Thursday, 14 February 2013

kisah saya yang comel dengan mak saya yang super comel

Assalamualaikum 

fuh fuh fuh..ala blog tomey tomey dah berhabuk ye sayang..maafkan pa lisa yang kurang rajin ini.

beberapa hari yang lalu,saya yang comel dengan ma yang comel telah menghadirkan diri ke mjlis perkahwinan sepupu saya,iaitu anak kepada abang mak saya..iaitu pak long saya,merangkap rangkapnya bapa saudara saya.

saya tak suka membuang masa,maka dengan itunya saya mengambil apa sahaja makanan yang terhidang di meja,dengan tatatertibnya,dengan berbekal 5 jari tangan kanan yang putih dan gebu juga bila dipandang,saya menyuap satu,dua dan pertiga ke mulut..

semakin lama semakin sedikit makanan tersebut,yelah dulu dulu ma selalu pesan,jangn membazir,sebab membazir amalan syaitan..saya tak suka dan tak ingin dan taknak berkawan dengan syaitan,maka sedikit pun saya tak tinggalkan sisa makanan itu.

maka datanglah paklong "maaf lah masa kahwen lan,xsempat nak balik.." mama comel jawab,"takpe nt yang ni kahwin baliklah" sambil jari menuju kearah saya yang comel ini.saya hanya mampu berpura pura ketawa sahaja,penat juga lah berpura pura ni.
yelah nak act macam LISA SUGHIHANI ni susah.

"mesti ma tak sabar kan nak dapat menantu lelaki,sebab dapat menantu perempuan je,takpe ma sabar deh" saya senyum senyum,malu juga nak nyatakan hasrat yang tak terhasrat langsung itu.."ma bukan tak sabar,tapi ma tahu dah,mana ada yang berkenan kat mu,dan ma tahu mu tu lambat kahwin hihihi" ma tanpa segan berkata sebegitu.

owh comelnya mak saya.KBAI

Thursday, 27 December 2012

sebuah surat yang tersirat


sedih
pilu.

Semua muka basah dengan air mata.
Jatuh,gugur.merah kemerahan pipi dan mata semua.perginya dia tanpa dipinta.namun harus diingatkan setiap yang bernyawa akan bertemu mati.begitu juga farah.orangnya seceria maknanya iaitu gembira.

Pergi meninggalkan keluarga tersayang,kawan yang dikasihi dan semua,untuk bertemu dengan kekasih yang no 1.perginya farah setelah kereta yang dipandu dirompak,ketika perjalanan pulang ke kampung,perompak mengacukan parang,farah di tikam berkali kali sehingga menghembuskan nafas terakhir..dua orang kawannya terselamat kerana setelah farah ditikam bertubi tubi,perompak panik lalu meninggalkan tempat kejadian.

Aminah.seorang kawan karibnya,baik,rapat,bagai isi dengan kuku.dia mengeluarkan surat lalu diberi kepada seorang hamba Allah yang juga kawannya hairi.”arwah amanah kan aku untuk bagi surat ni kat ko,aku tak tahu kenapa,tapi dia amanahkan pada aku.lepas final,dia bagi surat ni kat aku,”
Diam.senyap.air mata jatuh.mengalirkan mengenangkan arwah.surat digemgam dengan kemasnya.surat yang berhelai kan TIGA helai,di buka satu persatu…

“assalamualaikum hai hai hai haaiii ri.ececcee nama best wooo,bile sebut je nama terasa nak BER HAI HAI terus.hahahaha.apa khabar? Mungkin kau pelik kan nape aku tulis surat,tak stylo mylo betul lah kan..orang zaman ber IT ,ber FB,ber TWITERR,masih aku tulis surat,kono betulkan aku…?
“fa,Allah.tolong jangan buat aku ketawa,aku penat menangis.”luah si hairi sambil lap air mata yang jatuh satu persatu.

“kawan,macamne exam kau? Harap okey okey,aku tahu kau budak bijaksana,mesti result gempak punya..kesihatan kau pulak? Weh dengar sini,kau kena jaga kesihatan kau,makan biar cukup,jangan sakitkan badan kau tu sian dia tak bersalah langsung..mesti kau tertanya Tanya kan kenapa aku tulis surat ni? Sebenarnya aku tak tulis pun..hahaha sebab aku taip.
Aku tahu tak lawak,tapi sila ketawa demi kebodohan lawak aku ni pls pls pls hehhee.

“fa..kau lawak fa,sentiasa pandai buat orang gelak”sebak hairi.

Banyak benda aku nak gtaw kau ada lah dalam 1,2,3 ,4,5,6,7,8,9 eh eh jup 2 jer hehehhehehe.dan benda ni dah lama terbuku dalam hati malah dah beku dah pun…mesti kau pelikkan apa lah nak aku gtaw ni,okeylah aku tukar nada tak serius aku ke nada serius..aku tak tahu lah mula mula aku jumpa kau,kau lah salah satu mkhluk yang aku paling meyampah bila berjumpa..dengan sikap kau yang suka rendahkan orang.

Ya aku tahu aku rendah,tapi janganlah pandang rendah kat aku,cuba lah pandang tinggi kat aku,mana taw aku tetiba jadi tinggi ya dak? Hahaha.kau antara makhluk aku paling tak suka..ada juga terdetik nak pecahkan muka kau jadi batu bata,tapi fikir zalim tak bertempat pula aku rasa.

Ada juga terlintas nak bagi kau makan racun tikus hehe.tapi tak zalim lagi aku.okey..benarlah kata orang mula mula benci..lama lama? Makin benci hahaha.eh tak tak lama lama bertukar dari benci jadi kurang kurang dan semakin lama ia semakin berkurang maka ia bertukar jadi rasa yang bodoh betul kalau aku fikir.aku nafi sekeras kerasnya.

sebab aku tak suka kau,aku benci kau,aku benci cara kau layan aku,aku benci cara yang berkawan dengan aku.sakit.mungkin kalau aku cantik kau layan aku baik kan kan kan? Eecece.apa tak cukup cantik ke? Hehehe.aku mula mula perasan benda alah ni ada,time kau ada masalah.

Tahu tak,hishhh mesti kau x tahu,time kau sedih,time kau di timpa masalah,aku tak tahu kenapa bila kau ada masalah aku boleh menangis… kalau kau sakit,aku rasa sakit..hebat tak aku boleh rasa apa yang kau rasa? Hihihi aku menangis fikirkan keadaan,kalau lah kau boleh tahu bahawa aku ada,aku boleh dengar masalah kau,even aku tak mampu.aku hanya nak tolong kau..tolong kurangkan kesedihan kau.

Tapi sakit.kau tak Nampak semua tu,cara kau,semua perbuatan kau makin hari makin menyakitkan hati aku.tahu tak..penat aku berpura pura senyum,penat aku berpura pura gelak,dan lebih penat..aku menangis,sedangkan kau diam,dan terus dengan sikap kau.lalu aku ketuk otak aku aku cakap “ farah,kau bukannya cantik,malah gemuk,tak dipandangnya.”

Ramai yang Tanya,kenapa kau,aku diam.aku jawab aku tak tahu.aku suka kau sebab kau,bukan sebab kekacakan kau yang tak kacak lansung tu,bukan kepandaian,bukan kekayaan.tapi sebab kau.buta betul aku.dan paling menyedihkan suatu hari tu kau pernah suruh aku diam demi seseorang,sedangkan aku tengah bimbang kan keselamatan kau,dan kau suruh aku diam demi dia,tahu tak apa aku rasa? Macam orang yang tak berharga langsung di mata kau.

Pernah suatu hari,kau hantar sesorang,aku pandang kau.tapi sikit pun kau tak tengok..hodoh sangat kah aku? kau tak tegur aku langsung..aku tetap senyum. Kau tahu betapa sebaknya hati aku.at least pandanglah aku dengan sekadar pandangan manusia terhadap manusia..tapi kau tak.Allah maha tahu,aku kalau diberi peluang ,aku nak buang perasaan ni.tapi aku manusia..aku kena slow slow.

Start aritu,bila jumpa je kau aku akan larikan diri,bukan nak jauhkan diri,tapi aku rasa terlalu bodoh bila aku cuba tawarkan rasa cinta aku pada insan yang tak pernah Nampak,kau buta.kau hanya Nampak dia.aku kau ketepikan.kau hanya Nampak dia.kau tak bersalah,aku yang salah,tersalah suka pada kau..serius,kalau aku ada button untuk pilih siapa aku suka,aku janji takkan pilih kau.aku janji.

Aku dengan dia bagai langit dengan bumi.aku tiada kecantikan yang boleh kau bangga bangga kan..aku tiada kepandaian yang boleh kau war warkan..aku tiada kekayaan yang boleh di “istana” kan tapi aku ada hati.aku manusia.

Akhir kata aku minta maaf sebab suka kau,aku tahu aku tak layak.aku janji,kalau aku tahu ini sakitnya.aku takkan suka kau.takkan.maaf salah silap aku.jup jup satu lagi,aku tahu kau suka dia,takpe aku doakan kau dengan dia..kalu jodoh tak kemana..in sha Allah.assalamualaikum,jaga diri,aku tiada lagi nak marah marah kat kau.J KBAI.”

“fa,aku minta maaf.semua salah aku.aku minta maaf.aminah..aku bersalah..aminah “ ter esak esak menangis si hairi.

“sabar lah hairi,arwah dah selamat kembali.arwah memang seorang yang ceria,waktu pagi dan petang dia bergelak ketawa.waktu malam matanya dibasahi air mata..bila di Tanya katanya mata dia masuk habuk,sehingga lah dia tak tahan lagi,dia luahkan semuanya pada aku..kau buta hairi..kau terlalu mengejar cinta yang cantik dimata kau..kau lupa akan dia..malah pandang sebelah mata pun kau tak hingin..kenapa? sebab dia tak cantik..? kau kena ingat…time kau susah dia yang tolong kau,Cuma kau je yang tak tahu..,dia tolong kau dalam diam,kau jer yang tak tahu,,sudahlah menyesalkn pun tak de gunanya..nasi dah jadi capati.”


 "manusia hanya akan hargai sesuatu bila dah kehilngan
kerana manusia itu matanya celik,tapi  hakikatnya matanya buta"

Friday, 7 December 2012

woohaa makan kawan kenyang ke?

assalamualaikum

kawan makan kawan,woohaa tu bukan maknanyan kawan makan makanaan kawan,nie kawan makan kawan..lain bunyi nye tu..kawan makan makan,boleh kenyang berthun tahun jugak agaknya..kenyang dengan makan hati,limpa dan suhu darah naik naik naik..

semakin banyak kita berjalan melangkah melihat dunia,semakin banyak kawan yang kita jumpa...ada y okey,malah ada yang terlebih okey,malah ada juga hendaknya membuat kita yang okey jadi tak okey,hati hati dalam memilih kawan.

sebab manusia ni tidak seperti yang kita tengok,luarannya baik,cantik dan lemah gemalai kata katanya..tapi dalaman? Allah maha mengetahui..kita mungkin ada 1000 kawan,tapi time kita susah,adakah 1000 tu akan datang tolong kita?

mungkin sorang yang datang,mungkin 2 orang @ mungkin tak langsung.sebab tu luqman al hakim menasihati anaknya.."Hai anakku bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu diamasih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagaikawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah"

ingat,nak berkawan senang tapi nak menjadi kawan tu susah.cari lah kawan yang mencerminkan siapa kita,kawan yang bila kita salah dia tegur,bila kita bersalah dia nyatakan kesalahan..bukan kawan yang asyik salah menyalah.

ingat,sebagai kawan...bila kawan kita susah,dia perlukan kita..cuba fikir kenpa kawan kita cari kita? kerana dia yakin kita boleh tenangkan dia,kerna dia yakin kita boleh tolong dia,even tolong tadah telinga..manusia sebenarnya..bukan hendakkan duit,bukan hendakkan kemewahan..tapi dia hanya nak dengar ayat " AKU ADA" "aku ada,jangan bimbang" 

"jangan susah baru tercari cari,bila senang? dicampak diri entah kemana.." kawan yang bersuka ria,bergelak ketawa dengan anda sekarang belum tentu akan menangis bersama bila di timpa musibah...appreciate apa yang kita ada sekarang,jangan mencari 1000 kawan,andai sorang kawan pun tak pandai hargai.KBAI

Thursday, 15 November 2012

PRAY FOR GAZA

assalamualaikum

aku taknak taip banyak banyak aku nak kita sesama saudara islam mendoakan saudar kita di GAZA T.T,sabarlah waahai saudaraku..syurga sedang menantimu di sana Allah Allah Allah!!!!!!!!!!!!

Monday, 5 November 2012

kita bercinta lepas kawen erk ? ||


"oipp minah surirumah ku nie kad matrik ko" kedengaran suara yang agak agak nyaring dan kadang kadang tak sedap jugak untuk didengar, "weh timah ko curi kad matrik aku erk..oooo ko dalam diam diam ada hati kat aku erk ooo,jangan timah jangan jangann jangan Nabi tak mengaku Umat oooo " tersengeh sengeh macam kerang busuk pula muka si suri,.sambil tangan dia menutup mulutnya yang kiut itu."weh surii memaang tak la kan aku suka kau,tuh si ejoi tu aku nak campak kat mana? kan menangis berlagu cindai lah pulak si mamat tu kan,kad matrik ko ni,mamat baju belang belang tuh yang bagi,owh sebelum aku lupa dia pesan,dia kirim salam heee,ko ada apa apa ke dengan mamat comel tu..?"

suri terpaku dan terdiam iaitu maknanya dia tergamam tanpa boleh berfikir dengan waras sekejap,"waalaikummussalam,eh kelas dah nak start jom la" cepat cepat si suri ajak si timah ke kelas,takut jugak nanti makin banyak pula yang nak ditanya,padahal xde cerita pun yang nak diceritakan,sekadar terserempak pagi tadi dan dengan dramatiknya buku bertaburan di lantai hmm..kelas start macam biasa,dan macam biasa juga suri akan tidur untuk sejam,dan sejam lagi dia akan fokus belajar,tak dikesahkan lagi orang sekelilingnya yang penting mimpi hingga hujung mimpi katanya.

disebabkan banyak lagi esaimen yang belom di tamatkan riwayat oleh suri,maka dia wajib ke library untuk mencari bahan rujukan,perginya pula keseorangan,bukan tak suka berteman,tapi baginya sorang lagi cepat pekerjaan yang nak dikerjakan,banyak buku yang diambil tapi dia hanya guna satu saja,bukan mahu berlagak,tapi suri seorang yang teliti,baginnya even hanya mahu guna satu,tak salah disisi undang undang kalau ambik lebih dari satu,nak nak lagi time kat library.."banyak membaca,nak tengok buku nie boleh"tegur satu suara

tanpa syak dan wasangka lagi itu bukan suara hantu,tapi ia suara yang betu betul wujud,angkat kepala si suri,maka dengan tahap darah yang rendah tiba tiba menjadi tinggi bila dia tengok si yusof yang sedang tersengih sambil membelek belek  buku ditangannya "eh,kalu saya duduk sini boleh..?"  "hah duduk sini? kat meja ni? " mengangguk angguk si yusof petanda YA pada soalan si suri "hehhh tak boleh tak boleh nanti orang tengok kau dengan aku,nanti diorang ingat kau pakwe aku takkkk bolehh! " "takpelah pakwe pun hemsem pe,patot berbangga sikit,takpe lah taknak bagi duduk sini,tapi nak kenal lebih rapat dengan awak boleh..?"

"nak kenal..? betul serius nie betull? " tanya si suri, "betul lah ingat main main macam kanak kanak rabeena ke..?" si suri mengeluarkan pen kertas lalu dia menghala kan ke arah yusof,"pen dengan kertas nak buat apa? meh bak sini no phone senang sikit nak contact contact mana taw tetiba rindu ke kan.." senyum senyum macam jambatan runtuh pulak si yusof, "tulis apa yang aku cakap ni,PT54,kampung gaung belukar 12390 Kota bharu Kelantan,tu alamat rumah aku,kalau betul betul serius nak kenal,pergi rumah cakap sendiri kat abah aku,kalau dia okey..aku okey..satu lagi takpayah nak gatal sangat lah nak aku patahkan hidung kau nak?" senyum suri. " amboi garangnya minah nie,berkata dalam hati si yusof.."okey nanti saya pergi jumpa abah awak" 

seminggu kemudian,si yusof telah datang ke rumah si suri berani betul "yusof kenal macamana dengan suri..? sebab tak pernah lagi mana mana lelaki datang minta izin nak kawan dengan anak pak cik ni.." dalam hati siyusof bersorak sakan bila dengar kata kata abah suri bahwa dia lelaki pertama yang datang minta nak berkawan dengan suri "mesti suri akan sukakan aku nie,suri tak sabar pula abang nak kenal lebih rapat dengan suri"

"suri,saya dah pergi umah awak dan dah bagitahu abah awk saya nak kenal dengan awak,awak macammana? dah boleh dah ke kita kenal..?  tersenyum si yusof menunggu jawapan suri " minggu depan ko ada kat rumah..?" tanya suri "minggu depan? ada kan dah habis final exam,nanti dah start cuti takleh jumpa suri lagi..kenapa suri tanya..?"   
"takpayah nak jadi ulat bulu sangat lah..hari ahad ni aku nak pergi rumah kau,dalam pukul 10-12 tengahari,aku taknak tengok muka kau kat  rumah tu time tu,kau pergi la mana mana,terjun bangunan ke,selamatkan itik mak jemah ke,pergi bina jambatan ke,yang penting kau takde,kalau kau ada jugak,aku bakar hidup hidup,pastu aku kerat 14 belas pastu aku bagi itik makan..ambik pen dan kertas nie,tulis alamat rumah kau.." dalam hati yusof berkumat kumit mengata suri garang orangnya,brutal giler,tapi tangannya setia menulis alamat rumahnya lalu diserahkan kepada suri

B E R S A M B U NG