarnya berjiwa halus lah juga..cuma yang jiwa halus tu tak ramai yang nampak..sebab semua yang memandang hanya pandai menggunakan mata..bukan HATI.


kawan kawan kata dengan adanya si lisa kelas sentiasa bisinng..lisa orangnya sentiasa bising..sentiasa tersenyum..baginya hidup ini terlalu singkat hanya untuk merasa sedih..bila dia sedih..dia hnya pandai senyumm..sehingga semua yang berada disisinya hanya pandai tersenyum...lupa bagaimana nak sedih.


berbeza dengan si adam..orangnya nampak lemah lemah lemah lembut teramat sangat di bahagian luar..tapi dalaman nya teramatlah keras..mengalahkan batu besar dalam bahasa mat salehnya ROCK namanya.


mereka berdua memang pantang berjumpa nak di kelas mahupun diluar kelas.mesti masing masing berusaha untuk menyakiti satu sama lain..si Adam mulut macam mak jemah bila jumpa mesti mengutuk si lisa "weyh kangkung! asal xdatang kelas tadi? malas lahh tu!" berkata kata si Adam,"aku datang ke tak bukan masalh kau lah buaya" "tak laa kelas td tetiba aman dan tenang jer tanpa kau weyh HAHAHAAHAHA" balas si Adam 


"baik kau tutup je lah mulut kau yang iras iras bau longkang tu weyh menyampah aku cakap dengan kau,cakap dengan kerusi dan meja lagi cun..biar orang kata aku gila..dari cakap dengan orang yang ala ala gila macam kau " balas lisa


si Adam sekali lagi kalah.sama macam hari hari sebelum ni.


petang tu Adam ternampak si Lisa duk borak borak dengan sorang lelaki dekat cafe."siapa laki tu? " nampak macam mesra..menyampah aku tengok.." lelaki tersebut menyerahkan satu sampul surat.lisa tertunduk diam..


Adam terus tertanya tanya siapa lelaki tu.."nampak macam mesra..takkan pakwe dia..setahu aku dia bukan layan lelaki..lelaki yang dia layan semua layan dengan kasar.. nak nak pula aku! tapi yang ni.... HUH!"


B E R S A M B U N G.. 

Saturday 5 May 2012

surat buat pemilik tulang rusukku

Assalamualaikum




kehadapan pemilik tulang rusukku yang belum ku tahu siapa mu,ku harap kau baik baik saja,aku disini setia menanti dan sentiasa membalut hatiku.


maaf aku ucapkan kerana kadang kadang aku lemah...pernah jua TERsuka tapi jangan kau bimbang wahai pemilik tulang rusukku hati ku masih belum ku serah.


aku jaga hatiku hanya untukmu,khas untukmu hanya kamu yang layak untuk memiliki hati ini...sekali lagi aku minta maaf kerana aku pernah TERrindu orang lain  selain kamu..


tapi jangan kau bimbang,rindu ku hanya sekelip mata..kerana aku simpan rindu ku ini untukmu..khas untukmu.


aku disini sentiasa membalut hati dan jiwa...insyaAllah tidak ku serahkan kepada sesiapa..ia hanya untukmu..aku juga berharap kamu juga sama...


hatimu juga dibaluti hanya untukku..tingkatkan imanmu wahai kamu pemilik tulang rusukku..aku yakin suatu hari kamu akan tiba.


tiba menjemputku,lalu membimbingku..perkemaskan dulu agama mu,solehkan dulu dirimu..begitu jua aku.


insyaAllah kita akan bersua jua suatu hari nanti,jaga HATI mu wahai pemilik tulang rusukku,kerana aku disini akan memberi padamu HATI ku yang setelah sekian lama ku jaga untukmu.KBAI

Wednesday 2 May 2012

cantik luaran dan dalaman




Assalamualaikum
sedih melihat keadaan dunia
melihat mereka yang hanya pandai menilai
pandai menilai menggunakan mata

dia kata kamu pakai begini 
kamu kenakan pakaian begini
kamu jahat.

sayang
iman manusia berubah berubah
harini mungkin kamu dipuji
esok mungkin kamu dikeji

hati hati dalam menutur kata
kalau dulu mata melihat dia sungguh ayu 
begitu ayu mengenakan 
baju yang bila dipandang sejuk

labuhnya tudungmu
melihatmu terus sejuk
tapi KAMU
KAMU
KAMU

kamu telah mencemarkan makna 
makna betapa indahnya "pakaian" itu
KAMU hanya mengenakan pakaian tersebut
supaya kamu dipandang mulia

kamu mengenakan pakaian tersebut 
supaya kamu di suka.
tapi kamu tak menjaga 
apa yang patut kamu jaga.

KAMU HANYA PANDAI MENJAGA LUARAN
TAPI KAMU GAGAL MENJAGA DALAMAN.
kamu gagal menjaga hatimu.

kamu membiarkan hati kamu dipandu nafsu
nafsu yang membunuh jiwa dan hati.
KBAI

kisah petang tadi time masak masak best pula aku rasa

assalamualaikum


alhamdulillah apa yang dirancang berjalan sepertinya..selamat memasak bihun dan makan tengahari untuk 70 orang.


maaf andai tak masuk dengan rasa korang,dan terima kasih kerana menghabiskan dan sekali gus merangkap dan mengatakan bahwa ia sedap EHEM.


budak budak kelas lama terkejut kucing bila nampak aku yang sedang memasak,yelah xsangka sebab aku kan dah kuar kos tu.


rasa bagai di tumis dengan madu bila budak kelas lama bersuara  "paaa tukar kos balik,masuk kelas kitorang balik,meh FEM balik..kelas sunyi tkde ko..." aku jawab "xboleh dah aku dah tukar kos  dia jawab lagi "apa yang xboleh? boleh! isi borang balik.


terima kasih aku hargai.aku tersnyum tapi dalaman aku sebak.. ^^ kbai.