Wednesday, 31 October 2012

kita bercinta lepas kawen erk?


Pertemuan yang tak diduga malah tak juga dipinta,tak terlintas dek kepala yang waras kalau hendak di fikirkan kembali,kisah dua pasangan yang agak agak comel dah kiut,nama sang wanita diberi suri,manakala si lelaki namanya yusof.suri merupakan seorang gadis yang agak kiut,bergaya dan menawan jugak orangnya,agak brutal,mungkin pengaruh dari abang abangnya..

Suatu hati,ketika burung beterbangan ke kanan dan ke kiri dengan riang ria rayanya sampai tak hingat dunia,ketika kereta berpusu pusu dia atas jalan raya,ada yang sibuk dengan kerja masing masing,ada juga yang sibuk sibuk hal orang,dengan gopoh dan gapahnya si suri berkejaran naik tangga yang menuju ke dewan kuliah,hampir hampir juga dia “terjerumus” ke tanah,harini lambat pula si suri ke kelas,akibat semalam tidur lewat demi menyiapkan esaimen,kereta yang di pandu bagai nak drift dibuatnya,tudung dipakai tanpa dililit lilit bagai,dia hanya biarkan tudung yang dipakai labuh kebawah,senang cekap dan mudah.

Dalam keadaan yang kelam kabut dia terlanggar seorang lelaki,ya dia pernah tengok lelaki tersebut yusof namanya,lelaki satu fakulti dengannya tapi berlainan kos,orangnya kacak bergaya,tinggi,dan dikenali sebagai seorang lelaki yang agak agak playboy “woip gemuk! langgar orang! jalan guna ibu kaki ke weh..?” amboiiii kemain lantang pulak mamat nie berkata kata ye..

”assalamualaikum,amboi mentang mentang boleh bercakap lantaang pula kata kata ye? Nak ke tetiba esok jadi bisu? Nak aku patahkan gigi ko? Nak? Aku minta maaf langgar ko kbai.” Tajam mata si suri,geram nak dilumat lumatkan si yusof.Diam si yusof,diam tak terkata.yusof merenung si suri bagai nak mamah si suri dalam hatinya terdetik "UNIK"kelas yang bermula pukul 8 AM tu hampir tamat,dan si suri agak kelewatan,bukan agak tapi sangat sangat lewat bila jam di tangan kiri menunjukan 9.50 AM.

 “weh ko kenapa awal sangat ke kelas arini? “ senyum si timah dengan menayang gigi kapaknya,sungguh tak manis senyuman yang saje saje dibuatnya itu.. “aku lambat bangun laa tertidur,aku bangun 9.35 AM “ jawab si suri “jup,ko mandi tak..? I can smell something.. hehehhehehe” “rumah air takde,air merajuk dengan aku,tak reti reti nak kuar,aku pun merajuk jugak lah,maka dengan itu aku pun  kuar mai sini hehhehehe”
suri menayang gigi yang seputih kapas itu.

kelas tamat,maka bermula lah kelas seterusnya,biaselah kelas kat U nie memang padat,tercari cari mata si suri kad matriknya,kalau tak silap dia bawa benda alah tu kemari,tapi lupa pula mana diletakknya,tanpa kad matrik,dia mungkin dituduh sebagai pendatang asing,adoyai..."assalamualaikum nur suriwati binti ahmad " suara yang macam dia kenal,macam pernah dengar,semakin lama bayang bayang suara tu semakin dekat..


B E R S A M B U NG

11 comments:

  1. wah, hebat cek pa berkarya.. keep it up.

    ReplyDelete
  2. cikpa cerita cinta senantiasa,semoga berjaya yaaaa

    ReplyDelete
  3. tulisan yang menarikkk,, menanti pa yang bersambung, tagg belogisam law blh?? senang sikit nak baca t

    ReplyDelete
  4. terbaik lah cikpa.

    ReplyDelete
  5. ha...ni mesti yusof yang amek kad matrik dy.

    ReplyDelete
  6. sama ngn cerita aku jugak...ada sambungan...

    ReplyDelete