Assalamualaikum oke nie sekadar berkongsi sesama kaum hawa jer ^^ jangan pk aku nak wat majlis kawen lak,nt kalu aku kawen mawen..insyaAllah akn dijemput kamu semua..semua hawa inginkan seorang suami y boleh membimbingnya kearah y lebih baekk.meh kite tgok meh..ape ciri2 y patot kite carii..
10 sifat calon suami yang baik:
siapakah geranganmu wahai pemilik tulang rusukku? |
- Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
- Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
- Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
- Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
- Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
- Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
- Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
- Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
- Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
- Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
p/s;kepada y dah berpunya tuu cu check,cu check si lelaki tu ade tak ciri2 tersebut? kalu ade Alhamdulillah..kalu takde sama2 lah ye nasihat menasihati ^^
suka?oke like tak suka? p maen jaoh
suka?oke like tak suka? p maen jaoh
No comments:
Post a Comment