Tuesday 31 May 2011

surat untuk bakal....

assalamualaikum..
ape kabar awk arini? sudah kah awak solat? awak..saya tak suka tau kalu awak melengah2kan solat..apatah lagi kalu awak tak buat langsung..awak selalu kata..awak tak suka perempuan y pakai seksi2,perempuan dedah sana,dedah sini..awak kata lagi awak tak suka perempuan y asyik dok berkepit ngn lelaki laen..takpe saya paham..awak nak y terbaik..saya pun begitu awak..

saya tak mintak lebih..saya nak awak jaga solat awak jer dulu..islam dah kata solat itu tiang agama..kalaulah solat pun awak tak terjaga bagaimana awak nak dirikan masjid? tanpa "tiang"masjid akan runtuh..begitulah juga dengan manusia..tanpa solat manusia akn buat macam2..

Awak, saya tak tahu awak siapa tapi biarlah saya luah dekat sini okay ? Saya tahu awak ada di luar sana. Awak, awak buat apa sekarang ? Jangan lah awak bermesra  sangat dengan perempuan lain pulak. Saya tak marah awak kawan tapi selagi awak tahu jaga batas, itu pon dah cukup. Jangan biar perempuan berharap dengan awak, kelak awak akan sakiti dia. Saya perempuan, saya tahu sakit macam mana berharap dekat someone yang kita cinta tapi tak berbalas

saya simpan hati saya ini,saya jaga hati ini hanya untuk awak seorang saja..saya pun tak tau kenapa tiba2 saya nk cakap pasal nie..saya sedih tau tak awak..sekarang bile saya keluar..saya toleh kanan saya tgok kapel y sedang bergelak ketawa..bile saya toleh kiri,saya tgok si lelaki memeluk si dara,bile saya tgok depan saya tgokk si lelaki memegang erat tangan si dara..

saya sedih awak..saya takut..saya takut..takut itu awak.itu awak..saya tak nak..saya nak awak share kasih sayng y sepatotnya awak bagi kat saya sorang je..saya mungkin tamak?tamakkan saya?

Tidak dapat saya nafikan, sebagai remaja saya memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi.Namun,setiap kali perasaan itu datang,setiap kali itulah saya mengingatkan diri sendiri bahawa saya perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untuk awak... Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suami saya untuk menerima hati dan perasaan saya yang suci...Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain...Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen,bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

ade seseorang dia pernah cakap dia suka saya..awak ke tu? maaf.saya tak boleh terima dia..saya takut tu bukan awak..saya tak bagi kasih,sayang saya pada dia..saya nak bagi kat awak jer..biarlah ape orang nak cakap kat saya,sombong,perasaan cantikk ke ape..takpe awak..saya tabah..saya tetap akan jaga hati nie..

saya tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah saya hanya cantik di mata awak... Apa guna saya menjadi idaman ramai lelaki sedangkan saya hanya boleh menjadi milik awak seorang.saya tak rasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan saya rasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah saya ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.saya juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat saya berikan...

Siapapun awak..di manapun berada...semoga Allah menjaga awak..hingga tiba waktunya perjuangan awak...tak lagi sendiriian..Maka, kukuhkanlah kembali semangatmu. Semoga esok hari,awak tak lagi ragu untuk hadir menjemputku...

yang ikhlas..
bakalmu..


suka?oke like.tak suka? p maen jaoh2.

Monday 30 May 2011

nak bagi aku duitlah konon!

assalamualaikum tadi.tadi.tadi aku dikezutkan dengan panggilan dari WITHHELD nie perbualan bodoh kami:


aku:assalamualaikum.


WH:waalaikumslm..kami dari celcom..sempena ulangtaon celcom kami telah buat cabutan bertuah..tahniah.anda telah berjaya memenangi wang sebanyak RM 5000


aku:ah?betul ke ni?ke tipu?


WH:tak kami tak tipu nie pemberian celcom..anda ada kad ATM tak? coz kami nak transfer wang tu melalui bank


aku:kad?ade..tapi dah lupa no pin..


WH:y mak punya?kawan punya? coz saya nk antar duit tuu kalu boleh ari nie


aku:y mak ade laa..


WH:kad ape?


aku;mybnk n bank islam...


WH:oke nanti pukul berapa anda leh ade kat bank?kami tak nak no pin anda,no akaun ke ape..nt bile anda dah ade kat sane..nt saya kol..dan ajar bagaimana nk membolehkan kami send duit tu..


aku:ermm pukul 5 kot


WH:oke pukuk 5 ye..nt saya kol..pastikan anda dah ade dekat bank ye.oke assmlkm.selamt sejahtera.selamat petang.dan satu malaysia.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
aku blur.aku pun kol abg aku ku ceritain smuanya..tup2 kdt abes!selang 10 minit kemudian..abg aku kol balik..


abang aku berkata:
"mu jange cayo.yo nipu.aku kol celcom sediri sakni,celcom oyak.kami tak pernah pun buat peraduan@cabutan bertuah.ramai doh hok komplain..nt karang bilo yo kol mu,mu oyak..mu kol celcom byk kali tyo..dan celcom oyak y dio penipu,mu jange takut ko yo,buke mu napok pon muko yo" 


kawan aku bom berkata:
"napok sangat pa,yo nipu..tibo2 nak bagi 5000,ooo kalu lah betoi nok bagi.mu hari2 ajok aku tubik,minyak keto penuh sokmolah pahni HAHAHA"


aku berkata:
"pelik sangat tibo2 nok bagi aku 5000,baeknyo.kalu 50,aku leh cayo jugokk..nie 5000..agak laa aku bukan budak tak sekolah.aku sekolah wei.nak nipu pon carilah orang len.."
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
pastu dia kol tadi aku baru jer lepas solat..memang ketagih bebenor ngn wang aku nie tanpa segan silu aku angkat dan memaki hamun 


"saya kol celcom tadi.dan celcom kata awak penipu,camnilah yee..wang 500000,5000,500,50@ 5 posen ker awak derma jelah erk kat orang laen",terus aku press butan merah.kedengaran dia nak mencelah tetapi aku tak bagi ruang.hah.hah.hah.jangan maen2 ngn aku nt tak pasal kene petir.



p/s:jangan mudah terpengaruh.manusia bila cakap nak bagi duit mesti bersinar2 mata tuu..jangan mudah tertipu oke..tanya mereka lebih dewasa..diorang lebih tau..jangan kerana nak mengejar duit y 5000 tu hilang tanah bergadai,hilang rumah berjual..

Oh Hawa tahukan kamu?

Ku ingin sunting dirimu 

Menjadi permaisuri hatiku 

Sebagai isteri yang berbudi 

Kebanggaan para suami 
Wanita hiasan dunia 
Seindah hiasan adalah wanita solehah 
Yang akan membahagiakan 
Syurga dalam rumahtangga 
Hanya itu yang ku inginkan 
wanita merupakan tulang belakang bagi kaum adam..disebalik kejayaan seorang lelaki,dibelakangnya adalh wanita...sehebat mana pun title seorang wanita itu,dato' ke,puan sri ke,tiada bandingannya dengan 3 title ini..mereka merupakn seorang anak..merupakan seorang isteri..merupakan seorang ibu..tahukah kamu hawa? sebelom HAWA berkahwin ibu+bapalah y NO1,tetapi pabila sudah diijabkabul..jangn kamu lupa..tempat no1 itu telah dimiliki oleh SUAMImu.jangan sesekali kau sebarkan aibnya..jangan sesekali kau biarkan dia nampak hina dimta orang laen..bekahwin itu mudah.tetapi bertanggjawab itu y susah..berkahwin itu mudahh tetapi nak jalankan tanggujwab itu y susah..


1.Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., "Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia."

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab, "Bukankah kamu dapat melihatnya."

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.

16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."

17. "Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.


p/s:ingatlah hawa..sedarlah hawa...renungkanlah wahai hawa..jagn kamu menyesal..bila mata tertutup..bila nyawa terpisah dari badan..tiada ape y kamu bisa lakukan lagi hawa.

Sunday 29 May 2011

suka+taksuka

assalamualaikum readers! aini nk cite pasal aku jeee.jelez?taksuka? hasihh jgn begitu dah name pom belog aku kan..xsahlah xde pasal aku..hohoho menyampah ker bila baca entry nie..olololo ape dah termuntah? maaf lah yo..sebab eden edoklah pandai merungkai kata heee.


aku suka

  • aku suka senyum
  • aku suka ketawa
  • aku suka memasak
  • aku suka wat orang gelak kerana aku
  • aku suka ngn HP blckberry
  • aku suka ngn laptop vaio
  • aku suka makan keropok lekor
  • aku suka si AMIR KHAN(suka gila2)
  • sume cite amir khn aku dah tgok dan tak ponah puas
  • aku suka semua kaler
  • aku suka baju kurung+jubah
  • aku suka CELCOM
  • aku suka pada baby
  • aku suka pada makcik y suka berborak ngn aku
  • aku suka dengar kesah kawan2 aku
  • aku suka pabila aku dijadikan tempat untuk meluahkan perasaan
  • aku suka menyimpan gelang
  • aku suka beli kasut
  • aku suka kueh tiew(makann ni y akn aku order bile p kedai)
  • aku suka drive keta
  • aku suka pada lampu ejau
  • aku suka p pasar pagi coz kat situ aku leh tgok pelbagai gelagat manusia
  • aku suka lelaki y berkulit GELAP
  • aku suka melihat muka y jernih2
his real name AMIR HUSSEIN KHAN 


TAK suka
  • tak suka pada PENIPU
  • tak suka pada manusia y takpandai jaga hati orang
  • tak suka akn perbalahan
  • tak suka menunggu
  • tak suka orang tikam belakang
  • tak suka pada manusia y tak pandai membuat keputusan
  • tak suka pada menusia y sukar ditegur
  • tak suka pada kekotoran
  • tak suka pada kemalasan
  • tak suka ngn sifat'berlagak'
  • tak suka dengan rumah y berselerak
  • tak suka pada lelaki y kuat ayat
  • tak suka pada lelaki y tak solat 5 waktu
  • tak suka lelaki y pengotor
  • tak suka dengan sifat sombong
  • tak suka orang y kurang ajar

Kagum.kagum

assalamualaikum..aku terdiam terlalu kagum dengan kuasa Allah..alkesahnya begini..aku y sentiasa  memenuhkan waktu2 y terluangku ini dengan benda y tak berpekdah lasum..semalam disebbkan tenet y terlalu lembab..telah menyebbkan aku melakukan sesuatu y tak berpekdah skali lagi..semalam aku boring taktau nak wat pe..duk maen tekan2 remote control,tekan,tekan,tekan..lalu tertgokklah AF ohohoho.aku bukan layan sangat pom benda alah nie..y membuat aku tertarikk nak tgokk semalam disebbkan seseorang y telah memanah petir hati aku....cara dia bercakap..cara dia berpakaian..aku terdiam..terdiam bukan kerana rupanya..tetapi perubahannya..ya Allah..betullah hidayah itu datangnya dari SI PEMILIK BUMI bukan manusia...manusia boleh berubah..dan kita hnya si watak kecil dimuka bumi tetapi Allah y si PUNYA skrip jalan "cerita" hidup kita..Allah y director,Allah pemilik segalanya..*oke back to the story.. bile sampai turn die y patot komen..dimulai dengan Bismillah..bile palajar perempuan y die kene komen..orangnya tunduk melihat kertas dimeja..bukan kepada sigadis tersebut..Allah..dulu..suatu ketika dahulu.die pernah ku lihat bersubang ditelinga.. cara percakapannya tidak sesopan sekarang..dulu pun sopan..tetapi sekarang jaoooooooooohhhhh lagi kesopanannya.. dulu ayat bro2..taim tu aku dah kurang suka ngn penampilannya..tetapi seperti y ku katakan ..manusia akn berubah..cuma kita tak tau berubah kearah y lebih baik@y lebih jahat? dan sekarang? Alhamdulillah...aku pernah terbaca kat satu belog y cakap dia dah berubah..aku try search pesbuk die(aktif pesbuk kejap) bile aku tgokk sttus dia..(LINK)Allahh kepada kearah y lebih baik..Alhamdulillah..dalam tangan tengah rancak memilih rancangan TB untuk tatapan mata..aku tertekan satu lagi canel..106 astro oasis..taim tu si pelakon ashraff muslim a.k.a ustaz amirul y jadi HOS..aku tergagam..dia pon dah berubah..Allah.
kami.sentiasa support saudara dari belakng sebagai semuslim...

  • link harian metro..Alhamdulillah..Link






Friday 27 May 2011

Manusia Zaman iT lah katakan

Apa nak jadi dengan manusia?

semua benda nak kongsi bersama,

air segelas minum berdua,

nak nampak romantiklah katakan,

konon setia katanya.

Yang lagi dahsyat,

berjalan kemana-mana pun nak berdua,

kesinun dengan si dia,kesanan dengan si dia,

dah macam tak ada orang lain kat dalam ini dunia,

macam belangkas sentiasa berdua.                                   

xboring ke tengok muka y sama?

Inilah bahana orang bercinta,

bercinta tapi tak tau apa itu CINTA.
  
Inilah sekarang punya remaja,

maaf andai terkasar bahasa,

bukan mengutuk bukan mengata,

semuanya realiti benar belaka.

Ada yang kata cinta itu buta...betul ke?

Kalau buta dimana matanya?

Ada yang kata cinta itu gila...

kalu gila mesti ramainya dah jadi korbannya, 

macam-macam pengertian remaja,

pening kepala dibuatnya.

Lagi teruk yang kata cinta itu untuk sementara,

untuk buat suka-suka,

untuk seronok-seronok saja.

Ada yang kata cinta itu,

C  -> cinta

I  -> itu

N -> nikmati

T -> tubuh

A -> anda

tak ke melampau namanya?!

Manusia manusia...

Muda-muda dah gatal nak bercinta,

konon dah cukup remaja,

tapi makan pakai pun mak bapak yang jaga, 

dah tak tau nak cakap apa,

kalau ditegur bukannya nak dengar kata,

bila nasihat ada-ada saja jawapannya..

darah muda... macam tu la gayanya...

Mula-mula kenal sms dan chat saja,

bila dah lama kenal mulalah ajak berjumpa

dari berkawan jadi bercinta.

Bila dah bercinta...

Bila dah bercinta macam2 ragamnya,

sesaat tak berjumpa macam setahun lamanya,

itulah kata-kata manis si dia.

Bila berjumpa nak berdua aja,

konon nak privasi katanya,

dia tak tau ada orang ketiga,

yelah benda tak nampak di mata.

Mula-mula bercinta semua cantik di mata,

yang panas pun sejuk katanya.

yang hitam,putihh katanya.

yang keruh..jernihh katanya..

Manusia manusia...

Inilah permainan dunia...

benar kata orang cinta itu buta,

tapi kalau buta dimana matanya...

Inilah yang buat aku tertanya-tanya.

Cinta tidak akan datang kalau tak dicari,

cinta takkan dapat kalau tak diberi...

Betul ke?

Sukar untuk aku percaya...

Tapi inilah hakikatnya.

Mind is the greatest gift,

gunakan lah sebaiknya.

Cintailah Yang Maha Mencintai...

p/s:dikreditkan kepad pesbuk..sebb aku jumpa kat pesbuk heee

Renungan Tajam

Assalamualaikum readers! aku teringat kembali cerita ustaz y datang kat sekolah aku suatu masa dahulu..ustaz diberi nama ustaz BUDOP kalu sape2 kenal put ur hand up! heee.terdapat 2 orang y dipnggil sebagai ustaz BUDOP,tetapi y bezanya ialah saiz badan..heee dalam banyak2 cite,y ustaz cite..ade 1 kesah nie y membuatkan 2000 lebih plajar maahad ketawa bagai nak rakk.die cite pasal die masa kecik ulu2,taim muda mudi dulu..semua pelajar maahad y memegang buku taim tu letak ketepai..ketawa xlehh tahan! kesahnya berbunyi..."Kisah ini benar-benar terjadi pada ustaz sewaktu  kanak-kanak dahulu.
Ayah ustaz suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika ustaz membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau ustaz mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna ustza disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.


Suatu hari,ustaz mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang
rukuk,ustaz melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.ustaz yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu.Ayah ustaz yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku.ustaz pun faham maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayah ustaz yang bermuka merah padam menahan malu  dan marah mengheret ustaz balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung ustaz dirotannya"lawak tak? aku gelak sampai lupa kawan kat sebelah heee...
disebabkan tobor(perhimpunan) itu agak2 lama..kami2 pun sangat gembira kerana terlepas dari disoal cikgu kami.hehehe..sesungguhnya TOBOR amatlah disukai oleh kami heee.
nie ustaz budop y 1 lagi.nak cariik y ustaz budop tu tapi xjumpe :(
--->orangnya sederhana..orangnya amat rendah diri..tetapi ilmu agamanya sungguh mantop..xcaye cu try youtube..dgr ceramah dia..TERGAGAM! orangnya masih muda tak silap aku 21 umonya..sementara..remaja sibuk mengejar 'enjoy' dia begitu sibuk berdakwah..tiada kata ku bisa ungkapkan..kami bangga dengan adanya ustaz.Alhamdulillah.

Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.

p/s:ustaz..sakit tak kene rotan? hehehehhe

Thursday 26 May 2011

Sebelum Dan Selepas

Assalamualaikum.mari kita amati betul2 lirik lagu dibawah..sipenyanyinya merupakan kumpulan y pernah menggegarkan mesia dengan lawak jenaka mereka, mereka mungkin si pelawak..tetapi lirik kat bawah nie TAK lawak.tetapi sebagai RENUNGAN.

Sebelum remaja di belai ibubapa

Di beri apa yang minta

Sesudah remaja dia kenal dunia

Tak nak ikut cakap ibubapa
Sebelum dapat kerja
Janji tekun bekerja
Sudah diterima cuti dan MC saja
Belum dapat gaji
Nak jimat tak nak rugi
Sudah dapat gaji
Duit habis dijoli
Sudah dapat gaji
Duit habis dijoli
Habis dijoli
Di sana sini
yang part nie memang diulang 2x oke bukan aku tersalah copy heh.heh.heh.

Sebelum kahwin dia
Janji nak hidup sama
Sudah berumahtangga
Hilang entah ke mana
Katanya ke pejabat
Rupanya dia ligat
Cari-cari calon
Hendak cukupkan empat
Cari-cari calon
Hendak cukupkan empat
Dua dah dapat
Tiga dah dapat
Empat tak sempat

Sebelum bekeluarga
Jalan-jalan berpimpin tangan
Pegang bahu tak mahu lepas
Sesudah anak tiga
Dah mula rasa
Nak pimpin tangan isteri pun dah naik malas
Suami sebatu di depan isteri di belakang
sebab tu kapel tu TAK boleh takut jd cmnielah.

Sebelum dapat susah
Dia tak ingat beribadah
Nak sedekah amal jariah
Sesudah dapat susah
Baru nak cari sejadah
Begitulah lazim sifat manusia
Hanya ingat Tuhan bila
Di dalam kesusahan
Elakkan diri dari bersifat demikian
Tuhan tidak suruh kita ikut perangai syaitan


p/s:y kaler merah tu perasan tak?cu cek.cu cek.tepuk dada tya iman heeee

Tersalah Jawab



Assalamualaikum readers!


peraturan petama senyum senyum sampai ketelinga ada beraani? nak nangis sampai kering air matak pun boleh heh.heh.heh.


Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC.
Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut
aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ketandas aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang
disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara,
"Haa, camna sekarang ?"Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga, "Ok gak ler". Kemudian suara tu bertanya lagi, "Kau nak gi mana ni??"Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas, "Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit"Lepas suara tu bertanya lagi, "Bila kau nak gerak ni??". Aku selamba jer kata, "Lepas aku sudah ni,


habis beli aku chow la".

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata
"Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya
soalan kat kau, minah bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!



malu eden.eden malu.




Moral: jangan menyampuk time orang bercakap.

Wednesday 25 May 2011

keistimewaan kaum Hawa



  • Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
  • Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.
  • Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  • Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
  • Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.
  • Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
  • Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
  • Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  • Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  • Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  • Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
  • Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,... "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W...."Ibunya. "
  • Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
  • Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
  • Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  • Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T
  • Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  • Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.


DOn'T Worry

Don't Worry
assamualaikum readears! aku nk share 1 lagi kesah..plz sangat.tolomlahlah jangan lupa nk sediakan tisu disisi senantisa..memang nie kesah y amat2 sedih.sedih.sedih...Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang

American dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah aku pulak orang Bangladesh.Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar.Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu


menjawab "Don't worry, I got a lot american dollar in my country".
Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang..si Cuba ni pun
tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang
termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia
membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" kata american
tadi... "Don't worry, i got a lot cigar in my country".
Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir
apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi... tangkap
Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya
lagi aku pun cakap lah...,
"DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY"
isi borang ke bang?