Monday 6 February 2012

ramai pula yang panggil saya nera "hatiku bukan milikmu"

assalamualaikum


#salam maulidur rasul اللَّهُـمّ صَــــــلٌ علَےَ مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل مُحمَّــــــــدْ #


tetiba pelik pula aku nak menaip hari ni.macam bukan menaip kat belog sendri,yelah mungkin neves kan..neves pa lisa sughihani nak kwen ni hish.disebabkan udah lama tiada post yang terbaru hari ni aku nak nasihatkan satu nasihat.baik ambik jadikan ilmu baru,kalu tidak buangkan ia.


menjadi kaum hawa ni bagi aku tidak mudah.banyak juga tanggugjawab.kadang kadang andai tersalah lembutnya bicara..kita sudah mampu menglonglaikan iman si kaum Adam.tersalah senyum pun mampu membuat mereka rebah lalu jatuh hati.


tahukah kamu menjadi cantik mahupun kurang cantik itu adalah ujian.bila kamu memiliki wajah yang cantik janganlah pula kamu menggunakan ia untuk menarik,dan memetik metik nafsu si lelaki.kesian dia hawa.kamu jadikan dia sebagai suruhan kamu.kamu lupa hawa,bagaimana dengan perasaannya..?


andai dia suka padamu? bagaimana? kamu mungkin anggap dia kawan.tapi bagaimana pula dengannya? jangan hawa,jangan sesekali kau berani mengoncangkan iman si kaum Adam.kesian dia Hawa.kalau tidak suka,jangan sesekali kamu berani membuatnya dia suka padamu.janganlah kamu menggunakan nada lembut,kamu mungkin biasa biasa sahaja,tapi dia mungkin tidak.


hawa kamu nilainya sangat mahal.jangan cuba cuba kamu murahkan dirimu dengan melayan semua lelaki.ingat hawa "wanita yang baik,tidak akan melayan semua lelaki" 


#biar kamu nampak KASAR diluaran,tapi dalaman kamu lembut#

6 comments:

  1. wahai hawa2 sekalian.. hayati la entri dari akak hawa ini.. sgt bermakna sekali..

    ReplyDelete
  2. tapi mana ada orang nak tengok sudut dalaman, semua nak luaran je.

    ReplyDelete
  3. mungkin hanya orang tang terpilih patut tau kelembutan seorang perempuan tu tau.

    ReplyDelete