Thursday, 16 June 2011

SOLATLAH KAMU SEBELUM KAMU DISOLATKAN

Assalamualaikum..sangat2 sedih bila azan menandakan waktu maghrib dilaungkan..anda masih duduk dikaca TB..tanpa menghiraukan azan..tanpa bergegas menunaikan solat.. kenapa cite nora elena y dilebihkan?kenapa? dunia dikejar? kenpa?

 SOLATLAH KAMU SEBELUM KAMU DISOLATKAN

Bersihkanlah dirimu....... sebelum kamu dimandikan...Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan..Dan solatlah kamu..sebelum kamu disolatkan
Tutuplah 'auratmu sebelum auratmu ditutupkan Dengan kain kafan yang serba putih Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih Walaupun orang yang hadir itu merintih..Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah,Selawat dan doa Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah 
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk
dan sujud Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian..Justeru ku menyeru sekalian Muslimin dan Muslimat..Usunglah dirimu ke tikar solat Sebelum kamu diusung ke liang lahad Menjadi makanan cacing dan makanan ulatIringi dirimu ke masjid..Sebelum kamu diiringi ke PusaraTangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan..Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan..........

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan Kerana ianya berguna untuk yang tinggal Bukan yang pergi Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan Ingatlah di mana saja kamu berada Kamu tetap memijak bumi Tuhan Dan dibumbungi dengan langit Tuhan Serta menikmati rezeki TuhanJusteru bila Dia menyeru,sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya 
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti Lalu menjadi segumpal darah..Lalu menjadi seketul dagingLalu daging itu membaluti tulang
 Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patok itik tak sudu Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu Yang lebih agung dari malaikat Lahirmu bukan untuk duniaTapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'Dengan penuh rela dan bersedia Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'Jalan kemenangan akhirat dan dunia Ingatlah yang kekal ialah amal Menjadi bekal sepanjang jalan Menjadi teman di perjalanan Guna kembali ke pangkuan Tuhan Pada hari itu tiada berguna harta, Takhta dan putera Isteri, kad kredit dan kereta Kondominium, saham dan niaga Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.


p/s:sama kita ambil pengajaran..bersyukurlah ALLAH TAK MENCABUT NYAWA ANDA KETIKA ANDA LALAI,LEKA MENINGGALKAN SURUHANNYA

3 comments:

  1. huu..insaf sangat2 baca nie..peminat nora elena wajib baca nie..melambatkan solat untuk keseronokan dunia semata..huhu

    ReplyDelete
  2. terdiam seketika membaca entry diatas..insaf sangat..sedih kenapa masih ade y melebih2kan crita dari solat..sedangkan..crita tu boleh ditengok kt utube..sedih.

    ReplyDelete
  3. masih ade y melebihkan dunia setelah Allah melimpahkan nikmat y luas kepada hambanya? hmm

    ReplyDelete