Sunday 22 January 2012

makan nasik dengan beto kusyairi pun best woo

assalamualaikum.

lelaki untuk wanita,wanita untuk lelaki.tetapi tahukah anda wahai wanita @ lebih dikenali para gadis,yang mana kita tahu hatinya begitu lemah.lembut..mungkin sesetengah wanita kalau dilihat dari segi percakapan,cara berjalan ada yang kasar.

tetapi wahai kaum adam yang terpuji dan gagah lagi perkasa..hati mereka tetap lembut sperti kapas.tipulah andai wanita takkan terasa,takkan terluka.tu bukan wanita namanya aku bukan mahu berpihak kepada kaum wanita.aku cuma mahu bercerita pa lisa ni malaslah nk taip panjang panjang

jangan sesekali kamu wahai adam yang hemsem mahupun kacak berani melontarkan kata kata manis ucapan sayang..kenapa? kerna tak semua para gadis AKAN ANGGAP kamu sedang bergurau..mungkin mereka akn anggap bahawa ia satu FAKTA bukan AUTA.

kalau tak sayang jangan ucapkan.takut nanti dia pula yang sayang kan kamu wahai jejaka kacak dan hemsem yang diluar sana.dan bila gadis yang korang suka tu tak layan kamu,dan kamu kata dia sombong.tahukah kamu? dia bukan sombong..tapi dia sedang cuba menjaga hatinya.

lastly,Kalau suka jumpalah walinya.anda sangat sangat lah gentleman jika anda suka dan terus jumpa walinya.insyaAllah andai jodoh tak kemana.KBAI!

Saturday 21 January 2012

Janji Si hati Kecil :)

assalamualaikum
awak.
betapa susahnya hidup saya ini wahai awak.
setiap hari saya keep on saying "jangan"
"hey HATI jangan,hey HATI jangan"
susahnya saya awak.

susahnya menahan perasaan ini awak.
hendak ku telan takut mati si ayah.
hendak ku luahkan takut mati si emak.
hendak ku kemam,nt ku yang terkorban.
susahnya awak.
perasaan apakah yang acap kali berdegup dengan hebatnya
hebatnya degupan ini

Allah.
aku berusaha
berusaha untuk sombong diri.
jauhkan diri.
dia HARAM buatku.

awak
saya janji sekali lagi.
HATI ini tidak akan pernah diberi.
maafkan saya
andai izinkan ia berdegup 
berdegup bukan kerana awak.
awak yang HALAL buat saya.
maaf awak.


                         4.41pm ur future zaujah :(                         

Thursday 19 January 2012

kisah malam balik kampung III



 setelah diam menghantui diri masing masing.abang aku mula mengantuk,katanya sekarang jalan lurus atau lebih dikenali dalam bahasa mat salehnya straight.maka dia berhentikan kereta ditepi jalan.


sunyi.sungguh sunyi jalan hanya ditemani dengan pokok pokok jenis apa dan jantina apa tak pula aku taw dan tak pula aku begitu prihatin nak ambik taw.bukan tak cukup masa,cuma masa terlalu singkat.hujan semakin lama semakin lebat.


aku drive dengan begitu cermat,slow,ayu,bergaya dan lain lain lagi.jalan sangat licin,mata aku kabur,pemandangan aku kabur,pemanduan aku semakin lama semakin slow.semua aku nampak lurus.


kawan aku disebelah nyenyak pula dia tidur dibuai mimpi.aku asyik mendengar alunan ayat ayat suci dari hp yang memori cardnya 1 GB.nak ku pasangkan mp3 tadi lupa pula.mungkin terlalu taksub ingin pulang.tiba tiba......


aku terdengar satu suara dari belakang "slow..slow..slow" aku diam,aku teruskan memandu lagi.tanpa ku duga "kedegammm" bukan ayam golek yang jatuh menimpa kereta,bukan juga pokok nangka yang tumbang.tetapi tayar kereta yang masuk lubang.bukan sekali malah berkali kali.


aku tak bersalah.jalan tu yang salah.kenapa kasi jalan tu berlubang lubang.aku bawak slow dah.bila drive,yang laen tido ni laen macam juga rasanya.seram seram seseram sejuk,sejuk sejuk sesejuk bekuan ais.


jalan sunyi tanpa kereta,kereta sunyi tanpa gelak ketawa mahupun cerita kecuali ayat ayat alquran.pemanduan diteruskan,letih badan usah dikata,kaki,tangan,mata aku lenguh.hujan makin lebat lebatnya usah dikata.aku drive sampai lah ke pintu depan rumah.pukul 1 am lebih.perkara pelik itu wujud.biarlah ia menjadi rahsia hati.KBAI.

Wednesday 18 January 2012

kisah malam balik kampung II

kisah malam balik kampung (part1)


kami berempat meneruskan lagi perjalanan,kenapa berempat? bukan hanya aku dan abang aku? aku ni baik orangnya,alhamdulillah,ku tumpangkan sahabatku naik bersama sama untuk pulang ke bumi kelantan.


dari petang yang hujan nya renyai renyai sayu sayu,kalu pekena teh boh dari bukit tinggi a.k.a cameron highland  dengan goreng pisang pun sedap jugak aku rasa.mula mula abang yang drive.


drive punya drive punya drive,maka katanya ayuh berhenti solat,dan selepas itu aku sambung pula,katanya lagi badan usah dihurai,letih usah dikata.jam menunjukkan 8 lebih.disebabkan perjalanan pulang ke kampung sangatlah jauh nak nak pula hujan.maka pemanduan haruslah diperlahankan.


tetiba,abang aku mula bercerita.katanya dulu dia pernah drive keta,balik laluan KARAK sambungnya lagi,ketika perjalanan pulang dan waktu itu malam.laluan tu sunyi tanpa sebijik kereta pun.


aku telan air liur.katanya lagi ketika,malam yang dingin..angin sepoi sepoi bahasa,pokok rambutan melambai lambai ke kanan dan kekiri.dia telah dipotong oleh satu kereta yang berkaler putih sebanyak 3 kali.


aku diam,kawan aku diam,abang juga diam.lalu aku bersuara "kita sekarang dimana..? jangan cakap kita di laluan KARAK ...? " ku pandang ke kanan sunyi hanya pokok,ke kiri pula pokok jugak,yelah takkan MEKDI,KEPCI,pizza dalam hutan rimbau ni.


sekali lagi abang aku,aku,kawan aku diam.




bersambung...

wordless wednesday #16

assalamualaikum

kalau dulu jaman kecik2 aiskrem ni antara aiskrem yang menjadi dambaan kalbu.SEBAB? opkoslah SEBAB ia murah! HAHHAHA

Tuesday 17 January 2012

kisah malam balik kampung

assalamualaikum.


aku balik kelantan 13/1/2012 skima pula rasanya bila taip tarikh bersertakan tahun serentak.disebabkan final xm dah tamat,bermaafan pun juga sudah,maka tepat 1.34 petang abang iaitu abang kandung yang darahnya mengalir dalam badannya merupakan darah yang sama dengan maksudnya abang disini bukanlah abang  sayang,darling,kanda dan anje,datang menjemputku.


tetiba hati bagai dihempap menara berkembar..sedih mahu tinggalkan U.kenapa? soalan yang tiada jawapanya.Allah sahaja yang tahu.2,3,4,5,6,7,8 menjak ni hati ini bagai diremuk redam kan.bagai dikisar kisar dengan pengisar bawang yang berjenama singer.


singer merupakan satu jenama yang agak popular suatu ketika dahulu.sape yang guna singer tu petanda anda berduit dan berwang yang lebih.macam kita kita ni,guna lesung batu jer tu lagi menandakan anda seorang yang tradisional orangnya.


perjalanan diteruskan dengan memandu walkwigen berkaler putih,berhenti di stesen minyak.sekali lagi kenangan itu hinggap di akal dan otak pemikiran ini.Allah! ujian apakah ini.setiap tapak perjalanan yang ku hayungkan dengan slow motion,mesti berkaitan dengan kenangan.


                                                                                                               bersambung...



cara hilangkan sedih.

assalamualaikum.


percaya lah padaku.janganlh ada ragu dan syak wasangka lagi.sesungguhnya aku tidak suka pada penipuan.dan muka yang cun malah sijibik lisa sughihani ini tidak sesuai rasnya untuk berbohong.


bila anda rasa sedih bagai dihempap menara berkembar empat,sakitnya pula bagai dipanah petir.ayuh lah jejakkan ke rumah Allah.TANPA syak dan ragu lagi segala kesedihan anda akan surut dengan perlahan lahan.


Allah sentiasa bersama dengan Hambanya yang ingin bersamaNYA.bak kata UNGU percaya padaku.KBAI

Saturday 14 January 2012

hatiku bukan hatimu


kota bharu:8.30pm

Ya Allah Tuhan yang maha mengetahui apa yang terlukis dihati kecil ini,jangan izinkan aku jatuh cinta andai belum tiba waktunya.

Wednesday 11 January 2012

aku yang lama tak hapdate

assalamualaikum.

dengan ini aku syarifah aka lisa ingin menyusun dua potong jari memohon maaf kerana blog ini kubiarkan berabuk.fuh! fuh ! fuh! maafkan lisa yer.sungguh aku tidak berbohong malah tidak juga aku menipu,aku bz yang teramat sangat.bz menimba ilmu.


pesan kawanku."pa belajar sungguh,belajar biar reboh" (reboh=jatuh) masih menyanyi-nyanyi kata katanya dicuping telinga sebelah kanan dan kiri ku ini.


hari ini dan minggu ini aku masih lagi exam.aka final exam.kenapa aku boleh update jawapannya senang sebab aku tk baca buku.tetiba malas nak pegang buku.keinginan dan mengupdate blog tetiba melonjak lonjak.

ari jumaat ni exam tamat.dan tanpa syak dan ragu lagi,petang tu aku pulang ke kampung.sungguh aku tahu ma abah rindu nya setinggi gunung padaku.owh sunggu terharu hati.............tiap tiap ari abah kol,dan ayt dia yang sentiasa cun."dah ade pakwe ker.." KBAI!