1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.(y nie bukan aku,aku kalu nk nangis,aku nangis,nt pendam,menanah hati aku lakkk,sape nak jawab???)
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf(maaf sttment y tertaip diats untuk y berpunya sajer,aku tak komen)
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan (TAK NAK KOMEN SBB TATAW NOK KOMEN APA)
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain(curang ke ape nieh? haish!!)
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!(elellelle tifu.tifu.tifu mane ada cair macam coklat.tifuuuuuuuu)
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.(memang pun aku suka sangat orang puji aku,lallalllala ape tak tau terima macm ne? aku tauuuu,meh puji aku banyak ^^ HAHHAHA)
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja(cehhh skimaa AAAAA)
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.(kalu aku tak payah! eleh kau ingat aku nk sgt kat ekau?dah ekau rejek eden,tak payah nk wat muke 5sen depan eden!*asal aku tiba2 cakap nogori nie?)
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.(gwang karat hakkk tueee AAAAAAAAA aku xsuka AAAAAA puisi2 nie,bek ko ajk aku p umrah ker,p haji ker lagii bagus..nk2 lagi bagus ko belanja aku)
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.(HAHHAHA ape kau ingat ko berguna sangat???)
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.(kalu si serius tiba2 jadi si kelakar,tak ke pelik hmmmmmmmmm)
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.(NO KOMEN)
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!(tolonglah faham jiwa aku,y mudah terpengaruh ngn seyuman kau wahai kaum adam)HAHHAHAHA
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.(tak payah persahabatan,datang minang aku terus,kapel mapel aku tak layan haish!)
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.(bukan tak berminat ,tapi ekau tu sape? asben aku?abg aku? halalkan dirimu terlebih dahulu denganku,baru leh ajak aku nak berdating2 bagai ada paham??)
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.(tak payah usaha,biar masa y menentukan,ada jodoh jalan wat majlis,takde jodoh jalan datang2 majlis aku,sambil makan hati BOLEH??)
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!(betoi2 ape kau ingat kautu ahlu nujum?)
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.(kalu jadi sah bagi aku,baru aku guna ayt tuuu) hehhehe
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.(tak payahh poyoo laa.jadi diri sendiri jelaah)
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.(XXXXXXXXXXXXXXXX)
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!(hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm ?????)
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.(tak ponnnnnnnnn,kalu setakat hi wat pe,bg laa salam)
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui(^__________^)
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.(y nie aku pantang! aku nie bagai nk rak ingat kau gila2 kan aku,tp hampehh)
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.(bagi aku,cinta tiada maksunya,y ko taip tu tanggungjawab terhadap cinta ^^)
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..(hehhehhe yo.yo.yo.yo.cinta saja,kalu tak bimbing aku kejalan kebaikan bek tapayah yooo)
27. Senjata wanita adalah airmata!!(cengeng!!! hahahha)
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.(apa?bunga?? owh tidak dengan aku,aku tak sukaa,bek bagi hadiah Al-quran lagi manfaat,bunga boleh layuu laa cik kak oi!)
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…(tak jugak,kalu aku,cukuplahh ngan leh wat imamkan solat sudah! owh
30.banyakknye y bertentangan nge sifat musafat aku,adakah aku bukan wanita y diwanted kan? hrmmmmmmmmmm so wut?
p/s:setiap hawa diciptakn adam untuknya,janganlah kamu bimbang andai kamu memegang title single,sabar,tabah..Allah telah ciptakn y terbaik untumu..dun wori oke :) jadilah wanita y didamkan,bukan untuk kerana rupamu,bukan kerana hartamu..tetapi kerana kamu adalah kamu.couple itu susah, kenapa nk cari jln susah utk bercinta?
single itu bahagia, cinta kita pun, hanya pd ALLAH, xperlu susah2 nk bebankan pikir sal benda laen slain ALLAH... masa2 lapang leh ingat pd ibu bapa...
couple itu susah, nk kena jg ati bkn muhrim kita, baik la idup tnpa couple... kan2?
couple it susah kena pikir, cara supaya tidak menDEKATi zina.. tp biasanya, couple tu pun, da mukaddimah zina... x gitu?
Urm, lastly, xperlu lah couple, kalau laki/pompuan tu bkn BAKAL SUAMI/ISTERI kita, xker kesian, cinta PERTAMA utk yg BERHAK xlagi WUJUD...
No comments:
Post a Comment