Tuesday 9 August 2011

menunggu 7 tahun akhirnya dapat kembar 4




KUALA LUMPUR 8 Ogos - Pasangan Dr. Jasmina Qamaruz Zaman, 39, dan suaminya, Hazli Zakaria, 39, bersyukur kepada Allah SWT apabila penantian selama tujuh tahun mereka untuk mendapatkan anak kedua berakhir setelah dikurniakan anak kembar empat.
Jasmina yang melahirkan kembar empat itu dengan cara pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 22 Jun lalu berkata, dia dan suami tidak pernah menyangka akan dikurniakan anak kembar.


“Kami berusaha untuk mendapatkan anak kedua selepas mendapat anak pertama Eimann Arrazi yang lahir pada 2004 sewaktu saya sedang belajar di United Kingdom (UK).
“Pelbagai usaha dibuat sehingga saya dan suami memilih untuk menjalani kaedah persenyawaan dalam rahim (IUI). Doktor ada memberitahu IUI akan membolehkan saya mendapat anak kembar tetapi saya tidak pernah menyangka ke arah itu.
“Selepas disahkan mengandung, tiga minggu selepas itu, saya sudah diberitahu akan mendapat anak kembar empat. Tidak banyak masalah sewaktu mengandung, cuma pada bulan keenam saya sudah dimasukkan ke HKL sehinggalah bersalin,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini, hari ini.


Menceritakan pengalamannya, Jasmina berkata, sewaktu pembedahan, doktor mengambil masa selama satu setengah jam untuk mengeluarkan anak dalam kandungannya itu.
“Alhamdulillah, selepas pembedahan, keempat-empat anak saya, yang mana dua lelaki dan dua perempuan sihat tanpa sebarang komplikasi,” katanya.
Beliau berkata, sewaktu dilahirkan anak kembar mereka iaitu Eirfann Arrazi adalah seberat 2 kilogram (kg), Sara Yasmin (1.34kg), Eihsann Arrazi (2.1kg) dan Shaza Jasmin seberat 1.66kg.
“Eirfann dilahirkan pada pukul 2.08 petang, Sara (2.09 petang), Eihsann (2.10 petang) dan Shaza pada pukul 2.11 petang iaitu masing-masing selang seminit,” jelasnya.




p/s:aku suka tgok anak kembar comel!mabruk jiddan kat pasangan nie heee


telah diambil dari utusan malaysia

8 comments:

  1. aku ingtkan kau pa y tggu 7 tahun nk ank kembar HAHAHHAHHAHHAHAHA

    ReplyDelete
  2. waaa,


    mesti bestkan.naknak kalau muka seiras gila

    ReplyDelete
  3. tak sia sia dia menunggu.tuhan pasti beri kan
    terbaik jika sabar kan.
    comel.byk.geram lakkk.
    haha

    ReplyDelete
  4. rezeki dorang tu :)
    hehe ..
    cik pha ni teringin ank kmbar ke ? hahaha

    ReplyDelete
  5. Ni rezeki melimpah ruah niyh!

    ReplyDelete
  6. afiq:ciss HAHHA aku terlalu muda untuk menunggu 7 taon tu haha

    anip:ye ye best2 nk2 lak kalu comel macam amer khan HAHA

    syafiqa:betoi2 tak sia2 dia tunggu lama sekali boleh omaigod 4 haha

    alip:hahahha memang.memang.teringin tp kuarga aku takde y kemabr..mybe susah sikit

    mek kah:memang terlimpah ruah dah ni haha,2 laki,2pompuan oh so swet!

    syarifah:hee memang untung kan sekali boleh empat kemah keming.

    ReplyDelete
  7. WOW! Sekali ramai terus. Alhamdulillah~

    ReplyDelete