Friday 10 June 2011

Nak mintak 5minit boleh?

assalamualaikum readers..selamat ari jumaat ^^ baru saje bertemu kelmarin harini sudah tiba..begitu pantas masa berlayar..tetapi kita? semakin lama kita hidup..adakah semakin banyak amal kita@semakin kurang..aku nk ambik mase 5 minit korang kejap jer..baca ye :) motivasi+munasabah diri kejap..barakallah :)
  • "Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati…"
  • Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kacamata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa...
  • Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup...
  • Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah..Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa) Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
  • Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jikakebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatandibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.
  • Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair”
  • Hidup memerlukan pengorbananan.Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan.Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
  • Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.
  • Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
  • Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
  • Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran.Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
  • Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
  • Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
  • Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
  • Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
  • Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
  • Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.
  • Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
  • Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. 
  • Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
  • Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak sepertiyang diimaginasi .
  • Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah
  • Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baikwalaupun hanya sekadar senyuman.
  • Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayardi lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
  • Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidupdalam kenangan.
  • Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidupsentiasa menjadi mainan orang.
  • Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
  • Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
  • Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
  • Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
  • Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
  • Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan  hati yang lunak seperti sutera.
  • Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
  • Agama tidak pernah mengecewakan manusia.Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
  • Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya.Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
  • Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam.Ianya wujud tapi amat sukar untuk dilihaat...
fikirlah selagi akal masih boleh diguna :)

p/s:kutiplah sebnyak ilmu dengan ape y tertaip kat ats..semoga kita menjadi orang y berguna untuk orang laen




6 comments:

  1. sungguh memberi motivasi..terimas 4 dis entry

    ReplyDelete
  2. suka sangat post ni

    =sitimuslihah=

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum tuan belog suker woo post nie..memang betul2 motivasii r

    ReplyDelete
  4. aku:heehhehe no hal
    anon siti muslihah:weeeee
    tapik:wassalm heee

    ReplyDelete