Friday 17 June 2011

beritahu pada muslimah itu

Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian,
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...

16 comments:

  1. nice entri..
    suka sngat..
    semoga dpt jadi panduan :)

    ReplyDelete
  2. srenungn:heee same kita jadikan ia sebagai panduan

    ReplyDelete
  3. very2 nice..nak like sejuta kali..siapa yang buat nie?? ^_^

    ReplyDelete
  4. beritahu muslimah itu.. :)
    satu peringatan yg baik..

    ReplyDelete
  5. beritahu pada muslimah itu jaga pakaian.. tetapi sekrang? ramai y tak tutup aurat..malah balut aurat

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum saudari..nasihat y baik buat kaum hawa..

    ReplyDelete
  7. alhamdulilla, terima kasih . :)

    ReplyDelete
  8. entry diatas sangat ringkas.TETAPI padat dengan nasihat

    ReplyDelete
  9. m.fizan: hee :)
    @srikandi:heee peringatan kepd kaum hawa
    afiq:ermm..sama2 lah kita memberi peringatan antara 1 sama laen ye :)
    ahmad:wassalam :)
    @shopping:Alhmdulillah... :)
    tapik: amin..alhmdulillah y penting msg itu sampai

    ReplyDelete
  10. buat tazkirah kita bersama :) thanks

    ReplyDelete
  11. mazeer: ^__^
    alif:^__^ same2 belajar..

    ReplyDelete
  12. boleh buat lagu ni~
    smoga dapat jadi muslimah itu..(^^!

    ReplyDelete
  13. @senyumsoya:lagu?hehehehe nt suh heliza y nyanyi hehe

    ReplyDelete