Thursday 27 December 2012

sebuah surat yang tersirat


sedih
pilu.

Semua muka basah dengan air mata.
Jatuh,gugur.merah kemerahan pipi dan mata semua.perginya dia tanpa dipinta.namun harus diingatkan setiap yang bernyawa akan bertemu mati.begitu juga farah.orangnya seceria maknanya iaitu gembira.

Pergi meninggalkan keluarga tersayang,kawan yang dikasihi dan semua,untuk bertemu dengan kekasih yang no 1.perginya farah setelah kereta yang dipandu dirompak,ketika perjalanan pulang ke kampung,perompak mengacukan parang,farah di tikam berkali kali sehingga menghembuskan nafas terakhir..dua orang kawannya terselamat kerana setelah farah ditikam bertubi tubi,perompak panik lalu meninggalkan tempat kejadian.

Aminah.seorang kawan karibnya,baik,rapat,bagai isi dengan kuku.dia mengeluarkan surat lalu diberi kepada seorang hamba Allah yang juga kawannya hairi.”arwah amanah kan aku untuk bagi surat ni kat ko,aku tak tahu kenapa,tapi dia amanahkan pada aku.lepas final,dia bagi surat ni kat aku,”
Diam.senyap.air mata jatuh.mengalirkan mengenangkan arwah.surat digemgam dengan kemasnya.surat yang berhelai kan TIGA helai,di buka satu persatu…

“assalamualaikum hai hai hai haaiii ri.ececcee nama best wooo,bile sebut je nama terasa nak BER HAI HAI terus.hahahaha.apa khabar? Mungkin kau pelik kan nape aku tulis surat,tak stylo mylo betul lah kan..orang zaman ber IT ,ber FB,ber TWITERR,masih aku tulis surat,kono betulkan aku…?
“fa,Allah.tolong jangan buat aku ketawa,aku penat menangis.”luah si hairi sambil lap air mata yang jatuh satu persatu.

“kawan,macamne exam kau? Harap okey okey,aku tahu kau budak bijaksana,mesti result gempak punya..kesihatan kau pulak? Weh dengar sini,kau kena jaga kesihatan kau,makan biar cukup,jangan sakitkan badan kau tu sian dia tak bersalah langsung..mesti kau tertanya Tanya kan kenapa aku tulis surat ni? Sebenarnya aku tak tulis pun..hahaha sebab aku taip.
Aku tahu tak lawak,tapi sila ketawa demi kebodohan lawak aku ni pls pls pls hehhee.

“fa..kau lawak fa,sentiasa pandai buat orang gelak”sebak hairi.

Banyak benda aku nak gtaw kau ada lah dalam 1,2,3 ,4,5,6,7,8,9 eh eh jup 2 jer hehehhehehe.dan benda ni dah lama terbuku dalam hati malah dah beku dah pun…mesti kau pelikkan apa lah nak aku gtaw ni,okeylah aku tukar nada tak serius aku ke nada serius..aku tak tahu lah mula mula aku jumpa kau,kau lah salah satu mkhluk yang aku paling meyampah bila berjumpa..dengan sikap kau yang suka rendahkan orang.

Ya aku tahu aku rendah,tapi janganlah pandang rendah kat aku,cuba lah pandang tinggi kat aku,mana taw aku tetiba jadi tinggi ya dak? Hahaha.kau antara makhluk aku paling tak suka..ada juga terdetik nak pecahkan muka kau jadi batu bata,tapi fikir zalim tak bertempat pula aku rasa.

Ada juga terlintas nak bagi kau makan racun tikus hehe.tapi tak zalim lagi aku.okey..benarlah kata orang mula mula benci..lama lama? Makin benci hahaha.eh tak tak lama lama bertukar dari benci jadi kurang kurang dan semakin lama ia semakin berkurang maka ia bertukar jadi rasa yang bodoh betul kalau aku fikir.aku nafi sekeras kerasnya.

sebab aku tak suka kau,aku benci kau,aku benci cara kau layan aku,aku benci cara yang berkawan dengan aku.sakit.mungkin kalau aku cantik kau layan aku baik kan kan kan? Eecece.apa tak cukup cantik ke? Hehehe.aku mula mula perasan benda alah ni ada,time kau ada masalah.

Tahu tak,hishhh mesti kau x tahu,time kau sedih,time kau di timpa masalah,aku tak tahu kenapa bila kau ada masalah aku boleh menangis… kalau kau sakit,aku rasa sakit..hebat tak aku boleh rasa apa yang kau rasa? Hihihi aku menangis fikirkan keadaan,kalau lah kau boleh tahu bahawa aku ada,aku boleh dengar masalah kau,even aku tak mampu.aku hanya nak tolong kau..tolong kurangkan kesedihan kau.

Tapi sakit.kau tak Nampak semua tu,cara kau,semua perbuatan kau makin hari makin menyakitkan hati aku.tahu tak..penat aku berpura pura senyum,penat aku berpura pura gelak,dan lebih penat..aku menangis,sedangkan kau diam,dan terus dengan sikap kau.lalu aku ketuk otak aku aku cakap “ farah,kau bukannya cantik,malah gemuk,tak dipandangnya.”

Ramai yang Tanya,kenapa kau,aku diam.aku jawab aku tak tahu.aku suka kau sebab kau,bukan sebab kekacakan kau yang tak kacak lansung tu,bukan kepandaian,bukan kekayaan.tapi sebab kau.buta betul aku.dan paling menyedihkan suatu hari tu kau pernah suruh aku diam demi seseorang,sedangkan aku tengah bimbang kan keselamatan kau,dan kau suruh aku diam demi dia,tahu tak apa aku rasa? Macam orang yang tak berharga langsung di mata kau.

Pernah suatu hari,kau hantar sesorang,aku pandang kau.tapi sikit pun kau tak tengok..hodoh sangat kah aku? kau tak tegur aku langsung..aku tetap senyum. Kau tahu betapa sebaknya hati aku.at least pandanglah aku dengan sekadar pandangan manusia terhadap manusia..tapi kau tak.Allah maha tahu,aku kalau diberi peluang ,aku nak buang perasaan ni.tapi aku manusia..aku kena slow slow.

Start aritu,bila jumpa je kau aku akan larikan diri,bukan nak jauhkan diri,tapi aku rasa terlalu bodoh bila aku cuba tawarkan rasa cinta aku pada insan yang tak pernah Nampak,kau buta.kau hanya Nampak dia.aku kau ketepikan.kau hanya Nampak dia.kau tak bersalah,aku yang salah,tersalah suka pada kau..serius,kalau aku ada button untuk pilih siapa aku suka,aku janji takkan pilih kau.aku janji.

Aku dengan dia bagai langit dengan bumi.aku tiada kecantikan yang boleh kau bangga bangga kan..aku tiada kepandaian yang boleh kau war warkan..aku tiada kekayaan yang boleh di “istana” kan tapi aku ada hati.aku manusia.

Akhir kata aku minta maaf sebab suka kau,aku tahu aku tak layak.aku janji,kalau aku tahu ini sakitnya.aku takkan suka kau.takkan.maaf salah silap aku.jup jup satu lagi,aku tahu kau suka dia,takpe aku doakan kau dengan dia..kalu jodoh tak kemana..in sha Allah.assalamualaikum,jaga diri,aku tiada lagi nak marah marah kat kau.J KBAI.”

“fa,aku minta maaf.semua salah aku.aku minta maaf.aminah..aku bersalah..aminah “ ter esak esak menangis si hairi.

“sabar lah hairi,arwah dah selamat kembali.arwah memang seorang yang ceria,waktu pagi dan petang dia bergelak ketawa.waktu malam matanya dibasahi air mata..bila di Tanya katanya mata dia masuk habuk,sehingga lah dia tak tahan lagi,dia luahkan semuanya pada aku..kau buta hairi..kau terlalu mengejar cinta yang cantik dimata kau..kau lupa akan dia..malah pandang sebelah mata pun kau tak hingin..kenapa? sebab dia tak cantik..? kau kena ingat…time kau susah dia yang tolong kau,Cuma kau je yang tak tahu..,dia tolong kau dalam diam,kau jer yang tak tahu,,sudahlah menyesalkn pun tak de gunanya..nasi dah jadi capati.”


 "manusia hanya akan hargai sesuatu bila dah kehilngan
kerana manusia itu matanya celik,tapi  hakikatnya matanya buta"

Friday 7 December 2012

woohaa makan kawan kenyang ke?

assalamualaikum

kawan makan kawan,woohaa tu bukan maknanyan kawan makan makanaan kawan,nie kawan makan kawan..lain bunyi nye tu..kawan makan makan,boleh kenyang berthun tahun jugak agaknya..kenyang dengan makan hati,limpa dan suhu darah naik naik naik..

semakin banyak kita berjalan melangkah melihat dunia,semakin banyak kawan yang kita jumpa...ada y okey,malah ada yang terlebih okey,malah ada juga hendaknya membuat kita yang okey jadi tak okey,hati hati dalam memilih kawan.

sebab manusia ni tidak seperti yang kita tengok,luarannya baik,cantik dan lemah gemalai kata katanya..tapi dalaman? Allah maha mengetahui..kita mungkin ada 1000 kawan,tapi time kita susah,adakah 1000 tu akan datang tolong kita?

mungkin sorang yang datang,mungkin 2 orang @ mungkin tak langsung.sebab tu luqman al hakim menasihati anaknya.."Hai anakku bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu diamasih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagaikawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah"

ingat,nak berkawan senang tapi nak menjadi kawan tu susah.cari lah kawan yang mencerminkan siapa kita,kawan yang bila kita salah dia tegur,bila kita bersalah dia nyatakan kesalahan..bukan kawan yang asyik salah menyalah.

ingat,sebagai kawan...bila kawan kita susah,dia perlukan kita..cuba fikir kenpa kawan kita cari kita? kerana dia yakin kita boleh tenangkan dia,kerna dia yakin kita boleh tolong dia,even tolong tadah telinga..manusia sebenarnya..bukan hendakkan duit,bukan hendakkan kemewahan..tapi dia hanya nak dengar ayat " AKU ADA" "aku ada,jangan bimbang" 

"jangan susah baru tercari cari,bila senang? dicampak diri entah kemana.." kawan yang bersuka ria,bergelak ketawa dengan anda sekarang belum tentu akan menangis bersama bila di timpa musibah...appreciate apa yang kita ada sekarang,jangan mencari 1000 kawan,andai sorang kawan pun tak pandai hargai.KBAI

Thursday 15 November 2012

PRAY FOR GAZA

assalamualaikum

aku taknak taip banyak banyak aku nak kita sesama saudara islam mendoakan saudar kita di GAZA T.T,sabarlah waahai saudaraku..syurga sedang menantimu di sana Allah Allah Allah!!!!!!!!!!!!

Monday 5 November 2012

kita bercinta lepas kawen erk ? ||


"oipp minah surirumah ku nie kad matrik ko" kedengaran suara yang agak agak nyaring dan kadang kadang tak sedap jugak untuk didengar, "weh timah ko curi kad matrik aku erk..oooo ko dalam diam diam ada hati kat aku erk ooo,jangan timah jangan jangann jangan Nabi tak mengaku Umat oooo " tersengeh sengeh macam kerang busuk pula muka si suri,.sambil tangan dia menutup mulutnya yang kiut itu."weh surii memaang tak la kan aku suka kau,tuh si ejoi tu aku nak campak kat mana? kan menangis berlagu cindai lah pulak si mamat tu kan,kad matrik ko ni,mamat baju belang belang tuh yang bagi,owh sebelum aku lupa dia pesan,dia kirim salam heee,ko ada apa apa ke dengan mamat comel tu..?"

suri terpaku dan terdiam iaitu maknanya dia tergamam tanpa boleh berfikir dengan waras sekejap,"waalaikummussalam,eh kelas dah nak start jom la" cepat cepat si suri ajak si timah ke kelas,takut jugak nanti makin banyak pula yang nak ditanya,padahal xde cerita pun yang nak diceritakan,sekadar terserempak pagi tadi dan dengan dramatiknya buku bertaburan di lantai hmm..kelas start macam biasa,dan macam biasa juga suri akan tidur untuk sejam,dan sejam lagi dia akan fokus belajar,tak dikesahkan lagi orang sekelilingnya yang penting mimpi hingga hujung mimpi katanya.

disebabkan banyak lagi esaimen yang belom di tamatkan riwayat oleh suri,maka dia wajib ke library untuk mencari bahan rujukan,perginya pula keseorangan,bukan tak suka berteman,tapi baginya sorang lagi cepat pekerjaan yang nak dikerjakan,banyak buku yang diambil tapi dia hanya guna satu saja,bukan mahu berlagak,tapi suri seorang yang teliti,baginnya even hanya mahu guna satu,tak salah disisi undang undang kalau ambik lebih dari satu,nak nak lagi time kat library.."banyak membaca,nak tengok buku nie boleh"tegur satu suara

tanpa syak dan wasangka lagi itu bukan suara hantu,tapi ia suara yang betu betul wujud,angkat kepala si suri,maka dengan tahap darah yang rendah tiba tiba menjadi tinggi bila dia tengok si yusof yang sedang tersengih sambil membelek belek  buku ditangannya "eh,kalu saya duduk sini boleh..?"  "hah duduk sini? kat meja ni? " mengangguk angguk si yusof petanda YA pada soalan si suri "hehhh tak boleh tak boleh nanti orang tengok kau dengan aku,nanti diorang ingat kau pakwe aku takkkk bolehh! " "takpelah pakwe pun hemsem pe,patot berbangga sikit,takpe lah taknak bagi duduk sini,tapi nak kenal lebih rapat dengan awak boleh..?"

"nak kenal..? betul serius nie betull? " tanya si suri, "betul lah ingat main main macam kanak kanak rabeena ke..?" si suri mengeluarkan pen kertas lalu dia menghala kan ke arah yusof,"pen dengan kertas nak buat apa? meh bak sini no phone senang sikit nak contact contact mana taw tetiba rindu ke kan.." senyum senyum macam jambatan runtuh pulak si yusof, "tulis apa yang aku cakap ni,PT54,kampung gaung belukar 12390 Kota bharu Kelantan,tu alamat rumah aku,kalau betul betul serius nak kenal,pergi rumah cakap sendiri kat abah aku,kalau dia okey..aku okey..satu lagi takpayah nak gatal sangat lah nak aku patahkan hidung kau nak?" senyum suri. " amboi garangnya minah nie,berkata dalam hati si yusof.."okey nanti saya pergi jumpa abah awak" 

seminggu kemudian,si yusof telah datang ke rumah si suri berani betul "yusof kenal macamana dengan suri..? sebab tak pernah lagi mana mana lelaki datang minta izin nak kawan dengan anak pak cik ni.." dalam hati siyusof bersorak sakan bila dengar kata kata abah suri bahwa dia lelaki pertama yang datang minta nak berkawan dengan suri "mesti suri akan sukakan aku nie,suri tak sabar pula abang nak kenal lebih rapat dengan suri"

"suri,saya dah pergi umah awak dan dah bagitahu abah awk saya nak kenal dengan awak,awak macammana? dah boleh dah ke kita kenal..?  tersenyum si yusof menunggu jawapan suri " minggu depan ko ada kat rumah..?" tanya suri "minggu depan? ada kan dah habis final exam,nanti dah start cuti takleh jumpa suri lagi..kenapa suri tanya..?"   
"takpayah nak jadi ulat bulu sangat lah..hari ahad ni aku nak pergi rumah kau,dalam pukul 10-12 tengahari,aku taknak tengok muka kau kat  rumah tu time tu,kau pergi la mana mana,terjun bangunan ke,selamatkan itik mak jemah ke,pergi bina jambatan ke,yang penting kau takde,kalau kau ada jugak,aku bakar hidup hidup,pastu aku kerat 14 belas pastu aku bagi itik makan..ambik pen dan kertas nie,tulis alamat rumah kau.." dalam hati yusof berkumat kumit mengata suri garang orangnya,brutal giler,tapi tangannya setia menulis alamat rumahnya lalu diserahkan kepada suri

B E R S A M B U NG

Wednesday 31 October 2012

kita bercinta lepas kawen erk?


Pertemuan yang tak diduga malah tak juga dipinta,tak terlintas dek kepala yang waras kalau hendak di fikirkan kembali,kisah dua pasangan yang agak agak comel dah kiut,nama sang wanita diberi suri,manakala si lelaki namanya yusof.suri merupakan seorang gadis yang agak kiut,bergaya dan menawan jugak orangnya,agak brutal,mungkin pengaruh dari abang abangnya..

Suatu hati,ketika burung beterbangan ke kanan dan ke kiri dengan riang ria rayanya sampai tak hingat dunia,ketika kereta berpusu pusu dia atas jalan raya,ada yang sibuk dengan kerja masing masing,ada juga yang sibuk sibuk hal orang,dengan gopoh dan gapahnya si suri berkejaran naik tangga yang menuju ke dewan kuliah,hampir hampir juga dia “terjerumus” ke tanah,harini lambat pula si suri ke kelas,akibat semalam tidur lewat demi menyiapkan esaimen,kereta yang di pandu bagai nak drift dibuatnya,tudung dipakai tanpa dililit lilit bagai,dia hanya biarkan tudung yang dipakai labuh kebawah,senang cekap dan mudah.

Dalam keadaan yang kelam kabut dia terlanggar seorang lelaki,ya dia pernah tengok lelaki tersebut yusof namanya,lelaki satu fakulti dengannya tapi berlainan kos,orangnya kacak bergaya,tinggi,dan dikenali sebagai seorang lelaki yang agak agak playboy “woip gemuk! langgar orang! jalan guna ibu kaki ke weh..?” amboiiii kemain lantang pulak mamat nie berkata kata ye..

”assalamualaikum,amboi mentang mentang boleh bercakap lantaang pula kata kata ye? Nak ke tetiba esok jadi bisu? Nak aku patahkan gigi ko? Nak? Aku minta maaf langgar ko kbai.” Tajam mata si suri,geram nak dilumat lumatkan si yusof.Diam si yusof,diam tak terkata.yusof merenung si suri bagai nak mamah si suri dalam hatinya terdetik "UNIK"kelas yang bermula pukul 8 AM tu hampir tamat,dan si suri agak kelewatan,bukan agak tapi sangat sangat lewat bila jam di tangan kiri menunjukan 9.50 AM.

 “weh ko kenapa awal sangat ke kelas arini? “ senyum si timah dengan menayang gigi kapaknya,sungguh tak manis senyuman yang saje saje dibuatnya itu.. “aku lambat bangun laa tertidur,aku bangun 9.35 AM “ jawab si suri “jup,ko mandi tak..? I can smell something.. hehehhehehe” “rumah air takde,air merajuk dengan aku,tak reti reti nak kuar,aku pun merajuk jugak lah,maka dengan itu aku pun  kuar mai sini hehhehehe”
suri menayang gigi yang seputih kapas itu.

kelas tamat,maka bermula lah kelas seterusnya,biaselah kelas kat U nie memang padat,tercari cari mata si suri kad matriknya,kalau tak silap dia bawa benda alah tu kemari,tapi lupa pula mana diletakknya,tanpa kad matrik,dia mungkin dituduh sebagai pendatang asing,adoyai..."assalamualaikum nur suriwati binti ahmad " suara yang macam dia kenal,macam pernah dengar,semakin lama bayang bayang suara tu semakin dekat..


B E R S A M B U NG

Monday 22 October 2012

aku tak caya ko single

assalamualaikum

single kalau belajar BI single maknanya satu kan kan? kan? alaa kalau tak faham jangan laa tunjuk sangat tak faham tuu alaaa titeww penat taw nak xplain banyak banyak alaa titeww malassss malasss,nie titew rasa nak kekah keyboard nie hish.

nie kesah ada lah bebapa hari,minggu lepas pa lisa duk usik sorang hamba Allah nie saje,dah tkde keja,usik mengusik tanpa payment nie best dan kadang kadang penat jugak,duk usik punya usik,tetiba sorang mamat nie bukak mulut

"pa dia nie single lagi.." aku buat muka cantik dan ayu dan cun dan jelita juga lalu aku pelan pelan bukak mulut,tayang gigi puteh cantik,hasil gosokan dari ubat gigi cap colgate,aku cakap " aku pun singlee heeee " mamat tu muka tak puas hati diam pastu senyum senyum biri biri lalu dia start cakap "ko single pa?? xcayaa laaa"

aku single ke dabel ke tripel ke,hish xpe yang penting aku taw ALLAH ada,famili ada,kawan kawan pun ada,single nie meluas laa bukan sekadar sttus jer..titew nak KBAI dah nie,aku taw ramai yang muntah tetiba entry lemah lembut dan gemalai KBAI.

Friday 19 October 2012

pilih,memilih dan terpilih

assalamualaikum

woohaa memang agak agak terlebih rajin pulak jari aku nak taip banyak banyak post kan..tu time jiwa memberontak,meronta ronta disertai dengan hentakan kaki dan kepala dan kuku ibu jari kanan dan kiri yang dalam bisingnya berkata " nak update nak update!"

kembali pada topik yang diatas,ada yang bertanya "kenapa aku bukan pilihannya? kenapa dia tak pilih aku..? kau bisikan kembali ke telinga kau,kau dentumkan kembali hati  kau,lalu kau cakap Allah maana,Allah nak bagi seseorang yang lagi ohsem imannya,yang lagi cun akhlaknya..jangan bimbang Allah maha mengetahui.aku tahu betapa sakitnya suka pada orang yang xsuka kita,aku tahu.ingat bila kau suka dia,lalu kau kumat dan kumitkan sebuah perasaan itu sehingga matinya kau,maka ia mati syahid 

"Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang asik (jatuh cinta)kepada sesuatu lalu ia cuba menjauhkannya lalu menyembunyikannya didalam hatinya kemudian ia mati,matinya adalah MATI SYAHID."
(Riwayat ibnu Assakir&Dailami..) "


buat sang kumbang,aku taw fitrah sang kumbang sukakan si bunga yang cun dan lawa,aku pun apa kurangnya suka pada yang kacak malah hemsem dan bergaya,tapi aku suka cuma sekadar suka,kerana bagi aku hemsem xboleh buat aku bahagia dan kenyang perut riang ria raya lalu suka hati,kerana bagi aku bergaya juga xmampu ubah aku pun turut nampak bergaya.

TAPI lelaki yang mampu buat aku terdiam adalah dengan akhlaknya,bukan sekdar akhlak hemsem luaran saja,aku taknak lelaki yang talam 2 muka,luar baik,dalam punah bernanah..malas pulak nak share tentang ciri2 lelaki yang aku suka,cukup takat tu jer.

dan lelaki jangan MARAH andai wanita terlalu memilih,kerana WANITA memang kena memilih..sebb dia memilih seorang imam,memilih seorang lelaki untuk membimbingnya ke jannah,bukan setakat jalan jalan ke rumah mak senah :)

"suka pada seseorang itu biasa
tetiba muncul satu perasaan itu pun biasa
dan jangan lupa sayangnya kita pada seseorang itu pun biasa
suka,sayang itu lumrah,tapi jangan lupa Allah mengetahui.
dengan sekelip mata Allah boleh tukar perasaan tu dengan sekelip mata,
sayang berpada pada dan benci pun berjaga jaga"

Thursday 18 October 2012

ada lagi la weh!

assalamualaikum

semenjak 2 menjak dan 3 menjak nie banyak jugak rasanya masalah aku =.=" xpe Allah bagi aku ujian sebab  DIA tahu aku kuat dan gagah dan tabah dan berani orangnya,banyak pula DAN aku nie.

bukan malas nak update cuma masalah dan waktu yang tak mengizinkan owh sungguh penat otak digunakan untuk berfikir,dan sungguh membazir setiap keluhan aku keluhkan,agak sastrawan dan berpuitis pula aku malam malam,mungkin agak lama aku x menaip mood giler giler A.K.A x waras semakin berkurangan agaknya..faktor umor katakan hehehe.KBAI

Tuesday 18 September 2012

10 ciri ciri kawan yang sekepala sekaki sehidung dengan anda

assalamualaikum

woohaaaaa awal awal sem ni memang aku kerja pun xde sangat kan,makanya update laah jawabnye keh keh keh keh,macam dah tertelan keyboard  rasanyaa tetiba mood melonjak,berlari lari nak update kemain lagi weh!

okey sepuloh aka 10 ciri ciri kawan yang sekepala,sekaki,sehidung dengan anda 


  1. rakan anda memang sehidung dengan anda,bila anda cakap something weird,dan orang sekeliling tak taw,tapi rakan anda akan tersenyum senyum berpura pura cun.
  2. dia kawan sekufu dengan anda,bila dia ajak buat benda pelik,anda tanpa segan dan silunya terima pelawaan dia.
  3. kawan yang sekepala pula,maksud disini bukaknlah anda dan rakan anda share kepala yang sama bukannya,tapi ia bermaksud kepala yang dua digabungkan menjadi satu.
  4. kalauu anda terjatuh ker,tertonggek ker,terjelepok ke,kawan anda lah yang akan gelak bagai nak kena gastrik,tapi lastly dia lah akan hulurkan tangan
  5. kawan yang sekaki dengan anda pula,time hujan dia akan bebasah kuyup sesama,dan time dengan nah ambik ko,sesama selsema,pastu dapat MC 5 hari kah kah kah(sape tegok video mc 5 hari sila terasa)
  6. dia betul2 rakan ko bila dia kesusahan,ko bagai nak pitam cari jalan nak selesaikan,dia pula cool sejuk ala ala ais,ko jer menggelabah xtentu pasal
okey selesai sudah uji kaji kita hari ni,aku cakap sepuloh kan? kan? kan? haaaa akuu tipu jer hahahhahahaha.KBAI

#kawan yang baik,bukan banyak dari segi harta,buka hemsem/cantik dari segi rupa/bukan bijak dari segi pelajaran tapiiii hebat dalam membawamu ke jannah.kejaalan yang diredhai Allah

Monday 17 September 2012

terima kasih kawan :)

assalamualaikum 

woohaaaa! selamat hari raya,agak lewat aku wish hari raya,sempat tak berpuasa 6? rugii woooo badan ketul ketul sihat sihat,tapi xberpuasa ,aku taw ia sunat..tapi kalau laa y sunat tu kita buat kan lebih cun ehhehe.

alhmdulillah Allah bagi kekuatan untuk kau wahai sahabt untuk ceritakn perkara y sebenar benarnya dan sahih sahih nya,dan Allah bagi aku kekuatan untuk mendengarnya..rasa sakit,pahit takpe Allah telah janjikan y lebih manis lagi :) dan ada seorang sahabat tanya.."pa,kau xsedih..?'' aku senyum lalu aku jawab,"tak,kerana dia telah kehilngan aku yang hanya pandang dia kerana dia,bukan hartanya,bukan rupanya malah tak pada kepandaian dia.

hahahhahaha agak jelly disituu kbai.

#salam lebaran heeee

Thursday 2 August 2012

kisah saya dan anak saudara

assalamualaikum ^^


berdasarkan dan bertajukkan pasal "kisah saya dan anak saudara" sah sah aku nak taip untuk entry arini,pasal aku dan anak saudara,aku takkan gatal tangan mahu pun begitu rajin nak cerita pasal kobau mak jemah yang kena lenyek dengan motor pak abu,tak aku tak rajin.ANAK SAUDARA,iaitu bukan anak aku sendiri,walau di depan nya didahulu dengan perkataan anak.


kalau anak aku sendiri pasti dan tanpa syak wasangka lagi,akan ada perkataan kandung dibelakangnya.semua orang akan ada anak saudara,anak saudara terbahagi kepada dua,anak saudara lelaki dan anak saudara perempuan..bagaimana boleh ada anak saudara ni? senang apabila abang/kakak anda berkahwin,maka dengan izin Allah akan muncul lah TARAAAAAAA anak saudara.


tahukah anda? nak jadi mak saudara yang cun melucun,cantik,jelita macam pa lisa nie susah,rumit,banyak cabaran malah bertimbun timbun dugaannya,antara dugaannya anda harus bijak,bijak untuk menjadikan anak saudara anda pun bijak,bila dia panggil "papa" dan tunjukan jari telunjuknya kearah anda,maka tanpa malas dan berfikir 2x,anda haruslah berkata"ni ciksu,bukan papa" nt xpasal xpasal dia sukar untuk membezkan antara lelaki dan perempuan,nampak tak nampak tak kebijaksanaan disitu? 


nak jadi mak saudara yang berwawasan macam pa lisa ni susah betul nak dirungkaikan.banyak tip tip yang harus diamalkan,kalau depan anak saudara kena senyum sentiasa,kalau boleh gam kan muka supaya nampak sentiasa senyum,kita harus berusaha dengan gagahnya ya.kbai

Friday 27 July 2012

one day

Assalamualaikum 

"Today u ignore me,i understand,Today u do not reply my text i understand,
Today,yes today,u don't appreciate me,i understand.BUT if one day,u see me,if i ignore,i did'nt text u back,i dont appreciate u anymore,i HOPE U UNDERSTAND"


#pendek,ringkas tapi padat.SALAM RAMADHAN KE 7  kbai.

Tuesday 24 July 2012

sekali lagi,mungkin rindu agaknya

assalamualaikum


salam ramadhan,ari ni ramadhan yang ke empat,teraweh yang kelima,jatuh pada hari selasa,selepas isnin,dan sebelumnya ahad dan mulanya puasa pada hari sabtu..bijak pada yang cepat tangkap,tadi,ya cerita yang bakal aku taip sekarang nie kisah baru jer berlaku,hot hot,dalam bahasa melayu panas maknanya.


setelah beberapa rakaat teraweh aku lakukan,alhamdulillah,mata aku teralih ke seorang makcik,orangnya tua..badan pun sudah agak sedikit bongkak,ketika berhenti kejap,dia meluruskan kakinya..serupa,cara duduknya pun sama,cara dia urutkan kakinya jua sama..sama dengan arwah..aku terdiam..


nenek,setiap insan akan memilikinya..aku pun sama,aku ada 3 nenek,2 sebelah ma,dan 1 untuk sebelah abah..dan ke tiga tiga telah kembali kepada pencipta KITA,dan nenek yang aku rapat adalah nenek sebelah abah,aku panggilnya "mok" orangnya comel,secomel dan se cun aku keh keh keh,dulu,ya ini kisah dulu..bila ma aku selalu usik,katanya ma aku "farah,gemuk semakin besar.." namun katanya mok aku.."tidak farah,dah cukup slim,kurus sangat tak cantik..sambil dia senyum.." kalau dulu..bila aku masak,dia akan cakap "farah pandai masak,sedap.."


dan masih cerita dulu,kalau dia tidur,aku akan tidur dengannya..bila dia batuk,aku akan tersedar..kesian,kerana terlebih makan benda yang berminyak,mok seorang y penyanyg,aku di berinya tidur diaats katil,sedangkan dia dibawah..katanya xlarat penat..dia pernah berkata dia xmahu menyusahkan aku,teman dia tidur.."jawabku,aku suka" sebab aku tiada kawan dirumah..aku anak bongsu,iaitu anak last dalm famili..


dalam rumah cuma ada ma,abah dan aku yang masih belajar..bila mok datang rumah semakin ceria,kalau dulu makannya menggunakan 3 pinggan,sekarang 4 pinggan..sungguh bahagia dengan kedatangan mok..dan aku pun ada kawan..setiap petang aku akan masak,dan aku pernah masak makaroni bakar,dan pada masa tu mok suka sangat makan,sampai bertambah tambah,aku dalam hati suka tengok mok yang semakin berselera.


tika mok semakin kurang sihat,mok dimasukkan wad..time aku tengah trial spm,hanya boleh jaga mok kejap kejap jer..aku tidur berbantalkan kerusi,berkatilkan jua kerusi,time mok xleh tidur dengan nyenyak,kesian tengok mok..kejap kejap sedar,aku hanya mampu memberi+menjawab apa yang mok tanya,sebelah paginya,badan mok aku basahkan,aku lapkan..dan aku bedakkan..


mak aku bedakkan,biar wangi,kataku "mok,kalau nak kuar spital,kena makan nasi.." dia makan nasi,malah bertambah tambah,aku sungguh terharu,tiada bicara,tiada kata mampu aku describe kan..mok semakin sakit,DR bagi suntikkan,mok menahan kesakitan..aku ingin tadah tangan aku nak cakap "dr,guna lah tangan saya.." melihat orang y kita kasih sedang kesakitan,ya ia sungguh sakit,sakit sangat,aku tahan air mata,kalau aku menangis,bagaimana aku nak buat mok ketawa..? aku harus ketawa,baru mok akan cepat sihat..


setiap apa yang Allah bagi kat kita semua ni hanya lah pinjaman semata mata,DIA pencipta kita,dan suatu hari nanti DIA akan ambil balik,apa y DIA bagi kat kita,dan arwah mok telah kembali padaNYA,nak aku berjaya tunaikan hasratnya,aku memegangnya,aku memandikannya.ALFATIHAH.


aku terlalu rindu kat arwah,kain telekung arwah aku sarungkan,dan melihat makcik tadi betul betul membuat aku semakin rindu.

Tuesday 17 July 2012

langkah langkah nak suh member SAYANG dan INGAT senantiasa

assalamualaikum



woohaa,kemain lagi taw nak suh sayang lebih laaa,nak suhh ingat lebih lahh,banyak pula kelebihan ko ye,hehehhee,al maklumlah manusia sifatnya "tamak" takpe tamak GILAKAN kasih sayang,asal jangan tamak benda lain udah..


kalau ko nak orang sayang dan ingat ko bagai nak sawan antaranya:



  • ko kenalah sayang orang lain terlebih dahulu,mat saleh cakap "u get what u give",macam ko nak beli barang kat kedai mak jemah,mak jemah xsenang wenangnya nak bagi barang,kalau duit ko xkasi kan kan kan? ko ingat mak jemah kaya nak bagi ko free..?

  • nak kawan ko separuh kepala ingatkan ko,ko pinjam duit dia,pinjam tu jangan lah 20 p0sen,try pinjam seratus ke,dua ratus ker,3 ratus ke or beratus ratus ker,komfom setiap minggu dia msg ko,tu tandanya dia sayang dan ingat kat ko..!

  • try wat dia marah,sakitkan hati dia,kalau boleh ko kutuk dia,komform! sure ! komfom! dia akan ingat ko,dan sayang ko leeeebihhh,pasaipa? start aitu,dia akan cari ko kat umah ko,n at the same time,dia akan share pasal ko kat abg2 dia yang badan lengan ketul ketul !wahhh ungtungnyaa ko,,nampak tak begitu kasih dia kat ko..nampak tak? nampak tak?

  • nak lebih cun,try tweet n wat status FB yang ala ala menaikkan angin dia,ko guna lah kejahatann tu sikitt,xpe dia sayang ko xkan marah,malah dia akan selalu ingaatt ko adalah!

  • last sekali,nak suruh orang benci tu senang,tapi nak suruh orang sayang+ingat itu susah,kita mungkin akan diingat dengan dua cara (1.sebab dia suka kita 2.sebab dia tak suka) kalau kita okey,xsemestinya sekeliling kita okey,maka kita kena bijak dan pintar dalam menjadikan diri kita "okey" even kita taw sekeliling kita tak okey,aku tawww banyak pula (okey) aku kan? ikuutt sukaaa laaaaaa!
akhir yang buat kali kedua,hargai lah apa yang ada depan mata,nak suruh orang sayang,ingat nie susah,andai suatu hari dia pergi terlebih dahulu,jangan menyesal dengan apa yang kita buat terhadapnya,kerana mati tak BERTARIKH seperti TARIKH LAHIR kita.

harini kamu buat orang kamu sayang menangis,padahal kamu xtaw ada seseorang jejaka/wanita yang sedang berusaha untuk membuatnya ketawa,harini kamu ego,sombong,riak,tapi suatu hari nt kamu akan terduduk,terdiam menyesal tanpa bicara.

"PADA HARI TERSEBUT NASI BUKAN SAJE JADI BUBUR,TAPI SUSAH JADI CAPATI"

KBAI!


Saturday 14 July 2012

kisah kapel

assalamualaikum


woohaaa bernafas dengan segar di kelantan,malah dirumah terchintaaaa! alhmdulillah! tetiba aku mood punya baik nak update,yelah setelah penat y teramat,drive dari NILAI,hingga kelantan tak henti.just,berhnti isi minyak jer..GAGAH kan? ahahaha haruslahh pa lisaa kan ahaha


dalam duk drive,duk pong pang pong pang ngan sahabat @ seringkali dipanggil kawan,or dalam bahsa mat salehnya,member,dalam perjalanann drive pulang kerumah..keta dipandu dengan perlahan,maksudnya xlaju..hanya 120km sahaja..


minyak ditekan..brek pun kadang kadang ditekan juga,nak nak bila ada keta yang baru dapat lesen P agaknya,melintas tanpa bagi signal,pa lisa kadang kadang marah juga,tapi cover cover cool,ala ala cool blog...


dalam duk sibuk sibuk drive nie,kawan aku mula buka mulut,lalu bertutur lah kata katanya,ayat yang masih cool ala ala cool blog kat telinga aku nie bila dia gtaw.."pa,try tengok betul betul budak budak yang kapel ni,aku tengok,kawennya tidok,try mu tengok y xkapel kawen awal,xlama lagi msti mu.."


setelah ayat habis diluahkan dia tersenyum senyum dengan senyuman tak manis langsung aku tengok,berpura pura ayu didepan aku letteewww..mungkin dia berniat ingin menjadi semanis pa lisa agaknya..KBAI


#kawen..? insyaAllah kalau ada yang berani maka datang lah..abah saya bukanya lion..abah saya adalah seorang wali,jangan takut ^^

Monday 18 June 2012

demam exam last paper

assalamualaikum 


esok lasst paaaperrr lasstt paperrr.doakan untuk pa lisa..agak tersentap mendengar kisah dari seorang rakan..kisahnya bagi aku sebuah dugaaan dari Allah yang dilemparkan buat nya..
siapa tahu esok mungkin kita


kadag kadang mata kita "terbuka" luas melihat dia..kita suka dia..kita puji dia..dengan sifat tawadu..dulu aku kenal dia seorang yang tegas..wara' dan aku dulu seorang yang sah sah salah seorang samseng yang selalu ponteng sekolah.


try tanya ustazah siapa yang jarang p sekolah..maka jawapannya sah sah aku..kedatangan aku ke sekolah jarang full..aku seorang y suka study kat rumah..betullah kata orang rumahku syurga ku..


sambung balik kisah seorang  kawan,bila dia melangkah ke alam U  dia mula berubah..dari dulu seorang yang wara' sekarang sudah kenal erti kapel mapel...it's normal kerana remaja=kapel nak ke alam remaja kena kapel erk? kena cari kekasih erk? kah kah kah hidup pun mak ayah tanggung,ptptn tanggung ada hati lalallalala


dari dulu time kat zaman sekolah,semua ustazh ustazah syang dia,biaselah orangnya baik,pandai malah wara' aku pun suka tengok dia..dan pernah niat nak ikut jejak dia...bila dia melangkah ke alam U,mybe culture shock mungkin (minta dijauhkan) dia mula keluar dengan lelaki..berdua duaan..start berbohong..


tiada sakit dikatanya sakit..nak sangat ke cik kak ooii? hidup dia berubah 345% dari yang dulu berubah menjadi sebaliknya..Allah! aku yang mendengar terduduk.terdiam..kerana aku pun ingin berubah..tetap aku ingin berubah menjadi orang yang lebih baik.


biarlah aku begini..dikata jahat..takpe Allah maana.Allah tahu aku bagaimana.dikatakan aku ni sombong,garang,anti lelaki.wahai lelaki! guna otak,guna akal kenapa aku berkelakuan sebegitu.demi kebaikan kau jugak.use ur mind! 

SATU NASIHAT
  • ingat kita ni wanita jangan terlalu mudah bagi hati tu pada LELAKI yang haram.kalau laki tu betul betul suka,dia xkan berani SENTUH HATI MU tanpa ikatan yang halal ingat tu! kalau dia suka ko,dia akan cepat cepat jadikan hubungan itu halal
  • semua akan diuji Allah,samada kita sedar ke tak kita sedang diuji sebenarnya..Allah kurniakan akal gunakan lah jangan di simpan!
  • jadilah diri sendiri,jangan mudah judge orang lain,bila tengok dia wat salah,dia dedahkan aurat..tegurlah..TAK berani doakanlah,JANGANLAH TAMAK SANGAT,nak masuk syurga sorang sorang..mybe dia tak tahu apa yang dia sedang wat.
  • last dari aku..kalau aku tegur tu maknanya aku sayang mu,kalau aku marah mu..tu tanda aku kasih ko mu..kalau aku kasar dengan mu tandanya aku mahu masuk syurga denganmu..aku tak mahu runtuhkan iman mu.
KBAI

Monday 4 June 2012

kisah cerita time muda muda kat sekolah

assalamualaikum


wooohaaaaaa,dulu dulu taim kat sekolah maahad aka(mmp) bila dah P refer tu perempuan sah sah lah kan pelajarnya pun gegirl jer,boboy lak mestilah kat (mml) wooha satu gandingan yang hebat keh keh keh


dulu dulu kat sekolah memang aku ni macam jadi rebutan lah jugak kan,al maklumlah orangnya cantik bak siti nurhalija (time tu lisa surihani masih tidak diketahui dimana),semua ustazah,dhobitoh(pengawas),ustazah,ustazah dan ustazah eh kenal lah ngan aku ni,nak dikatankan pemes,xler pemes..tapi eh memang pemes lah jugak..kah kah kahtanggal pada hari guru,aku aku telah membuat satu panggilan yang guna khidmatan dari CELCOM,yang ingin ku kol ke no maxis,xbanyak juga si celcom caj,baik jugak lah si celcom ni..aku kol seorang ustazah yang sentiasa menasihati aku suatu ketika dahulu almaklumlah aku ni nakal orangnya


cakap jer apa yang xpenah aku buat kat sekolah dulu,mamah rumpuut? bakar pagar? pecahkan pasu bunga? pecahkan pintu kelas? mamah whitebox? cuci tandas? sapu sampah,kutip sampah,banyak dah jenis sampah yang aku kenal sepanjang kerja peNYampahan ni aku buat keh keh keh...semua aku dah buat semuaaaaaa memang betullah orang cakap kan..ustazah ni tetap selamannya..budi guru ni xkan hilang dek kabus..doa dia,sentiasa mengiringi anak muridnya..aku y dah lama jugaklah xkol dia..bila dia pick up phone...kedengaran gelak ketawa..dan jawapan dia yang masih aku ingat sampai sekarang,ya sekarang iaitu pada pukul 11.09 minit,pada 4/6 "kenapa ustazah xingat..mesti ingat farah.."


dua jenis golongan yang guru ingat kuat sikit okeyy kuat bannyak laaa kan
 1.jenis yang nakal
 2.jenis yang pandai


dan aku alhamdulillah memiliki kedua duanya keh keh keh keh oooo xsetuju..? xsetuju petandanya jeless leeteewwww.kBAI 

Friday 1 June 2012

woohaaaa balik kampung!

Assalamualaikum


jarang bebenor nak update belog,sebab terlalu bz melayan peminat pa lisa kat twitter (bajet followr ramai giler) kah kah kah padahal follower aku xsampai 50 pun,alah yang 50 boleh bertukar 500 apaaa? yang peting apa yang nak di postkan tu.malas nak taip panjang panjang nt ada yang termuntah baca banyak banyak kan..malas in other word lazy!


kisah mereka yang mempunyai ilmu

babak satu (ala ala drama kat tb 3 la pulak)
nape nak kedekut sangat? terasa bangga denagn ilmu yang ada? apa punya sengal la ang ni,hish kan kata xpandai,marah,tapi itu lah fakta,ko ingt bila share ilmu tu ilmu ko akan berkurangan..sempit bebenor pemikaran ko nie kan..okey pasal kes ko ni simple jer,


babak (dua)
nie pasal satu lagi kisah,ilmu bertimbun,tapi x diamalkan..kerja nak siap,tapi xnak buat..pastu pandai marah marah pula,kalau ko ada depan mata aku,ada juga yang ''mendapat'' ni..ko xpandai buat ker ape,tu no 2 lah sayang,belakang punya cerita..


tapi yang nak diceritakan sekrang ni,at least bila keja group,TANYA lah ''okey my sweet BFF what should i do? tengok,tolong..?'' haaaa tanya,at least xpandai wat apa apa TANYA! bukan nya nk suh ko pi daki gunung,cari harta karun bagai,tu kes buli bin dera dah tu.
nie ko hanya pandai buat hal ko,bila orang suh wat apa apa ko,berdaleh bagai,ilmu ko ada..tapi ko xgunakan ilmu ko,hablu minaAllah ko dah ada,tapi habluminnas ko FAILED!


babak (tiga)
yang bab last nie,rasanya ada jugak yang tersentap jap ag nie,tapi apa yang aku nak gtaw nie adalah reality,terjadi kat real world,terjadi kat zaman sekarang yer tuan,puan sekalian,ko cakap pong pang pong pang pasal agama,itu xleh ini xleh,ini jangan..ehhh ini pun jangan..


tapi last last ko kapel,memang respect aku terus down kat ko,bercinta boleh tapi kapel itu bukan bercinta,cakap kat si boypren ko tu,nak ko boleh,tapi minta dia halalkan dulu,nie ko kuar ngan dia,p sana p sinun..alahaiii,sayang p terbang kemana ilmu mu..?kalau mak ayah taw..tak sedih? kbai!


*ingat HAWA jadilah orang yang paling KAYA,bukan kaya dari segi harta,tapi kaya dalam memiliki sebuah hati,JUAL MAHAL lah,walau diketuk beribu ribu lelaki,selagi dia gagal untuk jadikan mu halal,maka dia TIDAK layak*

Thursday 17 May 2012

cerita CINTA tanpa tajuk (episod last)

episod SATU 

episod DUA 

episod TIGA 

episod EMPAT 

sudah 2 hari lisa tak sedarkan diri..si Adam tak henti henti dari terus berdoa dan terus berdoa..hari seterusnya lisa slow slow bukak mata,dilihat sekelilingnya..sungguh ceria..dengan ada ballon..di dinding dipenuhi dengan sticky note..,terdapat patah patah perkataan yang membuatkan lisa tersenyum melihatnya.


"lisa kau orangnya tabah,cepat sembuh"
"lisa..cepat sembuh..aku nak tengok senyuman ko" 
"nanti bila ko dah sembuh,aku janji xkan sakitkan hati ko lagi,cepat lah sembuh.."
"lisa...jom kawen"dibawah disertakan tarikh dan masa.
diaatas meja sebelah katil lisa,kelihatan al quran
bagai nak tercabut jantung dan limpa si lisa..bila terbaca ayat last sticky note itu..siapakan yang buat semua ni.. lisa kedengaran suara sayu sayu dari bilik..suara yang dia pernah dengar sebelum ni..seakan akan suara itu semakin hampir..pintu dibukak,lisa cepat cepat berpura pura tidur..


"assalamualaikum lisa,apa khabar? cepat sembuh ya lisa,ko kuat lisa..ko tabah! cepat sembuh ya.." Adam bersuara..sayu suaranya..lalu al quran di gapai,dan dibuka..
belum sempat Adam membaca al quran..tiba tiba dia terdengar satu suara..suara yang sudah lama dia ingin dengar..
"waalaikummussalam.."jawab si lisa dengan nada yang lemah
Adam terkejut..dia kelu..dia menjadi bisu tanpa boleh berkata apa apa lagi dia,bersyukurnya dia bila mendengar suara Lisa,tak dapat dibayangkan lagi..dia  berlari mendapatkan dr Yusoff,untuk mengkabarkan berita gembira.

"Adam? takkan adam yang selama  ni jaga aku..? maknanya dia sudah tahu akan keadaan aku yang sebenarnya.."lisa bermonolog sendirian 
sebelah petang..lisa mula bersuara..dia ingin mencari jawapan bagi soalan yang bertubi tubi dalam otak fikiran dia..


"adam..ko ke yang jaga aku selama ni..?" ko ke yang bagi sticky note kat aku selama ni..? adam...ko dah tahu ke hal sebenarnya pasal aku.?adam diam..tertunduk memandang bumi...lalu dia bersuara
"ya..aku yang bagi sticky note itu..."dia terdiam..lalu bersuara kembali "lisa..sudikah  andai ku jadikan kau halal bagi ku?lisa sudikan kau,melengkapkan kehidupan ku? sudikan kau jadikan aku sebagai suami mu..?" lisa terdiam.."kenapa aku..? sedangkan ko begitu membenci aku..ko pernah cakap yang aku orang last yang akan ko pilih...kenapa aku..?

Adam tersenyum.."aku tak pernah membenci ko lisa..tapi aku takut...takut ko takkan sayang aku,jadi aku pilih untuk menjadi orang yang ko benci..sekurangnya aku masih ko ingat..walau ingat sebagai orang yang ko benci..dan lisa..ko sentiasa menjadi orang yang last aku pilih..kerana aku tiada yang pertama..dan ko lah yang last dan yang pertama.....takpe lah lisa..aku balik dulu...semoga cepat sembuh..assalamualaikum "
adam berlalu dengan wajah yang sayu..tetiba henponnya berbunyi..petanda msg baru telah masuk ke inbox nya..dibuka lalu dibaca perlahan lahan..

"aku setuju jadi isteri ko..aku setuju jadi yang halal buatmu.. :)"msg dari lisa yang cantik.
adam tersenyum senyum dengan begitu hemsemnya..bersyukur dia kerana dia akhirnya boleh jadikan lisa,insan yang sudah lama dia mendokan agar dijodohkan dalam solatnya..akhirnya..sah jadi isterinya..si lisa telah membrikan satu surat pada Adam..

"assalamualaikum buat suami yang baru ku miliki..terima kasih kerana kau memilihku untuk menjadi isterimu..untuk dibimbing ke jannah..aku bersyukur kerana aku dipilih oleh kamu..suami ku..kamu pernah bertanya..kenapa aku selalu kasar,kenpa aku asyik marah marah bila dengan kamu,mahupun dengan lelaki lain..jawapannya..kerana aku wanita..aku tak mahu aku melembutkan jiwa dan meruntuhkan iman mana mana lelaki dengan lemahnya tutur bahasaku..dengan lemah gemalainya aku berjalan....kamu bertanya lagi..kenapa aku begitu "sombong" jawabku,,aku sombong kerana aku sedang menjaga hatiku...sekian dari isteri yang baru kau miliki..." 
si adam tersenyum.."terima kasih kerana memberikan hatimu,dan menjaga hatimu hanya untuk diberikan padaku ..aku yang halal buatmu..Alhamdulillah :)

TAMAT 

Sunday 13 May 2012

cerita CINTA tanpa tajuk ||||





setelah difikir berkali kali maka Adam menghantar satu SMS ke lisa..

"asmlkm,lisa kenapa tak datang kelas...?" 
selang beberapa minit..adam bersuara.."AH! nt si kangkung tu fikir aku apa pula nt! hish.. tak pe aku hantar msg lagi lah"
"erkk..aku msg tanya ko ni,sebab aku nk remind kan ko pasal esaimen law tu.."
msg yang dikirimkan oleh si Adam..hanya dibalas "okey" oleh si lisa...lisa,seorang yang tak suka menangguhkan kerja yang berkaitan dengannya...penat,letih bagai KLCC menghempuk badan,dia tetap akan setlekan  kerja dia terlebih dahulu.

disebabkan terlalu bz dengan esaimen yang melambung tinggi macam gunung tu..ada hati nk lawan tinggi gunung everest leteeww..membuatkan lisa semakin BZ..xsempat,tidur xcukup malah makan  pun tak teratur... si Adam seakan akan kehilangan punca hidup andai sehari tak bergaduh dengan lisa..pada mata dia..bergaduh dengan lisa merupakan satu kepastian..malah mungkin kadang kadang satu hobi baginya.

suatu hari yang redup..langit biru biru gituu cantik..si lisa berjalan kaki sambil,ditangannya memgang buku..rajin sungguh si lisa ni belajar..panas panas pun tetap ke kelas.. ..dari jauh Adam sudah nampak kelibat si Lisa.."seryes aku rindu nak gaduh ngan minah lisa ni..dia pun aku sakitkan hati dia,dia xpandai pandai pulak nak balas hish" berkata kata pula Adam dalam hatinya.

setapak, dua tapak,3 tapak kaki si Adam mendekati si lisa.."oipppp lisa kangkung! kenapa kau...." belum lagi ayat si Adam dihabiskan tetiba paaaap! lisa jatuh..Adam menyambut si lisa..mata bertentangan mata..lisa memandang si Adam sayu...perlahan perlahan mata si lisa tertutup..

"LISA LISA! bangun jangan wat aku camni..nape boleh jadi  camni..LISAAA! bangun,nati aku xde sape sape nak gaduh dengan aku,sabar lisa..bertahan,aku akan bawa kau ke hospital.."tanpa diduga air mata si Adam menitis lalu jatuh ke pipi si Lisa..muka si Adam basah..basah dihujani air mata..

"sorry MR,may i know who you are?? tanya seoranng lelaki yang berbaju serba putih itu
"er er i am her classmate..." didalam fikiran Adam,tercari cari siapakah gerangan lelaki ini..suatu ketika dahulu dia pernah melihat lelaki ini berborak dengan lisa di cafe.
"i'm yusoff lisa cousin,at the same time,saya juga doctor peribadi dia..ermmm actually..berat saya ingin katakan..tetapi..disebabkan awak yang hantar dia kesini..saya harap awak akan rahsiakan apa yang bakal saya katakan"

si Adam mengangguk angguk seakan budak darjah satu,petanda setuju.."sebenarnya lisa telah lama menghadapi penyakit jantung...tiada seorang pun yang mengetahui tentang masalah kesihatan dia..hanya saya sahaja..malah kedua ibu bapa nya juga tidak mengetahuinya..ini permintaan lisa..dia tak mahu sesiapa tahu..kerana,dia tak mahu buat orang lain sedih.." yusoff terdiam seketika.."sekarang tahap kesihatan dia di tahap kritikal..dan sekarang dia masih belum sedarkan diri.." 

Adam hanya mampu terpaku..dia bisu..menjadi bisu seribu bahasa..Lisa,seorang gadis yang agak periang..orangnya sentiasa ceria..tidak pernah menunjukkan yang dia mempunyai masalah..orangya sungguh tabah..memikul semua cacian dari si Adam..di waktu yang sama memikul dugaan..dia sakit..tetapi tiada seorang pun yang menyedarinya..

"lisa..betapa tabahnya dirimu..dirimu hanya pandai membuat orang lain ketawa..orang lain tersenyum keranamu..ya Allah lisaaa! " sekali lagi..air mata Adam jatuh membasuhi pipi..semakin kuat,malah semakin laju..Adam masuk ke bilik di mana lisa ditempatkan..melihat sekujur badan kaku yang terbaring kaki di katil..mukanya pucat..banyak mesin..Adam menarik kerusi,melihat wajah lisa membuat dia sayu..al quran dibuka,lalu dibacanya..sambil air mata tidak berhenti menitis..

"lisa gemuk! asyik makan,nant makin gemuk laa weh.."
 "malangnya laki tu TERsuka kat ko lisa HAHAHAHA " 
Adam,mengingati kembali segala cemuhannya untuk lisa.."ya Allah,ENGKAU sembuhkan lisa ya Alllah..ya Allah aku merayu padaMU ya Allah..aku belum bersedia kehilangannya..."


B E R S A M B U N G...

Saturday 12 May 2012

cerita CINTA tanpa tajuk |||


EPISOD SATU

EPISOD DUA


sticky note itu  sekali lagi dibiarkan tertampal..bukan sombong,bukan berlagak ke apa..lisa seorang yang tegas..tegas dengan pendirian..focus dia ke UNI hendak belajar..belajar sehingga berjaya menggapai bintang yang nun tinggi di langit..dia tidak suka akan perkara yang melibatkan hati..kerana baginya benda sebegitu akan muncul jua..tak perlu dicari..


keesokan dan seterusnya dia masih menerima sticky note..seperti biasa sticky note tu ala bunga bunga seperti kebun mak jemah..lisa semakin hari semakin pelik..kenapa dan kenapa dan kenapa lagi dia yang terpilih "aku rasa orang yang beri aku sticky note ni,niat dia nak jadi kauseling terhebat agaknya..dan aku dijadikan bahan ujikaji dia hermmm" bagus betul si lisa ni berfikiran positif sentiasa..


dulu..dia pernah terSUKA pada seseorang..bukan rupa yang jadi taruhan..malah tidak juga harta yang dimiliki olehnya..satu saje peribadi yang ada padanya yang membuat lisa terSUKA..tetapi lelaki yang lisa suka,telah mempunyai makwe..bagi lisa,LELAKI yang memberi hatinya untuk wanita yang haram,buatnya..maka apa lagi yang tinggal untuk diberikan untuk sang isteri..bagi lisa manusia yang meninggalkan Allah..tidak mustahil dia juga akan ditinggalkan suatu hari nanti..hati lisa kerap kali terganggu..asyik teringat.. sering kali teringat kerap kali  begitu HEBAT si syaitan!


maka solat istikhoroh di dirikan..dan dari hari ke hari dia semakin jauh dari lisa..perasaan yang pernah tumbuh untuk si dia,terus lenyap..Allah maha mengetahui..lisa belum layak untuk jatuh cinta...itu bukanlah cinta,andai didahului tanpa hubungan yang halal..


*************

kelas tetap bising seperti biasa..nak nak dengan adanya dua makhluk tuhan yang sorangnya baik dan cun,dan sorang lagi berlagak hemsem..mulut diorang  berdua memang tak pandai nk senyap...suatu hari yang mendung..buruung merpati terbang kesana kesini dengan bebasnya....


si Adam telah membuat satu plan untuk menyakiti hati si lisa..memang sah sah si adam niatnya sentiasa jahat..mungkin menyakiti hati si lisa suatu kerja yang begitu bermanfaat agaknya bagi dia..dia telah meletakkan gam cap binatang yang comel tu..cap gajah..dia telah letak gam tu ngam ngam dekat tempat duduk si lisa.


lisa gadis yang kadang kadang agak gelojoh orangnya..tanpa tengok apa yang ada di kerusi..dia terus duduk..dan akhirnya tanpa dipinta sah sah jubah yang dia pakai ala ala melekat gituu dikerusi,lisa tanpa segan dan silu,memanggil nama si Adam,marahnya pada makhluk tuhan itu tak terkata lagi si adam berpura pura tidak tahu..tapi akhir sekali dia bergelak ketawa dengan nada yang agak keterlaluan itu,memang sah kena sawan ketawa...lisa muka kemerah merahan "kalau kau tu perempuan lama dah agaknya aku bagi penumbuk cap 5 jari " marah lisa yang cantik itu.


keesokan harinya lisa tidak pula ke kelas..malah hari seterusnya juga begitu..Adam tertanya tanya kenapa lisa tidak ke kelas "takkan si kangkung begitu marah sehingga 2 hari tak ke kelas.." tertanya tanya si adam..malah ditanya pula pada kawan baik si lisa.."ahh ko nape tanya pasal lisa,rindu dia erk? tu lah time ada depan mata,sakitkan hati dia..bila dah tiada,rindu rindu manja gituuuuu HAHAHAHA" balas teman lisa 


"aku rindu? kat lisa? jangan nak suruh aku kekah meja dan kerusi la weyh! ko layak masuk raja lawak tahu tak,banyak bakat terpendam ko!..aku just nak cakap kelas kita tetiba aman,damai,malah sejahtera jer..baru aku taw sebab si kangkung takde,cakap kat lisa,lama sikit bercuti tu aku nk cari kedamaian sikit untuk kelas kita kah kah kah dan kah kah lagi " berlagak betul si adam ni bila berkata kata.


"tapi nape dia tak datang kelas..? nak msg ke tak...? hmmmm... " adam bermonolog dalam hati.


B E R S A M B U N G....

Thursday 10 May 2012

cerita CINTA tanpa tajuk ||

EPISOD SATU


Adam tertanya tanya kenapa dia harus marah sedangkan lisa bukannya makwe malah jauh sekali isteri dia..kelakar laa dia rasa andai minah tu orang yang bakal jadi wife dia..."owhhh agak keterlaluan rasanya untuk fikir yang dia tu BAKAL wife aku...aku takkan suka lah si kangkung tu " si adam berlagak macho dan berlagak digilai ramai  bermonolong dalam hati sebegitu rupa sekali..

dia mendekati si lisa "oooipp lisaaa kangkung kemain lagi mak jah sorang ni duk dating ! malangnya laki tu TERsuka kat ko lisa HAHAHAHA !" suka nya ber KAH KAH itu tak dapat dibendung lagi..kena sawan ketawa agaknya...lisa hanya memandang si Adam tanpa membalasnya..lalu dia ditinggalkan..buat pertama kalinya si lisa tidak membalas balik kata kata si Adam.

sejak hari itu lisa jarang ke kelas..banyak kelasnya yang telah di skipkan..dia hanya datang pada hari dia presentation....ramai yang tertanya tanya kenapa lisa sekarang makannya bertambah tambah..malah ketawa nya juga semakin hari semakin "hebat" ramai yang menganggapnya dia sedang "berbunga"

mulut si Adam memang tak pandai nak tutup,bila je di bukak mesti ada patah patah perkataan yang akan menyakiti hati si lisa "lisa gemuk! asyik makan,nant makin gemuk laa weh.." "gemuk aku bukan susahkan hidup ko pun,takde aku pinjam duit ko pun nak beli makanan ni.malah dengan adanya orang macam aku..cafe ni cepat maju..aku boleh tolong diorang HAHAHA" balas lisa

"nape ko semenjak dua menjak ni macam happy semacam jer aku tengok" penuh sopan santun soalan si adam pada si lisa yang cun.."selagi umur masih ada,selagi masih boleh buat orang lain tersenyum..senyum je lah..selagi boleh buat orang lain ketawa..ketawa jelah..masa terlalu singkat" kata kata lisa membuat si Adam terdiam..tertanya tanya..kenapa itu yang dijawab oleh si lisa...

semenjak dua menjak ni lisa agak pelik..dia asyik menerima sticky note dari seseorang..andai esok dia ada exam..maka sampai lah satu sticky note yang tertulis "gud lux budak comel ikhlas dari budak comel jugak" bila ada jer presentation..maka sampai lah lagi sticky note "selawat banyak banyak insyaAllah kamu boleh ihklas s.y.g "

dia agak kepelikan siapalah yang TERSAYANG kat dia ni..ditanya kawan kawan nya tiada siapa pun yang mengaku..nak dikata ada secret admire..agak pelikk..malah lisa pernah berkata "sape yang suka aku tu buta agaknya..nak kata aku cantikk..tak lah cantik.." begitu merendah diri nampaknya si Lisa ni.


tanpa dipinta hp lisa kerap kali di serang dengan msg yang no nya ntah datang dari mana ntah..tapi lisa orangnya sedikt "sombong" setakat msg hai,duk wat ape kalau no yang tidak dikenali dia tidak akan balas..satu pembaziran yang agak besar baginya..


keesokan dia terima satu lagi sticky note yang tertulis "saya harap awak kekalkan senyuman awak itu..sebab awak kelihatan bercahaya dengan senyuman yang mampu membuat orang lain turut tersenyum melihatnya..terima kasih kerana senyum lalu membuat saya pun turut tersenyum.."


kelas kau maria..ayat berbunga bunga tapi lisa tidak begitu..orangnya tidak mudah cair..sticky note tu ditampalkan di meja yang sekali gus bercantum dengan kerusi tu..lalu di biarkan ia tertampal disitu...ikutkan hati hendak saja sticky note tu dibuang....


keesokan harinya..sticky note yang dibiarkan oleh lisa masih tertampal,tapi yang lainnya..di sticky note..tertulis "even awak wat donno..saya tak kesah..sebab   doa saya untuk awak sentiasa mengiringi :) " lisa memandang sticky note dengan tergagam..ala ala terkejut kucing..kenapa kucing? kerana kucing kelihatan cantik berbanding binatang lain hurm hurm...



 B E R S A M B U N G ....

Wednesday 9 May 2012

cerita CINTA tanpa tajuk

"aku tak suka kau lah weh! dan mustahil kau dengan aku! aaaaaaa tiap kali tengok kau mesti ada jer benda wat aku sakit hati "! "kau ingat aku suka kau? aku pun sama laaa xsuka kau! kalau diberi pilihan kau orang last aku pilih..dengar tak?? orang last aku pilih?? kata si adam.


"ahHH kalau aku bukan setakat kau orang last yang aku pilihh! aku xkan pilih kau lansung! TAKKAN LANSUNG!!!" balas si lisa yang cun itu.walau hidup dalam satu kelas keaadan mereka diibaratkan tinggal dalam guni kecik,tak boleh bekerjasama lansung asyik bertekak jer..itulah mereka berdua.


masa berlalu dengan cepat..semua makin besau..makin matang tapi tidak pada mereka berdua..tidak boleh dan tak mahu cuba cuba untuk berdamai..bagi mereka banyak lagi benda yang nk dilakukan dari berdamai..sikap macam samseng kampung mak jemah jer...sorang berlagak bodoh,malah sorang lagi berlagak sombong maka jadilah bodoh sombong.


lisa merupakan seorang gadis yang ganas,malah rock jugak..walau dia ganas dan rock..dia tetap nampak cun dan lemah lembut dalam diam..dia sebenarnya berjiwa halus lah juga..cuma yang jiwa halus tu tak ramai yang nampak..sebab semua yang memandang hanya pandai menggunakan mata..bukan HATI.


kawan kawan kata dengan adanya si lisa kelas sentiasa bisinng..lisa orangnya sentiasa bising..sentiasa tersenyum..baginya hidup ini terlalu singkat hanya untuk merasa sedih..bila dia sedih..dia hnya pandai senyumm..sehingga semua yang berada disisinya hanya pandai tersenyum...lupa bagaimana nak sedih.


berbeza dengan si adam..orangnya nampak lemah lemah lemah lembut teramat sangat di bahagian luar..tapi dalaman nya teramatlah keras..mengalahkan batu besar dalam bahasa mat salehnya ROCK namanya.


mereka berdua memang pantang berjumpa nak di kelas mahupun diluar kelas.mesti masing masing berusaha untuk menyakiti satu sama lain..si Adam mulut macam mak jemah bila jumpa mesti mengutuk si lisa "weyh kangkung! asal xdatang kelas tadi? malas lahh tu!" berkata kata si Adam,"aku datang ke tak bukan masalh kau lah buaya" "tak laa kelas td tetiba aman dan tenang jer tanpa kau weyh HAHAHAAHAHA" balas si Adam 


"baik kau tutup je lah mulut kau yang iras iras bau longkang tu weyh menyampah aku cakap dengan kau,cakap dengan kerusi dan meja lagi cun..biar orang kata aku gila..dari cakap dengan orang yang ala ala gila macam kau " balas lisa


si Adam sekali lagi kalah.sama macam hari hari sebelum ni.


petang tu Adam ternampak si Lisa duk borak borak dengan sorang lelaki dekat cafe."siapa laki tu? " nampak macam mesra..menyampah aku tengok.." lelaki tersebut menyerahkan satu sampul surat.lisa tertunduk diam..


Adam terus tertanya tanya siapa lelaki tu.."nampak macam mesra..takkan pakwe dia..setahu aku dia bukan layan lelaki..lelaki yang dia layan semua layan dengan kasar.. nak nak pula aku! tapi yang ni.... HUH!"


B E R S A M B U N G.. 

Saturday 5 May 2012

surat buat pemilik tulang rusukku

Assalamualaikum




kehadapan pemilik tulang rusukku yang belum ku tahu siapa mu,ku harap kau baik baik saja,aku disini setia menanti dan sentiasa membalut hatiku.


maaf aku ucapkan kerana kadang kadang aku lemah...pernah jua TERsuka tapi jangan kau bimbang wahai pemilik tulang rusukku hati ku masih belum ku serah.


aku jaga hatiku hanya untukmu,khas untukmu hanya kamu yang layak untuk memiliki hati ini...sekali lagi aku minta maaf kerana aku pernah TERrindu orang lain  selain kamu..


tapi jangan kau bimbang,rindu ku hanya sekelip mata..kerana aku simpan rindu ku ini untukmu..khas untukmu.


aku disini sentiasa membalut hati dan jiwa...insyaAllah tidak ku serahkan kepada sesiapa..ia hanya untukmu..aku juga berharap kamu juga sama...


hatimu juga dibaluti hanya untukku..tingkatkan imanmu wahai kamu pemilik tulang rusukku..aku yakin suatu hari kamu akan tiba.


tiba menjemputku,lalu membimbingku..perkemaskan dulu agama mu,solehkan dulu dirimu..begitu jua aku.


insyaAllah kita akan bersua jua suatu hari nanti,jaga HATI mu wahai pemilik tulang rusukku,kerana aku disini akan memberi padamu HATI ku yang setelah sekian lama ku jaga untukmu.KBAI