Saturday 11 February 2012

HATI

assalamualaikum


mainan hati ni susah aku rasa.yelah hati ni "benda" yang terlindung,tak boleh disentuh xboleh ditengok.kecualilah kau cabut si hati kau pegang yang tu lehlah kau tengok.


kadang kadang manusia berpura pura benci tapi dalam hati kata lain,kadang kadang manusia berpura pura gembira tapi hati pula yang menanggung derita...HANYA Allah yang tahu.


HATI empat huruf,hanya satu saja hati..tetapi merangkumi pelbagai rasa.pahit,manis,sedih,gembira..yang paling susah bila harus berpura pura gembira bila hati sebenarnya sedang berduka.


kenapa? kerana ingin mengubati hati yang sedih.kadang kadang hidup perlu berpura pura,perlu ego dengan apa yang dirasa bukan ingin mendongak ke langit..tetapi sedang berusaha untuk mendahulukan apa yang patut..bukan mendahulukan makna sebuah perasaan.


perasaan yang tidak pernah diundang,dan ia tiba tanpa bertarikh,tanpa masa yang diinginkan.kadang kadang ia hanya lah nafsu semata mata dan mungkin kadang kadang.....ia benar.


apa yang terkandung didalam HATI biar lah dan cukuplah Allah sahaja yang mengetahui.kerna DIA maha mengetahui apa yang terkandung dan tersirat.tiada yang MAHA mengetahui selainNYA.KBAI

3 comments:

  1. kalau hati kau masih belum dimiliki

    izinkan aku memilikinya wah!

    HIHIHIHIHIHIHIHI

    ReplyDelete
  2. =) aku entry hati kau ni....satu hati pelbagai rasa.

    ReplyDelete