Wednesday 29 February 2012

kisah 22/02/2012 Hari Lahir.

assalamualaikum


memandang kan tajuk tu berpandukan tarikh pada 22/2/2012 owh sudah terlepas sudah tarikh keramat itu.beberapa puluhan dahulu...


pada 22/02/19** lahirlah seorang gadis yang cantik malah,menawan lagi..seleuruh seisi kuarga amatlah berbahagia kerana anak perempuan yang dinanti nanti sekian lama telah dikurniakan oleh Alllah yang Maha Esa.


ketiga tiga abangnya sungguh ceria,sungguh berbahagia dengan kedatngan adik permpuan sekali gus merangkap ank bongsu.dijaga nya si anak oleh si ibu dan si ayah bagai si puteri.tidak dibenarkan si nyamuk menghisap darah si anak kecil.kalau tetap hisap..MATI jawabnya kepada si nyamuk itu.


dimandi pula si anak kecil dengan air teh,supaya kulit sentiasa comel.owh begitu sayang ibu dan ayah kepada si anak kecil.mereka semua curahkan semua kasih syang tanpa terselit sedikit pun.


*****KINI 2012*****


mungkin disebabkan jarak tempat study kami sekuarga tidak meyambutnya bersama.si ibu dan si ayah membuat hanya boleh doakan si anak melalui telefon.malah si abg membuat panggilan memberi ucapan.


disini kawan yang cun dan hebat,telah membuat satu tipu helah,budak2 kelas si budak kiut ini berpura pura x tahu bfday si budak cun ini,maka sedihlaa dia..rupa2nya ia telah dirancang,maka di sebelah malamnya..budak cun ini telah disimbah dengan air ber isikan sabun dan soflan..muka pula di bedakkan dengan tepung.maka menangislah si budak kiut inii terharu tak terkata.


terima kasih Allah kerana masih benarkan aku bernafas di muka bumi ini,terima kasih ya Allah kerana masih izinkan aku untuk membetulkan segala salah dan silap.semakin bertambahnya umurku,maka semakin dekat aku dengan mati.KBAI


**walau kau x wish.aku tahu kau tak lupa.aku tahu itu.

Monday 27 February 2012

KK1 sihat sentiasa.

assalamualaikum.


wahai pemilik hati.
teruskanlah mengukir senyuman.
senyuman yang hanya si hati sahaja yang mampu melihatnya.

wahai pemilik hati.
teruskanlah menahan erti sebuah perasaan.
kamu tidak layak.

cinta Allah yang aku dahulukan.
kemudian Rasul,
kemudian kuarga aku.
dan baru lah kamu.


Sesiapa yang telah jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid.

Riwayat Hakim , Ibn Asakir , Al-Dailami dan lain-lain

akan aku simpan rasa cinta ini selagi kau bukan halal buatku.andai maut menjemputku sebelum rasa ini diluahkan aku redha.Allah maha mengetahui.KBAI :)



Friday 17 February 2012

PENIPU PEMBOHONG

assalamualaikum.


tetiba tajuk tu aku guna caps lock,amboi kemain lagi HAHA.kenapa aku macam ala ala marah,ala ala emo gituuu.


sila tekan untuk tumbesaran.

bila ditanya sayangkah kamu pada 
si dia.
dia yang kamu panggil
ayah.sidia yang mmbesarkan kamu,

kamu cakap kamu sayang.
bila ditanya lagi sanggupkah
kamu lakukan apa sahaja buat ayah mu?

kamu kata semua sanggup 
apa saja kamu sanggup lakukan.
kamu kata ayah lah segala galanya

TAPI !kamu TIPU! KAMU PENIPU!
sungguh tak sangka kamu sanggup
menghumbankan ayah mu ke neraka jahanam
sanggup kamu membiarkan ayah mu terseksa didalam kubur
sedangkan kamu di dunia bersuka ria
bergelak ketawa

kamu didunia bergelak dengan riangnya
sedangkan ayah kamu diseksa
diseksa disebabkan kamu.

keluarnya kamu dengan tidak menutup aurat.
rambutmu terbang kesana kemari.PENIPU PENIPU!
mana sayang yang kau ungkapkan?
mana kasih yang kau curahkan?
mana?mana?



Wednesday 15 February 2012

wordless wednesday #18

assalamualaikum




kau buat onar,ataupun anai anai denga aku,aku iron rambut kau! keh keh keh

Tuesday 14 February 2012

awaitt ketegaq sangat ni!

assalamualaikum.


memandangkan ramai yang masih degil,kepala keras macam pokok kepala,nk jugak smbut hari velentine tuh.meh sini aku nk share satu kisah pasal velentine.(aku copy dari pesbuk)



VALENTINE adalah nama seorang penganut Kristen yang dibunuh melalui sebuah penyiksaan karena dia pindah agama dari seorang penganut Animis Romawi menjadi seorang Kristiani.


Setelah bangsa Romawi memeluk agama Kristen mereka tidak membuang tradisi Animis tersebut tetapi menggantinya dengan memperingati hari kematian Valentine sebagai tokoh penyebar cinta dan damai dan prosesi peringatannya dimodifikasi menjadi:


"Mereka membuat sebuah perkumpulan massa, lalu menulis nama-nama wanita yang telah memasuki umur nikah pada lembar kertas, lalu digulung. Kemudian dipanggil seorang pemuda untuk mengambil satu kertas dan membukanya. Nama wanita yang tertulis dikertas tersebut akan menjadi pasangannya selama setahun, andai setelah satu tahun hidup bersama tanpa nikah mereka merasa serasi mereka melanjutkannya dengan pernikahan. Andai tidak ada keserasian maka pada hari valentine tahun mendatang mereka berpisah".


Perayaan ini ditentang oleh para tokoh agama saat itu dan mereka mengeluarkan larangan memperingatinya karena dianggap merusak akhlak para pemuda dan pemudi. Dari sisi manapun, budaya ini tetap salah dan merusak, baik secara gaya hidup atau akhlak.


Masihkah ingin merayakan hari Valentine?


SHARING karena PEDULI, "SHARE" fakta ini sebanyak-banyaknya!! =) ♥




Monday 13 February 2012

abah kata tak boleh tak boleh!

assalamualaikum.


esok hari selasa.apatbelas ari bulan.bukan hari yang luar biasa.ari biasa biasa saja.tkpayah nk sambut saaangaaatt laaa hari velentine tu.bukan sambutan kita.HARAM lagi!aku duk pesbukwalking tadi terjumpa satu gambar yang cun cun cun bagi aku.


sila tekan untuk tumbesaran.

*caya laah abah!!! terbaik.KBAI

wordless monday

assalamualaikum.
ayuh doakan saudara seislam kita.ALLAH ALLAH ALLAH ! Allahuakbar!

Sunday 12 February 2012

tak perlu rasanya




assalamualaikum
manusia sekarang aku rasa kadang kadang semakin melampau pula.nak nak pula kepada yang sedang asyik dilambung ombak cinta.


aku tahu lah yang kamu sedang berombak ombakan dipanah dan dipatuk petir bagai.tapi aku rasa takperlu lah nak tidur atas peha perempuan tu.


malah aku rasa lagi tak perlu juga kau wanita nak benarkan dia (lelaki) memeluk meluk kamu dengan begitu ombak ombakan sangaaattttt.empuk sangatt ke bang ooii??? meh aku belikan sofaa meh.


dua dua dah besar.pk laa sayang,intan payung oii.dia kalau sayangkan kau xde nyee nk peluk peluk bagai.

Saturday 11 February 2012

HATI

assalamualaikum


mainan hati ni susah aku rasa.yelah hati ni "benda" yang terlindung,tak boleh disentuh xboleh ditengok.kecualilah kau cabut si hati kau pegang yang tu lehlah kau tengok.


kadang kadang manusia berpura pura benci tapi dalam hati kata lain,kadang kadang manusia berpura pura gembira tapi hati pula yang menanggung derita...HANYA Allah yang tahu.


HATI empat huruf,hanya satu saja hati..tetapi merangkumi pelbagai rasa.pahit,manis,sedih,gembira..yang paling susah bila harus berpura pura gembira bila hati sebenarnya sedang berduka.


kenapa? kerana ingin mengubati hati yang sedih.kadang kadang hidup perlu berpura pura,perlu ego dengan apa yang dirasa bukan ingin mendongak ke langit..tetapi sedang berusaha untuk mendahulukan apa yang patut..bukan mendahulukan makna sebuah perasaan.


perasaan yang tidak pernah diundang,dan ia tiba tanpa bertarikh,tanpa masa yang diinginkan.kadang kadang ia hanya lah nafsu semata mata dan mungkin kadang kadang.....ia benar.


apa yang terkandung didalam HATI biar lah dan cukuplah Allah sahaja yang mengetahui.kerna DIA maha mengetahui apa yang terkandung dan tersirat.tiada yang MAHA mengetahui selainNYA.KBAI

Thursday 9 February 2012

satu entry 2 kisah

assalamualaikum.


bila di Uni aku asyik pk nak balik kampung,bila aku dah sampai kampung aku asyik pk nak balik Uni.ahh apa lah yang menarik dekat sana aku pun kurang pasti dan tak tahu.puas atau dalam bahasa matsaleh boring.


ku pusing badan,ku baring badan ahh aku sudah tak tahu apa nak dilakukan lagi.kalau dulu aku pernah buat kerja yang ala ala tak siuman aka gila,dengan meng mop semua lantai dan bilik,dari ats sampailah ke aras bawah.LETIH


ditambah gila lagi aku telah menggosok semua tudung aku,malah sempat pula aku gosokkn untuk ma,dan abah.tetapi sekarang aku mula berfikir fikir mahu pula aku buat kerja gila itu sekali lagi.cun jugak rasanya.


sebelom pulang aritu sempat pula aku jalan jalan di jalan TAR.hehe sebagai anak yang baik aku belikan ma aku kain baju kurung,malah tak ku lupa pula aku juga merupakan adik kepada 3 orang abg yang hemsem well tengoklah adik bongsu dia yang cun,cantik macam neolofa dan lisa ni dulu.


aku belikan beg yang sungguh kiut aku rasa.bila ku berikan.senyumnya waah tak lekang lekang taw.sukeew letewww! sempat pula abg aku demand katanya "lainkali beli laa baju pula" kemainn lagi taw.untuk abah syg pula baju hijau kaler peberet.nt lainkali pula anakanda belikan =) 


to abah,ma,abang:


teruslah tersenyum,teruskanlah tersenyum,jangan sesekali biarkan ia kabur.akanku tunaikan tanggunjawab ku sebagai,khalifah dimuka bumi ini,sebagai anak kepada ma abah,dan sebagai adik kepada 3 orang abang selagi diri ini bernafas.jangan sesekali hilangkan senyuman itu andai suatu hari diri ini sudah tiada.iringilah dengan doa.KBAI



Wednesday 8 February 2012

wordless wednesday #17

Assalamualaikum

teruslah tersnyum walau diri ditimpa KLCC sekalipun

Tuesday 7 February 2012

suatu hari

assalamualaikum ^^

Pada satu hari yang indah, dia telah berkata, "الله اكبر".

Kemudian dia menyambung lagi, "لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ".

Selepas itu dia berkata, "لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ".

Dia menambah sikit lagi, "سُبْحانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ, سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ".

Dengan melakukan semua perkara berikut, dia telah diberi ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT ♥

Kamu mahu tahu siapakah orang yang beruntung itu?

Orang itu adalah KAMU  

Monday 6 February 2012

ramai pula yang panggil saya nera "hatiku bukan milikmu"

assalamualaikum


#salam maulidur rasul اللَّهُـمّ صَــــــلٌ علَےَ مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل مُحمَّــــــــدْ #


tetiba pelik pula aku nak menaip hari ni.macam bukan menaip kat belog sendri,yelah mungkin neves kan..neves pa lisa sughihani nak kwen ni hish.disebabkan udah lama tiada post yang terbaru hari ni aku nak nasihatkan satu nasihat.baik ambik jadikan ilmu baru,kalu tidak buangkan ia.


menjadi kaum hawa ni bagi aku tidak mudah.banyak juga tanggugjawab.kadang kadang andai tersalah lembutnya bicara..kita sudah mampu menglonglaikan iman si kaum Adam.tersalah senyum pun mampu membuat mereka rebah lalu jatuh hati.


tahukah kamu menjadi cantik mahupun kurang cantik itu adalah ujian.bila kamu memiliki wajah yang cantik janganlah pula kamu menggunakan ia untuk menarik,dan memetik metik nafsu si lelaki.kesian dia hawa.kamu jadikan dia sebagai suruhan kamu.kamu lupa hawa,bagaimana dengan perasaannya..?


andai dia suka padamu? bagaimana? kamu mungkin anggap dia kawan.tapi bagaimana pula dengannya? jangan hawa,jangan sesekali kau berani mengoncangkan iman si kaum Adam.kesian dia Hawa.kalau tidak suka,jangan sesekali kamu berani membuatnya dia suka padamu.janganlah kamu menggunakan nada lembut,kamu mungkin biasa biasa sahaja,tapi dia mungkin tidak.


hawa kamu nilainya sangat mahal.jangan cuba cuba kamu murahkan dirimu dengan melayan semua lelaki.ingat hawa "wanita yang baik,tidak akan melayan semua lelaki" 


#biar kamu nampak KASAR diluaran,tapi dalaman kamu lembut#