Tuesday 31 May 2011

surat untuk bakal....

assalamualaikum..
ape kabar awk arini? sudah kah awak solat? awak..saya tak suka tau kalu awak melengah2kan solat..apatah lagi kalu awak tak buat langsung..awak selalu kata..awak tak suka perempuan y pakai seksi2,perempuan dedah sana,dedah sini..awak kata lagi awak tak suka perempuan y asyik dok berkepit ngn lelaki laen..takpe saya paham..awak nak y terbaik..saya pun begitu awak..

saya tak mintak lebih..saya nak awak jaga solat awak jer dulu..islam dah kata solat itu tiang agama..kalaulah solat pun awak tak terjaga bagaimana awak nak dirikan masjid? tanpa "tiang"masjid akan runtuh..begitulah juga dengan manusia..tanpa solat manusia akn buat macam2..

Awak, saya tak tahu awak siapa tapi biarlah saya luah dekat sini okay ? Saya tahu awak ada di luar sana. Awak, awak buat apa sekarang ? Jangan lah awak bermesra  sangat dengan perempuan lain pulak. Saya tak marah awak kawan tapi selagi awak tahu jaga batas, itu pon dah cukup. Jangan biar perempuan berharap dengan awak, kelak awak akan sakiti dia. Saya perempuan, saya tahu sakit macam mana berharap dekat someone yang kita cinta tapi tak berbalas

saya simpan hati saya ini,saya jaga hati ini hanya untuk awak seorang saja..saya pun tak tau kenapa tiba2 saya nk cakap pasal nie..saya sedih tau tak awak..sekarang bile saya keluar..saya toleh kanan saya tgok kapel y sedang bergelak ketawa..bile saya toleh kiri,saya tgok si lelaki memeluk si dara,bile saya tgok depan saya tgokk si lelaki memegang erat tangan si dara..

saya sedih awak..saya takut..saya takut..takut itu awak.itu awak..saya tak nak..saya nak awak share kasih sayng y sepatotnya awak bagi kat saya sorang je..saya mungkin tamak?tamakkan saya?

Tidak dapat saya nafikan, sebagai remaja saya memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi.Namun,setiap kali perasaan itu datang,setiap kali itulah saya mengingatkan diri sendiri bahawa saya perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untuk awak... Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suami saya untuk menerima hati dan perasaan saya yang suci...Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain...Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen,bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

ade seseorang dia pernah cakap dia suka saya..awak ke tu? maaf.saya tak boleh terima dia..saya takut tu bukan awak..saya tak bagi kasih,sayang saya pada dia..saya nak bagi kat awak jer..biarlah ape orang nak cakap kat saya,sombong,perasaan cantikk ke ape..takpe awak..saya tabah..saya tetap akan jaga hati nie..

saya tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah saya hanya cantik di mata awak... Apa guna saya menjadi idaman ramai lelaki sedangkan saya hanya boleh menjadi milik awak seorang.saya tak rasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan saya rasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah saya ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.saya juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat saya berikan...

Siapapun awak..di manapun berada...semoga Allah menjaga awak..hingga tiba waktunya perjuangan awak...tak lagi sendiriian..Maka, kukuhkanlah kembali semangatmu. Semoga esok hari,awak tak lagi ragu untuk hadir menjemputku...

yang ikhlas..
bakalmu..


suka?oke like.tak suka? p maen jaoh2.

5 comments: