Tuesday, 24 July 2012

sekali lagi,mungkin rindu agaknya

assalamualaikum


salam ramadhan,ari ni ramadhan yang ke empat,teraweh yang kelima,jatuh pada hari selasa,selepas isnin,dan sebelumnya ahad dan mulanya puasa pada hari sabtu..bijak pada yang cepat tangkap,tadi,ya cerita yang bakal aku taip sekarang nie kisah baru jer berlaku,hot hot,dalam bahasa melayu panas maknanya.


setelah beberapa rakaat teraweh aku lakukan,alhamdulillah,mata aku teralih ke seorang makcik,orangnya tua..badan pun sudah agak sedikit bongkak,ketika berhenti kejap,dia meluruskan kakinya..serupa,cara duduknya pun sama,cara dia urutkan kakinya jua sama..sama dengan arwah..aku terdiam..


nenek,setiap insan akan memilikinya..aku pun sama,aku ada 3 nenek,2 sebelah ma,dan 1 untuk sebelah abah..dan ke tiga tiga telah kembali kepada pencipta KITA,dan nenek yang aku rapat adalah nenek sebelah abah,aku panggilnya "mok" orangnya comel,secomel dan se cun aku keh keh keh,dulu,ya ini kisah dulu..bila ma aku selalu usik,katanya ma aku "farah,gemuk semakin besar.." namun katanya mok aku.."tidak farah,dah cukup slim,kurus sangat tak cantik..sambil dia senyum.." kalau dulu..bila aku masak,dia akan cakap "farah pandai masak,sedap.."


dan masih cerita dulu,kalau dia tidur,aku akan tidur dengannya..bila dia batuk,aku akan tersedar..kesian,kerana terlebih makan benda yang berminyak,mok seorang y penyanyg,aku di berinya tidur diaats katil,sedangkan dia dibawah..katanya xlarat penat..dia pernah berkata dia xmahu menyusahkan aku,teman dia tidur.."jawabku,aku suka" sebab aku tiada kawan dirumah..aku anak bongsu,iaitu anak last dalm famili..


dalam rumah cuma ada ma,abah dan aku yang masih belajar..bila mok datang rumah semakin ceria,kalau dulu makannya menggunakan 3 pinggan,sekarang 4 pinggan..sungguh bahagia dengan kedatangan mok..dan aku pun ada kawan..setiap petang aku akan masak,dan aku pernah masak makaroni bakar,dan pada masa tu mok suka sangat makan,sampai bertambah tambah,aku dalam hati suka tengok mok yang semakin berselera.


tika mok semakin kurang sihat,mok dimasukkan wad..time aku tengah trial spm,hanya boleh jaga mok kejap kejap jer..aku tidur berbantalkan kerusi,berkatilkan jua kerusi,time mok xleh tidur dengan nyenyak,kesian tengok mok..kejap kejap sedar,aku hanya mampu memberi+menjawab apa yang mok tanya,sebelah paginya,badan mok aku basahkan,aku lapkan..dan aku bedakkan..


mak aku bedakkan,biar wangi,kataku "mok,kalau nak kuar spital,kena makan nasi.." dia makan nasi,malah bertambah tambah,aku sungguh terharu,tiada bicara,tiada kata mampu aku describe kan..mok semakin sakit,DR bagi suntikkan,mok menahan kesakitan..aku ingin tadah tangan aku nak cakap "dr,guna lah tangan saya.." melihat orang y kita kasih sedang kesakitan,ya ia sungguh sakit,sakit sangat,aku tahan air mata,kalau aku menangis,bagaimana aku nak buat mok ketawa..? aku harus ketawa,baru mok akan cepat sihat..


setiap apa yang Allah bagi kat kita semua ni hanya lah pinjaman semata mata,DIA pencipta kita,dan suatu hari nanti DIA akan ambil balik,apa y DIA bagi kat kita,dan arwah mok telah kembali padaNYA,nak aku berjaya tunaikan hasratnya,aku memegangnya,aku memandikannya.ALFATIHAH.


aku terlalu rindu kat arwah,kain telekung arwah aku sarungkan,dan melihat makcik tadi betul betul membuat aku semakin rindu.

8 comments:

  1. kalau rindu sedekah Al Fatihah...

    ReplyDelete
  2. bertuahlah merasa jumpa dan menumpang kasih sayang dgn nenek. Akak x pernah merasa. Tapi apa pun, setiap yang kita sayang...akan pergi selama-lamanya. Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  3. al fatihah...moga lu capai apa lu hasrat..

    ReplyDelete
  4. hadiahkan doa kita kepadanya sebagai tanda kasih dan syg kita pada arwah. pasti dia gembira disana

    ReplyDelete
  5. rindu juga ngan arwah nenek saya. Al-fatihah

    ReplyDelete
  6. SERIUS..Sedih beb..

    ko memang cucu yang baik.. xsabar nak balik kampung..nak cium mak ngan nenek aku.. T.T

    ReplyDelete
  7. yang pergi takkan kembali, dan kita yang hidup kena tetap teruskan hidup kan ?

    doakan dia tenang di sana. uhuh. TOUCHED :(

    ReplyDelete