Friday, 3 June 2011

kenapa bercinta?

Assalamualaikum..selamat ari jumaat..selamat menyambut bulan rejab..cinta?bila bercakap@sebut pasal cinta mesti ramai y nak tau..nak dgar..bagaimana pula dengan orang y sedang bercinta?Kalau tanya pada mana-mana yang tengah bercinta, biasanya dia orang akan kata, mestilah kami bercinta untuk berkahwin satu hari nanti. Sebab itulah ada sesetengah pasangan yang bercinta, sanggup curahkan segalanya pada pasangannya. Ada yang lebih teruk serahkan tubuhnya sekali. Setiap kali berdating, dibiarkan saja tangan si lelaki merayap ke seluruh badan dan lain-lain pada badannya sewaktu dengannya.Nauzubillah.. Berdosa! seolah-olah anda telah menempah neraka bertaraf 5 bintang masa kat dunia lagi! (Mohon keampunan pada Yang Maha Pengampun)

Ada juga beberapa perkara yang kita tak sedar yang benda tu salah sepanjang kita bercouple.Terlalu banyak benda yang salah. "TEPUK DADA TANYA IMAN".
Allah SWT telah berfirman dalam sebuah ayat, janganlah kamu MENGHAMPIRI zina!
Dalam ayat ni Allah SWT telah sebutkan, perkataan bahasa arab “la takrabu “ yang bermaksud jangan hampiri. Hampiri pun Allah SWT dah larang. Bak kata perpatah, “Mencegah itu lebih baik dari mengubati” Jadi bercouple ni pun boleh termasuk dalam kategori menghampiri zina jugak. Buktinya, mula-mula bertanya khabar, kemudian mengadu masalah masing-masing, saling rindu merindui, berjumpa pasangan dengan ditemani kawan, jumpa seorang diri, jalan sama-sama,jalan pegang tangan, jalan pegang pinggang dan akhirnya, semua benda habis dipegangnya. Semua ni tak mustahil boleh belaku. Kalau tak buat semua pun,mesti ada yang buat mana-mana satu.

Peringatan!
Anda yang bercouple jangan ingat pasangan anda itu “cofirm jadi teman hidup anda”. Ini kerana, Allah SWT dah janji dalam Al-Quran, “YANG BAIK HANYA BUAT MEREKA YANG BAIK”. Kadang-kadang tu,kita dah rasa yang pasangan kita tu memang terbaik untuk kita, tapi Allah SWT lebih tahu siapa dia di sebalik takbir. Mungkin perangai depan kita lain, belakang kita lain. Macam kita selalu buat pada pasangan kita jugak. Kita selalu tunjukkan yang diri kita terbaik depan pasangan kita. Macam berlakon gitu. Jadi Allah SWT akan temukan pada orang yang lebih sesuai dan adil pada dia. Tak perlulah anda nak bersusah payah cari yang terbaik untuk diri anda, tapi pastikan diri anda cukup baik untuk dikurniakan seseorang yang baik untuk menemani hidup anda. Kadang-kadang tu, orang yang kita benci itulah akan menjadi teman hidup kita, anda mesti pernah dengar cerita macam ni kan?. Mungkin disebabkan orang yang kita benci tu ada perangai yang sama dengan kita jadi dialah yang layak untuk kita. Sifat Maha Mengetahui Allah SWT tu mengatasi pengetahuan manusia yang lemah.

Ingat bagaimana peribadi anda dan pasangan anda sekarang akan menentukan bagaimana peribadi anak-anak anda pada masa akan dating. Bak kata perpatah, “Kalau ayah kencing berdiri,anak kencing berlari-lari”. Kesimpulannya,dua baka pokok yang buruk akan menumbuhkan buah-buahan yang buruk lagi tak sedap dimakan. Manakala dua baka pokok yang berkualiti akan menumbuhkan buah-buahan yang baik lagi enak dimakan dan bermanfaat untuk orang ramai.Jika dirimu inginkan wanita sehebat Fatimah Az-zahrah, maka pastikan diri mu juga sehebat Saidina Ali.


Wasallam.

“Ya Allah, kalau dialah yang ditakdirkan untuk diriku,maka simpanlah perasaan cintaku padanya ini hingga tiba masanya dan selamatkan kami dari murkaMu”. Namun, jika dia bukanlah yang ditakdirkan untuk diriku,maka berikanlah kekuatan kepadaku untuk ku lempar perasaan cinta ini, jauh ke ufuk langit. Semoga perasaan cintaku ini dapat ku curahkan pada seseorang yang benar-benar ditakdirkan untuk diriku". “Ya Allah, janganlah Kau jadikan seseorang tu leka disebabkan diriku”. Amin.


p/s:pesanan diatas bukan untuk mengejek sape2 pun..ini untuk peringatan untuk diri aku sendiri..y sering lalai..Barakallah :)

No comments:

Post a Comment